Monday, October 10, 2011

Aturan dan Ketetapan Tuhan..

 
Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin (Ustaz Maza)

Video ini dikongsi oleh seorang sahabat pengarang di laman facebook pada bulan Ramadhan baru-baru ini..pengarang cuba mendownload untuk dikongsi bersama pembaca di blog pengarang tetapi gagal..Alhamdulillah..setelah hampir 2 bulan pengarang mencari akhirnya ketemu juga dari seorang sahabat yang lain. Kenapa pengarang berusaha untuk mencari?? teruskan membaca..

Video ini cukup memberi kekuatan pada pengarang..Menyedarkan diri pengarang tentang kekuasaan Allah..juga untuk membantu seorang sahabat pengarang yang katanya, hati nya tidak tenang dan sedang dalam kebuntuan..oleh sebab itu pengarang berusaha supaya dia mendapat sedikit ketenangan dari apa yang telah pengarang madahkan..hanya melalui cara ini pengarang dapat membantu nya... kerana pengarang pernah berjanji padanya kalau ada apa-apa yang hendak dikongsi insyaAllah pengarang akan membantu..mungkin video ini dapat membantu walaupun perkara itu telah lama berlaku.

Allah telah berikan ujian yang cukup hebat, tamparan yang cukup kuat dibulan Ramadhan itu...pengarang tahu Dia yang diatas ingin menguji kesabaran HambaNya ini..Supaya pengarang lebih dekat padaNya..sedikit penawar Allah berikan dengan kehadiran video ini..Kekuatan untuk hati pengarang supaya tidak melatah mempersoalkan "kenapa Allah aturkan kehidupan yang sebegini padaku".

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmatnya...Allah tahu kemampuan hambanya justeru Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak terduga..

Petikan daripada Ustaz Maza : Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang ia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang ia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun..

Ya benar katanya..hatta malaikat sendiri tidak mampu untuk menghalang atau menghulurkan bantuan kepada sesiapa jika Allah telah menetapkan sesuatu untuk hambanya..Kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan dapat jua.Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, tetap kita tak akan dapat."Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian"...

Petikan Ustaz Maza : Jika Allah mengaturkan untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan disisi Allah..

Ya Allah..Bimbinglah aku dalam setiap langkah ini agar selalu berada di jalan yang engkau redhai..Berikan aku kekuatan agar aku dapat sabar dan ikhlas...Hanya kepadamu aku berserah diri..Hidup dan matiku hanya untukmu...''Kekalahan'' untuk sesuatu kebaikan adalah bukti ''kemenangan"

 Petikan Ustaz Maza :   حسبنا الله ونعم الوكيل

Ayat ini juga digunakan untuk menghilangkan kekusutan difikiran dan hati (stress)..

Petikan Ustaz Maza : Pengalaman sering mematangkan kita. Siapa yang tidak mengalaminya dia tidak akan memahaminya.

Andai readers pernah berada dalam keadaan pengarang,insyaAllah readers akan tahu bagaimana hati pengarang saat itu..Tetapi pengalaman itu cukup mematangkan pengarang..dalam erti persahabatan..kadang-kadang tidak kita duga sahabat pernah kita kenali yang hadir menghancurkan harapan kita.Redha untuk yang dicintai, dan dihormati.Tetapi inilah aturan Allah untuk kita.

Petikan Ustaz Maza : يا ربي !!! إني فركت هذا العمري إليك  (Aku serahkan urusan ini padamu ya Allah)

Hanya pada Allah kita serahkan segala-galanya..Berdoalah agar hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini..

Petikan Ustaz Maza : kata hamka"yang ada ini sudah harapan kita,bukan salah kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa apa yang telah kita ada".Syukur itu lebih tinggi dari sabar..

اللهم ما أصبح بى من نعمة أو بأحد من خلقك فمنك وحدك لاشريك لك فلك الحمد ولك الشكر

Dan redha itu lebih tinggi dari syukur..tidak mudah untuk mengatakannya kalau ia tidak benar2 datang dari ufuk hati kita..Hambamu ini menyerahkan segala urusan padaMu Ya Allah..



No comments:

Post a Comment

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...