Monday, May 16, 2011

Perlawanan bola sepak Trg vs Pahang


Perlawanan Liga Super Terengganu Menentang Pahang...Semangat kesukanan...perlawanan bola sepak kali ini diadakan di Stadium bola sepak Terengganu.Perlawanan Liga Super Terengganu menentang Pahang disambut oleh beribu penyokong Terengganu memenuhi stadium..Sekitar jam 5 petang penyokong sudah berada disekitar perkarangan stadium untuk mendapatkan tiket dikaunter yang disediakan..

Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang cuti sekolah untuk sama2 menyertai menyaksikan perlawanan ini..Selepas makan petang di Radix Fried Chicken kami menunaikan solat maghrib di masjid berhampiran.Alhamdulillah,rata2 penyokong yang melibatkan diri tidak lupa tanggungjawab mereka pada agama..Namun ada segelintir penyokong yang mungkin mengambil ringan tentang solat yang diwajibkan keatas mereka..Apa salahnya kalau mereka menunaikan solat terlebih dahulu sebelum memasuki stadium...Lagipun jarak antara stadium dengan masjid tidaklah begitu jauh,Sehinggakan sorakan mereka dari dalam stadium dapat didengari dari dalam masjid..Allah tidak melarang kita bersukan selagi kita tidak lupa tanggungjawab kita pada agama..

keadaan pakir kereta dari tingkat atas masjid

Setelah menunaikan solat magrib berjemaah kami bersama2 memasuki stadium..Penyokong berasak2 untuk melepasi pintu stadium yang dikawal,,sehinggakan aina rasa lemas kerana terpaksa beratur dikalangan ribuan lelaki.Untunglar ada adik lelaki dan abah yang sentiasa menemani.Abah,Asyraf,Faris dan Sufi berdiri disekeliling kami(Umi,Aina,Anis,Amira dan Alia). Aina rasa sangat bersyukur kerana boleh dikatakan penyokong Terengganu nie "Gentlemen" kerana mereka memberi ruang pada kanak2 dan wanita..

Tak sabar rasanyer menantikan aksi pemain Terengganu yang diminati Joseph Kalang Tie sebagai pemain sayap kanan, Abdul Hadi Yahya sebagai Penyerang dan Sabrinee Alawi sebagai penjaga gol..teehee~

Perlawanan berpihak pada team Terengganu apabila Terengganu berjaya melolosi pintu gol Pahang sebanyak 2 kali...Terengganu 2 : 0 Pahang..Akan menanti Terengganu menentang Kelantan di Bukit Jalil....


Bendera Palestin dikibarkan oleh penyokong Terengganu


Saat mencemaskan apabila Pahang diberikan Penalti



Bola berjaya ditanduk keluar oleh Sabrinee Alawi


Pemain Simpanan Terengganu...teehee~(n_n)

...

Friday, May 13, 2011

Sweet Rumet,Sweet Memory


Sweet memory with my rumet…oh tidak..now we are ex rumet..a little story about my rumet..nama penuh deme nur asmida bt taib…menuntut ddlm bidang kejururawatan di kampus kusza..berasal dr perak..berumur kurang 20 tahun..anak kedua dr enam adik beradik..nma panggilan ida..masih single..teehee~

Perkenalan selama setahun ini cukup bermakne..banyak gelak tawa dan cerita yang dikongsi..mase mula2 kenal 2 aina xrase janggal coz dia junior y bru abis orentasi MMS..cume msing2 susah nk faham loghat negeri masing2..mcm ayam ng itk..y dicakap laen y difahami lak laen..so kami make decision untuk guna bhasa standard..hehehe..

Rase lucu bile teringat kenangan ng rumet..ada satu hari kami duk sembang2 dan dihulurkan oleh ida sejenis kuih…

Ida: kak aina makan lar kuih nie..

Aina: ida mkn lar..

Ida: jom lar k.aina kite makan sma…

Aina : xpelar ida,sebenarnyer kak aina dop berahi kuih ni..

(muke rumet tiba2 berubah dan ida mendiamkan diri)

Ida: kak aina dop berahi kuih ni?? Maksudnyer??

Aina: oww..ida jgn salah faham…kat sini (trg) berahi tu maksudnye suka..

Ida: hahahaha..kak aina,ida ingtkan maksudnyer ap td..

Huhuhu..macam2 lar rumet aina nie…mase berjalan sekejap jer…tp Alhamdulillah perkenalan nie sangat istimewa..saling menghormati,menghargai, dan memahami..paling best rumet aina seorang yang rapi,bersih ,kemas,disiplin…kebersihan bilik kami tahap A..selesa sgt dgn beliau…seronok berkenalan ng adik2 nursing..mcm2 benda yang xthu kite bole thu…bertukar2 ilmu…dan aina plak dijadikan bahan ujian mereka apabila ada praktikal yang perlu mereka lakukan…fiza,bad,tierah,fisha,fina dan sume lar adik2 nursing yang biase bertandang ke bilik akak..miss u all..

sebelum final exam rumet menyatakan hasrat ingin berjubah dan bertudung labuh...mungkin pengaruh daripada rumetnyer kot..hehe...xkesahlar,coz itu merupakan satu perubahan yang bagus...sebelum menghabiskan saki baki hari terakhir bersama kami telah ida telah mengemukakan satu idea...

malam makin berlabuh...mata dah nk terlelap..rumet lak berselubung dalam selimut satu badan...tiba2 nset berdering...

tut tut tut(bunyi mesej)....from ida??..aik..betol ke tidak rumet aku nie...

from ida..."kak aina...esok kite amik pictvmaen tukar2 baju yer...ida pakai jubah kak aina,kak aina pakai baju nursing ida"

hahahaha..xtido lagi rupenyer budak kecik nie..

keesokanya kami laksanakan rancangan kami....gambar kami di snap oleh pengunjung setia bilik kami...si bad...

bad turut sama posing ng jubah n tudung tajaan bintuamin ..


...

Thursday, March 24, 2011

Stiker Kereta Unisza

MENARIK

STICKER KERETA UNISZA

LIMITED EDITION

DALAM DUA VERSI

JANGAN LEPASKAN PELUANG JADIKAN SEBAGAI KENANGAN





HUBUNGI En.Din : 017-9697992 / 0148090802

AINA : 013-9185142

Monday, January 3, 2011

Soalan Bocor


Kita semua sudah maklum bahawa setelah nyawa berpisah dari jasad,tatkala jasad kita terbujur kaku di alam yang yang cukup asing bagi manusia, Malaikat akan hadir dan kita akan ditanya soalan-soalan yang lazim yang telah mengetahuinya sebelum berdepan dengan sakaratulmaut.Soalan-soalan itu ialah soalan bocor.

1. Siapa Tuhan kamu?
Allah s.w.t
2. Apa agama kamu?
Islam
3. Siapa Nabi kamu?
Rasulullah s.a.w

Kita pasti kita tahu jawapannya.Tetapi kita harus faham satu perkara,alam barzakh dan akhirat adalah sama sekali alam yang tidak sama dengan kehidupan dunia.Lantaran itu, andai kita rasakan menjawab soalan ini sama seperti menjawab soalan peperiksaan, maka kita silap besar. Kekuatan ingatan,kecerdasan minda dan tahap pendidikan takkan menjamin kita mampu mampu menjawab kesemua soalan tersebut dengan cemerlang.
Apa yang menentukan ialah amalan kita di dunia. Oleh sebab itu,bagi menjawab soalan diatas dengan cemerlang,perhatikan pelantindakan dibawah.

Siapa Tuhan kamu?
Tauhidkan Allah,sembah dan laksanakanlah ibadah sebaiknya.

Apa agama kamu?
Jadikan islam sebagai cara hidup.

Siapa Nabi kamu?
Menyayangi Rasulullah dan mengikut sunah baginda.

Saturday, January 1, 2011

Hadis Qudsi



"Daripada Abu Said al-Khudri r.a,katanya:
"Aku mendengar Rasulullah bersabda dengan bermaksud :'Iblis berkata kepada Tuhannya:Demi keperkasaan_Mu dan keagungan-Mu,aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di jasad mereka.' Allah menjawab:'Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku,Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-Ku".

Wednesday, December 29, 2010

Percutian ke Langkawi

Mane lgi interesting, Melaka or Langkawi..??..Cuti sekolah kali ni kite nk g holiday mane ye??..conversation between my brother and me..Cuti sekolah telah pun bermula..Ramailar ibu bapa yang pening kepala memikirkan aktiviti bermanfaat untuk anak2 mereka..Ada yang bawa anak2 mereka bersiar2 dan mungkin ada juga yang mengurung anak mereka dirumah jer.. teehee~
Maklumlar,yang bercuti tu anaknya, bukan mak ayah mereka.

Pada mulanye Melaka adalah destinasi pilihan our parent untuk holiday tahun ni..Tetapi setelah mengadakan pilihan raye tertutup keputusan 7-2 dimenangi..Oleh kerana di Langkawi sedang mengadakan Festival chocolate besar-besaran sempena akhir tahun akhirnya parents terpaksa lar mengalah..bukan senang nak dapatkan peluang sebegitu.. InsyaALLAH next year panjang umur kite ke Melaka..Jam 6.30 petang kami check in di Seaview Hotel berhampiran dengan jeti ke Langkawi..Last trip Ferry jam 7..Oleh kerana kami kesuntukan mase,abah decide untuk menginap di Seaview Hotel terlebih dahulu..Tambahan plak abah sorang jer yang drive time tu,no wonders lar kalo amik satu malam untuk menginap.Ini bukanlah kali pertama aina berkunjung ke Langkawi.

Bercakap sal Seaview Hotel teringat plak kenangan Pahit disitu..Malam tu kami xdapat untuk ronda2 town tu coz aina kurang sihat..Lepas makan malam di hotel, badan aina tibe2 membengkak dan kemerahan..Nasib lar badan..Makan ikut sedap jer..Terliur tengok udang galah masak merah..bestnyer..Tobat xnak makan lagi..Satu pujian ikhlas untuk staf Seaview Hotel coz memberi layanan yang baik terhadap aina...sakit lar katekan..Thanks a lot..

Hajat untuk makan ikan bakar kat medan selera berhampiran tak kesampaian..Malam tu kami just duduk dalam bilik dan menonton perlawanan bola sepak Malaysia VS Indonesia..bergegar bilik hotel bila Malaysia berjaya menyumbat jaringan gol.Bimbang juga kalo2 pihak hotel datang jenguk bilik kami.. =) .. Keesokan pagi kami bertolak dari jeti Kuala Perlis Ke Langkawi.


Coral Island Ferry
Tak lengkap rasenyer ke Langkawi tanpa membeli belah..Trip first kami ke Pekan Kuah..shopping center...Semalam xchat tp bile terpampang signboard Haji Ismail Group dengan sendirinyer badan yang lemah jadi sihat..ni semua penangan chocolate..Tujuan utama aina nak datang Pulau Langkawi..Memang berborong sakan..tak cukup tangan amik bakul,xcukup bakul masuk lam troli umi..hehehehe...umi yang bayar..tengah syok pilih coklat my little sister datang berbisik ke telinge Long, Ady Putra ke tu??...dengan slumber aina jawab ady putra mane..?? nak tergeliat otak aina berfikir saper lar kawan2 aina name Ady Putra..Then aina terpandang di satu penjuru seorang pelakon yang dimaksudkan oleh adik aina..Ady Putra pelakon yang sedang melonjak naek di arena seni bersama Family beliau..

Kami meneruskan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi..Penatnyer..Cuaca di Langkawi sangat panas..Masing2 nak stay dalam kereta,keluar kereta masuk kedai aircond..tak nak jalan kaki,tak sanggup.Kami tak melepaskan peluang untuk ke kedai gamat..tak banyak gambar yang dapat dikongsi..Aina tak larat nak snap pict.. =( yang ade nie pun di snap oleh adik-adik aina..

Haji Ismail Group


syoknyer borong chocolate

Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .Interesting right..Bgi sesiapa yg xnk kahwin tp nk anak pun boleh cube nasib kowt..teehee~

Pekan Kuah
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .NamaKuahini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi namaKuah’.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.

Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am – 6 pm

Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am – 6 pm

Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia.Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am – 10 pm

Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am – 6 pm

Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan ‘Lang’ yang merupakan nama pendek bagihelang’ .Manakalakawimengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkanSelamat Datangkepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih . Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .

Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)

Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.
Alhamdulillah..akhirnya perjalanan pulang menaiki ferry yang lebih ekslusif Marine Ferry selama sejam tiba di jeti kuala perlis dgn selamat.Kami sempat bermalam di Garden Hotel,Kangar bagi meredakan kepenatan sehari di Langkawi.

P/S : untuk pasangan pengantin baru amatlah sesuai untuk mereka dtg berbulan madu di sini..

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...