Friday, February 3, 2012

Story~~ Restoran Mahal


✿¸.•••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤•••✿¸.

Suatu ketika, seorang alim pernah ditanya. “Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?”
“Siapa yang tak teringin buat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haram asalkan lazizah. Semua itu menyeronokkan,” jawab orang alim itu.

“Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?”
“Perumpamaannya beginilah. Saya pergi ke sebuah restoran mashur, terkenal dan sedap. Nafsu saya meronta-ronta nak makan semua makanan di ditu. Ada ikan besar, udang besar, semuanya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar.”

“Maksudnya?”
“Maksudnya, atas dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang saya tak mampu nak bayar harga semua dosa tu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan?”
Maka fahamlah lelaki yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia. Tetapi tiada siapa pun yang mampu membayangkan azab seksa di akhirat, akibat daripada segunung dosa ketika atas dunia..

 Glosari

Lazizah : Sedap
Mashur : Ternama

Thursday, February 2, 2012

♥KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG Y SALAH♥


¸.•❤••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•¸.


KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG Y SALAH

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~

Wednesday, February 1, 2012

Erti Sahabat

¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤¸.


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.


Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..





Sumber:http://ukhwahfillah.wordpress.com/


Dedikasi istimewa dari penulis kepada sahabat yang sangat penulis rindui ketika ini...Wan Nur Shahida Bt Wan Nordin dan Nur Atikah bt Mohd Azman ...3 tahun bersama. tersemat perbagai kenangan..Terasa ingin kembali bersama seperti dahulu...meluahkan bicara dan rasa...Seikhlasnya dari hatiku wahai sahabat..aku menyayangimu kerana Allah...semoga kita dapat bertemu kembali...
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·









Monday, November 14, 2011

Teka teki Imam Al- Ghazali


✿¸.•❤•❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸. 



Suatu hari, imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 =  Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 =Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (surah ali-imran:185)

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan dating dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 =  Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang paling benar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al- Araf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan didunia ini?
Murid 1 =  Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = Semua jawapan kamu itu benar,tetapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 =  Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = Semua itu benar,tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-azab :72). Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab “Pedang”
Imam Ghazali = Itu benar,tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 

Saturday, November 12, 2011

REDHA


✿¸.•❤••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


 .
“Kakak..walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha..Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah..Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak, kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. marratan ukhra berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukkan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari sebelum lahir untuk mencintai Allah..Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Biarkan mereka terus menyakitimu nak, kerana setiap kesakitan yang kakak rasai kerana dilukai itu adalah pahala..kakak ingat Allah selalu, insyaAllah..dia juga akan sentiasa ingat kakak..emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..emak cukup memahami perasaan saya saat ini.

Bisikkan ke dalam hatimu yang paling dalam; Dia bukan milikku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya.Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi~Tapi katakan kita sentiasa ada pemerhati merangkap penjaga buat kita~.(。◕‿◕。)

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca, Alhamdulillah..Rasanya cukuplah dahulu kisah "kakak" yang ingin pengarang kongsikan..Semoga apa yang pengarang sampaikan dapat membantu mereka yang dalam kebuntuan..Sesungguhnya pengarang juga hamba yang lemah dan kadang-kadang tersesat dalam mencari kebahagiaan didunia...dan pengarang tidak ingin rakan-rakan lain turut tersesat dalam mengenal erti cinta.Ingatlah bahawa cinta Hakiki adalah cinta Illahi. Biarkan cinta ini sentiasa dipuncak segalanya.


GLOSARI

Marratan ukhra - Sekali lagi

.
.

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...