Monday, May 16, 2011

Perlawanan bola sepak Trg vs Pahang


Perlawanan Liga Super Terengganu Menentang Pahang...Semangat kesukanan...perlawanan bola sepak kali ini diadakan di Stadium bola sepak Terengganu.Perlawanan Liga Super Terengganu menentang Pahang disambut oleh beribu penyokong Terengganu memenuhi stadium..Sekitar jam 5 petang penyokong sudah berada disekitar perkarangan stadium untuk mendapatkan tiket dikaunter yang disediakan..

Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang cuti sekolah untuk sama2 menyertai menyaksikan perlawanan ini..Selepas makan petang di Radix Fried Chicken kami menunaikan solat maghrib di masjid berhampiran.Alhamdulillah,rata2 penyokong yang melibatkan diri tidak lupa tanggungjawab mereka pada agama..Namun ada segelintir penyokong yang mungkin mengambil ringan tentang solat yang diwajibkan keatas mereka..Apa salahnya kalau mereka menunaikan solat terlebih dahulu sebelum memasuki stadium...Lagipun jarak antara stadium dengan masjid tidaklah begitu jauh,Sehinggakan sorakan mereka dari dalam stadium dapat didengari dari dalam masjid..Allah tidak melarang kita bersukan selagi kita tidak lupa tanggungjawab kita pada agama..

keadaan pakir kereta dari tingkat atas masjid

Setelah menunaikan solat magrib berjemaah kami bersama2 memasuki stadium..Penyokong berasak2 untuk melepasi pintu stadium yang dikawal,,sehinggakan aina rasa lemas kerana terpaksa beratur dikalangan ribuan lelaki.Untunglar ada adik lelaki dan abah yang sentiasa menemani.Abah,Asyraf,Faris dan Sufi berdiri disekeliling kami(Umi,Aina,Anis,Amira dan Alia). Aina rasa sangat bersyukur kerana boleh dikatakan penyokong Terengganu nie "Gentlemen" kerana mereka memberi ruang pada kanak2 dan wanita..

Tak sabar rasanyer menantikan aksi pemain Terengganu yang diminati Joseph Kalang Tie sebagai pemain sayap kanan, Abdul Hadi Yahya sebagai Penyerang dan Sabrinee Alawi sebagai penjaga gol..teehee~

Perlawanan berpihak pada team Terengganu apabila Terengganu berjaya melolosi pintu gol Pahang sebanyak 2 kali...Terengganu 2 : 0 Pahang..Akan menanti Terengganu menentang Kelantan di Bukit Jalil....


Bendera Palestin dikibarkan oleh penyokong Terengganu


Saat mencemaskan apabila Pahang diberikan Penalti



Bola berjaya ditanduk keluar oleh Sabrinee Alawi


Pemain Simpanan Terengganu...teehee~(n_n)

...

No comments:

Post a Comment

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...