Sunday, July 22, 2012

Ramadhan Menggamit Kenangnan

   ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Assalamualaikum...Dear readers yang sudi berkunjung dan seluruh umat islam...Selamat Menunaikan ibadah Puasa...bestnyer !! berkesempatan untuk sekali lagi merasai nikmat berpuasa..Alhamdulillah kali ini penulis dapat menunaikan ibadah ini dengan fizikal dan jasmani yang sihat...

Pengalaman yang perit untuk penulis pada Ramadhan yang lepas..hanya kerana hati ini diuji..Sedikit ujian Allah..minggu2 terakhir ramadhan penulis hanya berserahkan hal itu pada Allah..menemukan dahi dengan sejadah yang suci menghadap Sang Pencipta.


Jom sama2 kita mengimarahkan surau-surau dan masjid.. Seperti tahun-tahun kebiasaan kami sekeluarga mengamalkan konsep trip "satu hari satu masjid" ..macam mana tu? ..hehe...kami menunaikan solat terawikh di masjid atau surau yang berbeza setiap hari..


Terima Kasih tidak terhingga buat teman-teman yang sudi mengirim SmS..email...pelbagai mesej yang kreatif dan menarik...Syukran ya akhi wa ukhti...

Selamat berpuasa Muslimin Muslimat...Semoga sebulan Ramadhan kali ini mampu mendidik jiwa kita untuk 11 bulan akan datang...Dikesempatan ini, penulis memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap dari diri penulis..Asif jiddan Minni..



Thursday, July 19, 2012

Rinduku Tertinggal di Kota Bandung

                                  ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿



Wah !! bukan maen lagi tajuk tu.. Rinduku Tertinggal di kota Bandung.. Alhamdulillah..Penulis mendapat sesuatu yang tidak diduga..Tawaran yang sangat menggembirakan hati penulis. Dapat menjejakkan kaki ke Indonesia.. Satu pengalaman yang sangat berharga.. Penulis bersama 4 lagi sahabat sebagai delegasi dari Unisza untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh UUM dengan kerjasama Universitas Padjadjaran Indonesia.

Mesra Mall 

Alhamdulillah, mereka keluar dengan langkah kanan, sebelum bertolak ke LccT, penulis menjemput rakan2 untuk makan petang dirumah Penulis terlebih dahulu. Setelah selesai makan petang dirumah penulis kami bergerak dan berkesempatan singgah di Mesra Mall.. Meluangkan sedikit masa disini untuk menonton wayang.. ^_^



A long journey..dari kuala terengganu ke LccT Airport.. Perjalanan penulis berjalan lancar sehinggalah tiba di kota Jakarta. Belum pun sampai di Jakarta loghat antara kami telah pun bertukar.. Masing2 udah bisa bicara indon.. a_a





Golden Flower Hotel

Kami ditempatkan di Sebuah Hotel yang sangat Mewah.. Golden Flower Hotel.. yang berada ditengah-tengah kota Bandung. Disini penulis dapat berkenalan dengan delegasi dari universiti seluruh Malaysia (UUM, UTHM, UMS, UKM) dll.. Penulis terasa diri diperhati, tidak lama kemudian, penulis disapa oleh seseorang yang tak dikenali .he said : aina najwa rite ?? penulis : yearh (muke confius) sorry u know me? he said : yes, i heard about u from someone.. Penulis : owhh (masih blur ) he said : boleh kite berkenalan? Penulis : (terdiam, mate terkebil2..hanya membalas dengan senyuman)


Kedatangan kami disambut baik oleh delegasi UUM dan mahasiswa Universitas Padjadjaran. Kami dihiburkan dengan permainan tradisional.. yeayy !! salah satu permainan yang sangat digemari oleh penulis dari kecik. Angklong !! irama yang sangat indah..










Bersama Mahasiswa Universitas Padjadjaran
Kami diajar cara untuk bermain angklong.. Hasil gabungan dari pelbagai kunci menghasilkan irama yang enak bangat untuk didendangkan di cupin telinga.. 






Pasar Besar Bandung

Shopping time..Berbondong2 barang yang ingin dibawa pulang...mama, papa, pak cik, mak cik , paksu mak ngah, jiran, tok bilal tok imam semua dibeli... haha.. dgn wang berjumlah 1 juta rupiah kami berbelanja sakan di pasar baru, toko tiga dan lain2 tempat yang sempat disinggah.. Arghh...xckup duit...kelam kabut kami mencari money changer..nak berborong lagi !!!
Nasi Ambang, Indonesia
Prof. Luck.. hihi

Bersembang ilmiah bersama Prof Luck dari Australia...Pening  kepala juga kami untuk cuba memahami setiap patah perkataan yang keluar dari mulut beliau... Pure american english.
 Kami diajak untuk sama-sama menarikan tarian tradisional indonesia.. Mereka menari dengan penuh gembira.. Penulis tidak melepaskan peluang lensa penulis untuk merakam detik2 manis ini.

Artis kah ??
Siapakah? artiskah ? Cowot yang berusia 18 tahun yang juga pekerja di hotel Golden Flower membawa kami bersiar-siar disekitar bandar..Untung juga penulis mendapatkan bantuan dari beliau...kerana penulis mendapat harga yang murah apabila berurus niaga.


 Udah mau berangkat pulang...Pelbagai kenangan disini yang tak dapat penulis kongsikan...Sangat indah...Kerana terlalu penat lensa penulis hanya merakam waktu-waktu tertentu sahaja. Terima kasih kepada mahasiswa Universitas Padjadjaran..Layanan yang sangat istimewa..Lemah lembut dan ganteng bangat cowot dan cewet nyer...

Terminal 3,Kota Jakarta
Rinduku Tertinggal diKota Bandung

Wednesday, July 18, 2012

Kite Merancang Allah Menentukan

                               ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿

Alhamdulillah..Penulis berkesempatan lagi untuk meneruskan celoteh disini.. Lama nyer bercuti !!! Lappy penulis buat hal.. isk isk..spoilt mood penulis untuk berbicara.. Baru2 ini penulis berkesempatan mengikuti program bersama Kelab Baktisiswa Unisza di Ulu Tembeling Pahang. Jom ikut penulis mengembara..


 Apakan daya, perjalanan kami tidak dapat diteruskan. Jambatan utama ke kampung tersebut telah ditenggelami air. Ramai pelancong yang ingin ke Taman Negara Pahang terkandas..kami terpaksa berpatah balik mencari penginapan dan yang paling penting untuk mengisi perut.. mood ~~ Laporr

 pict 1 : Bismillah ...(dengan harapan)
 pict 2 : Err..xkne ng slera i.. i biase makan kat 5 star laa..
 pict 3 : 5 star x 5 star..bayar tetap bayar..hahaha (ketawa kejam)..
 pict 4 : Hadoii..si rashid nie buat muke lak..aku baru nk bodek mak cik nie lunch free..
pict 5 :  Ape lar nasib badan.. din, kau bgi kat mak cik tu cek aku okey (nada berserah)

hihi.. skrip di atas adalah lakonan semata-mata..tidak ada kaitan dgn y hidup mahupun y telah meninggal dunia..

Sangat terhibur dengan persembahan gajah disini.Gajah disini telah pun dilatih untuk memberikan persembahan kepada pelancong yang datang. Syok dapat bagi makan kat gajah..(walaupun dalam keadaan takut)..duk jauh dari org lain.

kat mane ada tempat yang boleh bergambar kat sitular ada kami.. hatta celah pohon buluh pun..hihi.. best..dapat kenal kawan2 bru..kebetulan kawan baik penulis (atikah n shahida) tak lagi dapat bersama penulis.. Penulis keseorangan, terpaksa mencari teman baru..
Safari Park

Bersama orang asli che wong.. Salah satu etnik senoi..  Kami diberi peluang untuk mencuba aktiviti2 yang dilakukan orang asli. Tarian keramaian, Bermain Muzik, Menyumpit Belon (penulis xberjaya lakukan).. Kekuatan mulut dan perut untuk meniup kepada sasaran diperlukan..Nampak macam senang..Tapi subhanallah...nak tercabut rahang penulis..

Panorama Kampung Pagi

Taman Negara Pahang
Berjaya Berada di puncak. Kami mendapat maklumat daripada renjer hutan bahawa cuaca tidak mengizinkan kami mendaki. Jadi kami dibenarkan melawat sekitar kawasan sahaja. Pusing punye pusing tempat sama..hermm, heran penulis..kemana mereka nk bawa kami. Tanpa apa2 persiapan mendaki, kami dapat makluman bahawa kite tetap akan mendaki..

Da macam aksi hindustan plak
 Ya Allah..Dahaga hanya Tuhan yang tahu..Sehelai sepinggang kami meredah hutan tebal ini. Masing2 hanya berselipar Jepun dan Sandal.. Tergelincir, tergolek dan macam2 aksi dapat disaksikan..Geli hati penulis melihat peserta lain sehingga giliran penulis pula yang tergelincir.


 Tibe masa rapid boat war.. Saat yang ditunggu2 oleh penulis dan peserta lain. 3 buah boat yang disediakan telah siap sedia menunggu kami. Belum pun melepaskan lelah memanjat bukit terisik, kami perlu bergegas turun, kerana boat menanti untuk aktiviti seterusnya. Ya Allah.. inilah pertama kali penulis merasai pengalaman ini. Berperang antara 3 boat.. basah kuyup kami dibuat mereka..Saat paling cemas apabila dihimpit 2 boat yang lain. arghh !! boat lain main ngelat..x aci.... u_u

Penulis : Pak cik cepat pak cik...kite lari..
P.cik :    Nak lari kne gune kaki la dik. (senyum sopan)
Penulis : Eh, pak cik nie bergurau pulak..huhu..sye da lemas nie pak cik..
P.cik :    Tadi kata dahaga, bole minum air tu haa..
Penulis : xnk kawan pak cik (tutup muka ng jaket) da bnyk sgt air msuk dlam mulut penulis
                  (pak cik ketawa besar)

Bersama org Asli Pahang

kot ye pun nak amik gambar penulis, gitau jelar...amik gambar curik plak..sedar2 banyak gambar penulis yang diambil curi2 dalam camera tersebut. Btw..thanks..teehee ^_^

Kite merancang Allah menentukan...program yang sepatutnya bersama keluarga angkat bertukar kepada program lawatan, kerana perhubungun pengangkutan terputus untuk ke kampung seberang.


Thursday, March 15, 2012

Perjalanan Seorang Mukmin


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

 Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

 Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

 Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa asalnya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.


 Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

 "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

 Demikian juga bagi yang sedang berusaha terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

 Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada kesesuaian dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

 Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


Wednesday, March 14, 2012

Saat ku gapai KasihMu


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


Saat kugapai kasih-Mu
Barulah ku tahu dalam diri ini
Ada sejuta keindahan yang belum kukenali
Andai lama dahulu kukenal diriku
Tidaklah aku tersasar dari jalan-Mu.
 Dan kini…dalam sujud aku menyerah
Taubatku hanya untuk-Mu, Ya Allah..
 
Saat kugapai kasih-Mu
Barulah ku tahu betapa kerdilnya aku
Ketika tangan ku tadah pasrah
Kalbu menangis tanda bersalah
Jiwa merintih ingin berubah

Saat ku gapai kasihmu
 Barulah ku tahu betapa manisnya iman
Betapa indahnya akhlak mahmudah
Betapa syumulnya islam
Yang dahulu tega ku persenda

Saat ku gapai kasihmu
Ku ingin selalu bersamamu
Mencapai makna hamba yang solehah
Mengecap nikmat beribadat
Siang, malam setiap detik
Jiwa raga ku persembah untukmmu
aku ingin berubah dari segala
kecacatan masa laluku...
ya Allah

Tuesday, February 7, 2012

~~ SAKIT ~~


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


~✿..Jangan disangka apabila Allah TIDAK MENGUJI dengan kesakitan, kekecewaan, kesedihan, kepedihan dan semaksud dengannya, bermakna Dia TIDAK PEDULI dengan DOSA dan MAKSIAT yang kita buat..

Paling MENYAKITKAN adalah apabila saat dan ketika..Allah TARIK, CABUT, dan RENTAP urat hati yang selama ini taat, tiba-tiba TIDAK TERASA APA-APA apabila berbuat dosa..tidak basah jiwa dengan alunan ZIKRULLAH, tidak punya roh ketika sujud dan rukuk. Ahhh..LEBIH SAKIT dari segala sakit..✿~

>>> Itulah HAKIKATNYA kesakitan, kekecewaan, kesedihan, kepedihan yang tidak tertanggung TANPA SEDAR..percayalah! Allahhu Allah..♥♥♥

Alhamdulillah penulis masih diberi kesempatan lagi untuk meluahkan bicara disini..sebulan penulis bercuti untuk memberi laluan kepada peperiksaan yang penulis perlu tempuhi... itu baru sahaja ujian bagi menguji ingatan penulis, belum lagi ujian untuk menguji keimanan penulis..  Subhanallah..Sewaktu itu mulut tak bisa berbicara lagi.. 

Langkah demi langkah akhirnya penulis dapat menghabiskan satu sem dibumi UNISZA ini.. Masih jauh perjalanan penulis dihadapan.. Penulis tetap mengorakkan langkah,walau terkadang penulis tersadung ditepian..kata2 semangat drpd sahabat dan keluarga membuatkan penulis masih mampu berdiri dikampus ini..

Hati kita, yakni manusia tidak akan pernah tidak disakiti...selagi ia mempunyai rasa selagi itu pelbagai perasaan dapat kita lalui .. Ribuan kemaafan penulis pohon kepada sahabat2 penulis yang berada dibumi barakah Mesir dan Jordan...Maaf kerana membuat anta dan anti tertunggu-tunggu kehadiran penulis dibumi barakah tersebut...terima kasih diatas sokongan walaupun dari jauh... kemanisan itu dapat penulis rasai dari sini..Walau dimana penulis berada, ukhwah kita adalah selamanya...kerana Allah.

Friday, February 3, 2012

Story~~ Restoran Mahal


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Suatu ketika, seorang alim pernah ditanya. “Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?”
“Siapa yang tak teringin buat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haram asalkan lazizah. Semua itu menyeronokkan,” jawab orang alim itu.

“Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?”
“Perumpamaannya beginilah. Saya pergi ke sebuah restoran mashur, terkenal dan sedap. Nafsu saya meronta-ronta nak makan semua makanan di ditu. Ada ikan besar, udang besar, semuanya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar.”

“Maksudnya?”
“Maksudnya, atas dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang saya tak mampu nak bayar harga semua dosa tu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan?”
Maka fahamlah lelaki yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia. Tetapi tiada siapa pun yang mampu membayangkan azab seksa di akhirat, akibat daripada segunung dosa ketika atas dunia..

 Glosari

Lazizah : Sedap
Mashur : Ternama

Thursday, February 2, 2012

♥KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG Y SALAH♥


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


♥KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG Y SALAH♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

Wednesday, February 1, 2012

Erti Sahabat

✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.


Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..





Sumber:http://ukhwahfillah.wordpress.com/


Dedikasi istimewa dari penulis kepada sahabat yang sangat penulis rindui ketika ini...Wan Nur Shahida Bt Wan Nordin dan Nur Atikah bt Mohd Azman ...3 tahun bersama. tersemat perbagai kenangan..Terasa ingin kembali bersama seperti dahulu...meluahkan bicara dan rasa...Seikhlasnya dari hatiku wahai sahabat..aku menyayangimu kerana Allah...semoga kita dapat bertemu kembali...
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·









Monday, November 14, 2011

Teka teki Imam Al- Ghazali


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸. 



Suatu hari, imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 =  Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 =Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (surah ali-imran:185)

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan dating dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 =  Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang paling benar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al- Araf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan didunia ini?
Murid 1 =  Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = Semua jawapan kamu itu benar,tetapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 =  Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = Semua itu benar,tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-azab :72). Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab “Pedang”
Imam Ghazali = Itu benar,tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...