Monday, October 10, 2011

Aturan dan Ketetapan Tuhan..

 
Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin (Ustaz Maza)

Video ini dikongsi oleh seorang sahabat pengarang di laman facebook pada bulan Ramadhan baru-baru ini..pengarang cuba mendownload untuk dikongsi bersama pembaca di blog pengarang tetapi gagal..Alhamdulillah..setelah hampir 2 bulan pengarang mencari akhirnya ketemu juga dari seorang sahabat yang lain. Kenapa pengarang berusaha untuk mencari?? teruskan membaca..

Video ini cukup memberi kekuatan pada pengarang..Menyedarkan diri pengarang tentang kekuasaan Allah..juga untuk membantu seorang sahabat pengarang yang katanya, hati nya tidak tenang dan sedang dalam kebuntuan..oleh sebab itu pengarang berusaha supaya dia mendapat sedikit ketenangan dari apa yang telah pengarang madahkan..hanya melalui cara ini pengarang dapat membantu nya... kerana pengarang pernah berjanji padanya kalau ada apa-apa yang hendak dikongsi insyaAllah pengarang akan membantu..mungkin video ini dapat membantu walaupun perkara itu telah lama berlaku.

Allah telah berikan ujian yang cukup hebat, tamparan yang cukup kuat dibulan Ramadhan itu...pengarang tahu Dia yang diatas ingin menguji kesabaran HambaNya ini..Supaya pengarang lebih dekat padaNya..sedikit penawar Allah berikan dengan kehadiran video ini..Kekuatan untuk hati pengarang supaya tidak melatah mempersoalkan "kenapa Allah aturkan kehidupan yang sebegini padaku".

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya...Allah tahu kemampuan hambanya justeru Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak terduga..

Petikan daripada Ustaz Maza : Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..

Ya benar katanya..hatta malaikat sendiri tidak mampu untuk menghalang atau menghulurkan bantuan kepada sesiapa jika Allah telah menetapkan sesuatu untuk hambanya..Kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan dapat jua.Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, tetap kita tak akan dapat."Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian"...

Petikan Ustaz Maza : Jika Allah mengaturkan untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan disisi Allah..

Ya Allah..Bimbinglah aku dalam setiap langkah ini agar selalu berada di jalan yang engkau redhai..Berikan aku kekuatan agar aku dapat sabar dan ikhlas...Hanya kepadamu aku berserah diri..Hidup dan matiku hanya untukmu...''Kekalahan'' untuk sesuatu kebaikan adalah bukti ''kemenangan"

 Petikan Ustaz Maza :   حسبنا الله ونعم الوكيل

Ayat ini juga digunakan untuk menghilangkan kekusutan difikiran dan hati (stress)..

Petikan Ustaz Maza : Pengalaman sering mematangkan kita. Siapa yang tidak mengalaminya dia tidak akan memahaminya.

Andai readers pernah berada dalam keadaan pengarang,insyaAllah readers akan tahu bagaimana hati pengarang saat itu..Tetapi pengalaman itu cukup mematangkan pengarang..dalam erti persahabatan..kadang-kadang tidak kita duga sahabat pernah kita kenali yang hadir menghancurkan harapan kita.Redha untuk yang dicintai, dan dihormati.Tetapi inilah aturan Allah untuk kita.

Petikan Ustaz Maza : يا ربي !!! إني فركت هذا العمري إليك  (Aku serahkan urusan ini padamu ya Allah)

Hanya pada Allah kita serahkan segala-galanya..Berdoalah agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini..

Petikan Ustaz Maza : kata hamka"yang ada ini sudah harapan kita,bukan salah kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa apa yang telah kita ada".Syukur itu lebih tinggi dari sabar..

اللهم ما أصبح بى من نعمة أو بأحد من خلقك فمنك وحدك لاشريك لك فلك الحمد ولك الشكر

Dan redha itu lebih tinggi dari syukur..tidak mudah untuk mengatakannya kalau ia tidak benar2 datang dari ufuk hati kita..Hambamu ini menyerahkan segala urusan padaMu Ya Allah..



Sunday, October 9, 2011

~Menantikan Jawapan~

¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•¸.





Sedikit kekeliruan dibenak pengarang...dalam membuat keputusan ini..meneruskan pengajian disini atau menerima tawaran kesana.. subhanallah..cukup teruji hati ini...itulah impian pengarang selama ini..juga impian dari keluarga pengarang...namun setelah mendapat lamaran disini...bertambah berat untuk pengarang meletakkan keputusan...meninggalkan dia yang disini...namun diufuk hati ini meronta-ronta untuk kesana..selagi keberadaan pengarang disini..pengarang menguatkan langkah.. walaupun sedikit rasa berputus asa untuk menyiapkan persiapan kesana dengan banyak agenda yang bakal menanti dihadapan...satu majlis yang bermakna untuk pengarang,dan keluarga pengarang,.. bebanan kerja yang menjadi lumrah bagi seorang mahasiswa turut memberi tekanan..juga takut peristiwa itu berulang lagi andai jarak memisahkan kami..pernah pengarang termenung panjang memikir perihal ini..namun tidak akan ada penyelesaiannya..pengarang perlu membuat keputusan.. kebuntuan ini akhirnya pengarang serahkan pada illahi..berdoa dan meminta kekuatan dan pertolongan darinya..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. sedikit kekuatan dapat pengarang rasakan..cuma pengarang perlukan sokongan dari mereka disekeliling.. Allahurabbi... boleh jadi pengarang tidak akan kesana dan boleh jadi itulah destinasi pengarang seterusnya..langkah demi langkah menanti dua tarikh yang bermakna..



Friday, October 7, 2011

Kupu-kupu

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.
 

Kupu-kupu tidak tahu warna sayap mereka,
Tapi manusia tahu betapa indahnya mereka
Begitu juga diri kita, tidak tahu betapa indahnya diri kita..
Namun betapa Allah mengistimewakan kita dimataNya..
Ketika kita Tunduk dalam SyariatNya..Redha atas TakdirNya, 
Tersenyum dalam MusibahNya, Tegar dalam UjianNya..



p/s :Intailah setiap peluang yang Allah kurnia ini sebelum terlambat..Kerana perjalanan hidup kita terlalu singkat..Yang kekal abadi disana nanti..Sedikit peringatan untuk hari ini dari pengarang untuk readers..kesuntukan waktu membataskan pengarang menceritakan pengalaman pengarang bersama readers..InsyaAllah jika ada kesempatan ,wadah ini kembali berbicara...

Thursday, October 6, 2011

Tanya sama Pokok

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.




 Apa yang berlaku, apa yang terjadi..semuanya ketentuan dan takdir Illahi, Dia yang mengatur segalanya untuk kita..berdoalah agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini...Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin..itu juga ketentuan Illahi..

....♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥
Tanya sama iman, apa sebab goyang? Nanti jawab iman, ujian yang goncang..
Tanya sama ujian apa sebab goncang? Nanti jawab ujian, tanyalah akal..
Akal nanti kata, aku kandung ilmu. Sampai tempat perlu, aku pun seru..
Tengok dlm hati, nampak tempat gelap, campak nur hidayah, gelap pun hilang..
... ~♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♫♥

Wednesday, October 5, 2011

Ila Qurrata A'yunina

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Jika namamu yang tertulis di lauhul mahfudz untuk diriku,nescaya rasa cinta itu akan الله tanamkan dalam diri kita. Walau hadir wanita lain dihadapanmu, walau jarak yang menghalang kita, walau beribu persoalan dibenak fikiranmu,walau kegusaran mengganggu ketenangan hatimu…Cinta yang الله kurnia itu benteng kepada ujian yang datang.. Tugasku BUKAN MENCARI dirimu, tetapi mensolehahkan diriku.. wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku & ayah dari anak-anakku, engkau yang membersamai perjalananku nanti.. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu melayakkan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu,dan buah hatimu kelak. ♪♫


Tuesday, October 4, 2011

Ya Rasulullah


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasul...ullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’



Monday, October 3, 2011

La Tahzan

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.


Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu ha...ri nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...


p/s : "Kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan dapat jua.
Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, tetap kita tak akan dapat.

Sunday, October 2, 2011

Untuk Calon Makmumku

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Lensa mengintai ciptaan Tuhan..
Ter’untuk Calon Makmumku yang Telah Tertulis di Lauhul Mahfudz Duhai Calon Makmumku, Apa khabar engkau disana? siapapun engkau....... Semoga Allah senantiasa memberikan kesihatan kepadamu, dan semoga kekuatan Iman&Takwa selalu melekat di dalam hatimu, Duhai Calon Makmumku, Jika memang kita berjodoh, Allah pasti akan memberikan cinta di dalam hati kita, di dalam hatiku dan di dalam hatimu, & jika m...emang kita tidak berjodoh, Allah pasti sedang merencanakan yg terbaik untuk kita, karana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan, ku serahkan rasa yg tiada sanggup dijadikan halal itu kepada Yang Maha Memberi dan Memilikinya, biarkan Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya, karana ku ingin menjaga cintaku hanya untuk yang halal, ____________________________ "aku belum tentu menikahi dengan orang yang aku cintai, tapi aku akan mencintai siapapun yang menikah denganku karena dia adalah kekasih dunia akhirat" _________________________________________ Ya Allah...... Bila Hamba menjadi pasangan seseorang Izinkanlah diri hamba menjadi pelindung baginya, izinkanlah wajah hamba menjadi kesenangan baginya, izinkanlah mata hamba menjadi keteduhan baginya, izinkanlah pundak hamba menjadi tempat melepas keresahan baginya, izinkanlah setiap perkataan hamba menjadi kesejukan baginya, Ya Allah...... Izinkanlah setiap pelukan menjadi jalan untuk lebih mendekat kepadaMu, izinkanlah setiap sentuhan menjadi perekat cinta kepadaMu, izinkanlah setiap pertemuan menjadikan kami bersyukur kepadaMu..Amin...Ya Rabbal 'Alamin... Bunga-bunga cinta indah bersemi diantara harap pinta padaNya Tuhan tautkanlah cinta di hati berpadu indah dalam mihrab cinta _______________________


Thursday, September 29, 2011

~Terimalah Daku Seadanya~

✿¸.•❤••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


ܓ..Siapa pun kamu di masa lalu, itu tidak bermakna kamu TIDAK BERHAK untuk menjadi seorang Muslimah/Muslim yang BAIK, DISAYANGI dan DIHORMATI..berusaha MENDIDIK diri menjadi Muslimah/Muslim yang baik PERLU diteruskan TANPA mengenal erti penat apatah lagi jemu..tinggalkan masa lalu yang perit itu..jadikan ia satu PENGAJARAN bukan satu penyesalan yang berpanjangan..(。◕‿◕。)




Dengan mengeluarkan kata kata agama
tidak semestinya aku seorang ustaz 

labuhnya jubah ku berserta serban ,
tidak semestinya aku seorang yang alim .

Dengan menasihati orang lain ,
tidak pula bermaksud aku ini adalah orang yang sebaik-baiknya .

Aku cuma insan biasa ,
yang mempunyai keinginan seperti kamu 

Cuma aku berkongsi ,
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu .

Dan mengingati diri sendiri ,
supaya menjadi lebih baik (◕‿-)




Wednesday, September 28, 2011

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang



✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

Kerana….






Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang  selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu



BUAT BAKAL IMAM KU

SEKADAR HIASAN...


Tuesday, September 27, 2011

Jangan Gelak...

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid: Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Monday, September 26, 2011

Allahlah yang kuasa memberi pengganti

✿¸.•❤••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


Allah tidak mengambil sesuatu dari anda kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya

 "Sesiapa Kuambil dua. kekasihnya (matanya) tetap bersabar maka Aku akan mengganti kedua-dua (mata) nya itu dengan syurga".
Hadis nabi dan :
"Sesiapa yang kuambil orang yang dicintainya didunia tetap mengharap redhaKu, nescaya aku akan menggantikannya dengan syurga" (Hadis Nabi)

 Dengan kata lain sesiapa yang kehilangan anaknya namun ia tetap berusaha untuk bersabar maka diakhirat nanti akan dibangunkan untuknya satu Baitul Hamdi (Rumah pujian).Pengarang teringat akan kisah sahabat nabi yang bernama ummu sulaim. Indah akhlaknya walau diuji kehilangan seseorang yang disayanginya.


Terdetik dihati pengarang untuk mengajukan soalan kepada ustaz yang menyampaikan ceramah mengenai erti redha..Namun majlis ditutup tanpa ada sesi soal jawab.Sedikit terkilan dihati pengarang. Ingin sekali pengarang mengetahui perbezaan perasaan redha dan sabar.


 Ada pepatah arab yang berkata INNALLAHA MA'A SOBIRIN. Maka anda tidak perlu bersedih hati dengan musibah yang menimpa anda,sebab yang menentukan semua itu adalah Allah yang mempunyai syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar.

Beberapa sahabat pengarang yang kini sedang melanjutkan pelajaran di bumi urdun(Jordan) berkongsi pendapat mengenai bagaimana jika orang yang kita miliki, akhirnya akan dimiliki orang lain.Ringkas dan padat jawapannya 
respon dr sahabat pertama :
"jangan kau tangiskan perpisahan itu sedang kau tahu setiap pertemuan pasti ada perpisahan,dan jangan kau alirkan air matamu sedang kau tahu perhubungan itu haram dalam islam"
respon dr sahabat kedua :
setiap apa yang ada didunia ini milik Allah, tidak ada satupun milik kita, dan dia berhak mengambilnya pada bila2 masa..
Subhanallah,syukran ya akhi..cukup bermakna kata-kata itu. Apa yang dapat pengarang ambil dari respon akhi berdua, kadang-kadang Allah jauhkan kita dari seseorang kerana untuk melindungi diri kita.

Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapat penghormatan yang mulia disyurga Firdaus. Janji Allah termaktub dalam firman-Nya ;

"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."

(Surah Ar-Ra'd:24) 


Bagaimanapun, kita perlu selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang biasanya berkesudahan dengan kebaikan kita. Dengan begitu kita termasuk golongan orang-orang yang disebut ayat berikut ini :

"Mereka itu ialah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta Rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya"
(Surah Al-Baqarah : 157)

Ini merupakan ucapan tahniah bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana. Usia dunia ini sangat singkat dan gudang nikmatnya pun sangat kecil. Sedangkan akhirat lebih baik dan kekal, hingga sesiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan diakhirat nanti.

Berbeza dengan mereka yang mencintai dunia,hanya mengharap nikmat dunia sahaja,dan lebih senang pada keindahan dunia.Sesungguhnya apa yang ada disisi Allah itu lebih baik, lebih kekal,lebih utama dan lebih mulia.


Friday, August 26, 2011

~ ALLAH knows best ~

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


ALLAH knows what is best for us

So why should we complain

We always want the sunshine

But He knows there must be rain.

We always want laughter

and the merriment of cheer

but our heart will lose

their tenderness

If we never shed a tear.

ALLAH tests us often

with suffering and sorrow

He tests us not to punish us

but to help us meet tomorrow..


. . .

p/s : Once we seek forgiveness from whatever sin we have committed we should never let that sin haunt us. Satan tries to make us fail or limit our spiritual progress by making us feel we have not been forgiven or that what we did was unforgivable. Seek forgiveness many times daily to develop a good link with your Maker & never doubt the Mercy of the Most Merciful! However, if we have wronged a fellow human then we will HAVE to go up to the them & seek forgiveness for our wrongdoing against them! !

. . .

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...