MENARIK
STICKER KERETA UNISZA
LIMITED EDITION
DALAM DUA VERSI
JANGAN LEPASKAN PELUANG JADIKAN SEBAGAI KENANGAN

HUBUNGI En.Din : 017-9697992 / 0148090802
AINA : 013-9185142

Haji Ismail Group
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .Interesting right..Bgi sesiapa yg xnk kahwin tp nk anak pun boleh cube nasib kowt..teehee~
Pekan Kuah
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .Nama ‘Kuah’ ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi nama ‘Kuah’.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.
Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am – 6 pm
Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am – 6 pm
Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia.Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am – 10 pm
Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am – 6 pm
Dataran Lang LangkawiDataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan ‘Lang’ yang merupakan nama pendek bagi ‘helang’ .Manakala ‘kawi’ mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .
Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih . Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .
Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)