Monday, April 26, 2010

~ Our Journey في Kelantan ~








on da way nk g dengar tazkirah jumaat tok guru...


umi xlepaskn peluang makan nasi kerabu kat area Hotel Raudah


tengok...xpeduli owang laen daa...



murah nye barang2 kat cini kelabu mate tgk barang




setelah lame menunggu akhirnya sampai lar ulama kita...tuan guru nik aziz nik mat...dengan keadaan yang panas aritu memang menguji kesabaran...name pun da lame menunggu, so
xkan nk amik gmbar tok guru dari belakang jer...time 2 na berjuang lalu kat celah2 makcik2 yg ada kat situ...errr~,terseksa demi sekeping gambar...xkire nak jugak...
then....




dapat lar sekeping gambar diambil sendiri...sebelum ni tgk lam poster jew...jadilar 2...da dpt gmbr,kne bertolak2 ng orang ramai plak...coz bg laluan kat tok guru..
adoi...
satu lg penyeksaan bg org y kecik...


wakaf cik yeh

ntah mcm mane ejaan nyer...sedih sgt,da lar on da way ke KB sesat...da sampai KB pun sesat lg...2 jam duk dalam kereta cari wakaf cik yeh...xjumpe2...pusing2 jumpe tempat same...walaupun gune GPS still sesat lg...
hmm~
bak kata faris(adik) wakaf cik yeh da xder rasenyer..myb cik yeh da pindah duk banglo..wakaf nye da di musnahkan,..hahaha..satu family gelakkan faris..
semua da putus harapan..nk blik TRG...
tup tup nampak lar bangunan wakaf cik yeh
time 2 waktu siang lagi..perniagaan disitu dibukak dr jam 8 malam hingga 3,4 pagi..
umi ng abah da mcm nk pengsan tgk sayur ng buah2 kat situ...murah sgt...
then check out dr temenggung hotel trus blik ke Dungun..
Da dlm perjalanan nk blik pun still sesat lg...
abah silap amik jalan...
Apalar nasib hari 2..
tp heppi sgt...






Wednesday, April 7, 2010

Membawa Kebenaran Itu Memang Payah



Membawa kebenaran itu memang payah

Namun...
Jika hati itu telah menjadi milik Allah
Maka tiada lagi kegundahan jiwa.

Bukan mudah...
Yang penting walau apa pun persepsi manusia
Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi benteng kehidupan,
Juga...
Solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan

Pasti...
Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan.
Ambillah insan...
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran

Namun...
Kesedaran yang Allah ilhamkan
Mampu menggoncangkan hati dan iman

Sungguh...
Bukan mata yang buta tapi hati di dada
Berusahalah kelak kan kau temui hikmah
Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah

Bersihkanlah....
Segala persepsi yang membelenggu dirimu
Aku hanya berpesan
Untuk sama seiring sejalan menuju Tuhan

Yakinlah...
Sungguh Allah itu dekat
Mengapa tidak kau rasainya

Apakah manusia telah lupa?
Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan
Ia sombong pada Tuhan...
Ia lupa...
Siapa yang membukakan matanya selama ini?
Siapa yang memberikan rezekinya selama ini?
Siapa?
Kalau bukan Tuhan...
Tapi kenapa manusia lupa...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa,4:135)

Tuesday, April 6, 2010

Ronda2 d uptown k.T





posing plop depan kedai orang


da posing lbih 2 kne lar bli amik ati abg mirol dan isteri...huhu
name panjang ke name pendek ker hargenyer 3 ringgit jer...
semua owang mampu beli...ada y beli untuk y tersyang..
untuk friends but sye beli untuk adik2...coz family is everything...





Thursday, March 18, 2010

HaTi-HaTi DeNgAn hAtI...





Perlukah dengki hati...
Perlukah busuk hati....

Perlukah rasa tak senang hati
Bila melihat orang lain rasa gembira
Bila menyaksikan orang lain rasa bahagia

Buangkanlah busuk itu dalam tong sampah lalu di angkat dan dibawa oleh alam flora.
Lepaskanlah dengki hati itu sampai talak tiga lalu jumpa cina buta dan dan terus meraba-raba.

Bila semua busuk
Bila semua dengki
lenyap jauh

hati jadi bersih
hati jadi lapang
Hilang segala tekanan

Sudah bahagiakah hati kita
Gembira riakah jiwa kita

Kita di mana?
Sudah cukup sempurnakah hidup kita
Sudah melimpahkan rezeki kita
Sudah lengkapkah ibadat kita
Sudah kuatkah iman kita

Hati-hati
Dengan hati.......




Monday, March 15, 2010

Madah Persahabatan



Seorang mukmin yg bersahabat
dan bersabar dgn kesakitan yg dialami
dgn persahabatan itu adalah lebih baik drpd
seseorang mukmin yg tidak bergaul
dan tidak menahan sabar dgn kesakitan
yg dialami dgn persahabatan itu....







Rindunyer kat SMASID


Kenape ng kwan2 aina nie...ap masalah...na tak fham lar awak sume nie..nk gaduh same sendri..kan semua da berpunye..aina xnk macam nie..penat lar na jdi owg tengah..puji owg nie yg tu terase puji org tu yg nie terase..na pun bkn lar pndai sgt nk memotivasikan org nie..diri sendiri pun tak termotivasi..da lar tu,lelaki memg mcm 2,tapi tak semua k..
kawan2 yg na syg,
kite nk berkawan nie bukan untuk sahari dua,
kalo boleh selama2 nya..
hnya ajal y memisahkan kita...
jgn lar berperang same sendiri..
Anah,Dayah,Mayam,Kyah,Tkah,Faezy
jgn gaduh2 yer..
jgn lar sebb lelaki yg xberape nk hensem 2 kwn2 na gaduh..
ingt x janji kita..
"smasid girls friends forever"...
Na sedih lar camnie..
daa menitik air mata na..
Na syg korang sume..

CbligQu


Pantai Ratu Rakit

Nie siblingku...den ank sulong..xdpek den napi ea den y paling kocek kat citu haa..nasib lar y bngsu tu x bosar lg dri den...kalo tdak malu ea...sume 7 bradik...mcm2 peil,mcm2 ragam..nk tggu bosar mcm skunk da bnyak kali nangis kono buli dek adik sendiri..kalo jln kat pasar malam sumo org pandang semacam...ekau jgn clap pham..depa nie adik den..bkn boyprenz no..
Apa pasal ckp nOgOri nie...(",)??

Kesian tau...


comey kuda 2...

Tengoklar...kesian tau...nak sgt naek kuda...tp sampai skrg xdpt2...dpt pegang replika kuda ni pun jadi lar...nasib baik time nie kuda tu xtendang...bimbang jugak..hehehe...bile la agaknya dpt naek ats blakang kuda...taknak naek atas blakang kuda y kene masukkan syiling 50$ tuu...malu...nak naik kuda warna putih,mcm kuda Sultan Mizan..



Wednesday, March 10, 2010

Pelik kan??

Apa sebenarnya persahabatan..?
mcm mane persahabatan yang sebenar...?
hmmm....
adakah sahabat yang baik
untuk orang yang baik??
seperti mane didalam Al-quran ada menyebut
altoyibi lil toyibat...
lelaki yang baik untuk perempuan y baik...

susahlar nk cri sahabat yg betul2 ingin b'sahabat..
Apatah lagi persahabatan dgn lelaki...
bukan persahabatan yg diinginkan,
tetapi sesuatu yg lebih menarik,
Andai aku bisa bersahabat dengan semua orang,
pasti hati ini lebih tenang.


Tuesday, March 9, 2010

Untukmu Wanita (",)

Wahai wanita solehah,
jgn risau akan jodohmu
krn muslimin y bijaksana itu,
tidak akan terpaut
pd wanita y hnypd kecantikan
dan lirikan senyuman,
pada bicara manja y menggoda,
pd pjuk rayu seseorng wanita y meruntuhkan imanya..
Sesungguhnya
lelaki itu adalah
pemimpin kpd wanita .
Andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa
lelaki y kau nantikan itu
sedang membina sahsiah kepimpinannya
bg memimpin dirimu.
Kerana pd wanita itu
pasti ada kekuranganya
& lelaki y benar2 layak
pasti akn hadir
utk mlengkapkan
kekuranganmu....

Monday, March 8, 2010

BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH



Ingatkan dikau dimana didalam sejarah,
Sepasang mata menjadi hadiah?
Kenapakah engkau mengikutku,
Aku tertarik dengan kecantikanmu.
Jawapan yang cukup angkuh, namun mengundang seribu sesalan.
Bila bungkusan merah diterima ditangan.
Muslimah....contohilah wanita itu,
Bukan dengan mencungkil matamu,tetapi dengan menjaga peribadimu.
Wahai Muslimah, aku sering tertanya,
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka, menghadiahkan senyuman, meramahkan bicara,
Kepada lelaki yang bukan mukhrim.
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki?
Yang sememangnya dicipta Allah, dahaga kepada keindahan wanita.
Walaupun sekadar muka yang manis. Apatah lagi lelaki ini
Yang engkau tahu cukup ego menganggap wanita sebagai ‘hidangan’.
Yang boleh dibelek-belek, dan dipilih-pilih.
Benar wanita itu telah menemui ajalnya, namun diiringi keredhaan Ilahi.
Dan keinsafan seorang lelaki yang akhirnya menjadi sufi.
Muslimah,
Begitulah jalanmu, begitulah perjuanganmu,
Tundukkanlah pandanganmu, keraskanlah suaramu,santunkanlah perwatakanmu, tampilkanlah ketegasanmu.
Bila engkau didepan atau dibelakang,dikiri atau dikanan lelaki.
Walau atas alasan apa sekalipun.
Ketuk keegoan mereka,
bangunkanlah mereka daripada mimpi.
Jelaskanlah dengan amalmu bahawa percampuran bukan caranya,
bahawa keseronokan adalah palsu, bahawa disini tiada bahagia. Hanya kehancuran.
Muslimah, inilah jalanmu.
Lalu mungkin engkau akan melihat dikalangan remaja ini,
Akan lahir RIJALALUDDIN,
Yang berjiwa pejuang,
Sebagaimana lahirnya, sebagaimana bangkitnya
Dia bernama Hasan al-Basri

Saturday, March 6, 2010

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah


Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran

...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa
~

Thursday, February 4, 2010

secoret kata~

Lakukanlah
apa y terasa dihatimu
sebagai betul
kerana kamu akan dikritik
bagaimana sekalipun.
kamu akan dikutuk
jika melakukannya
dan dikutuk jua jika
tidak melakukannya

...

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...