Hati mula berbicara..Bagaimana cara kita cuba untuk menyembunyi dan merahsiakan sesuatu di dalam diri (jiwa) kita, Allah SWT tetap mengetahuinya kerana Dia sememangnya Maha Mengetahui setiap apa yang ada dibumi ini hatta ap yang sedang kita fikirkan..Tiada sesuatu perkara pun yang tersembunyi daripada kesempurnaan dan keluasan Makrifah-Nya.
Namun dibandingkan dengan orang lain,secara jujurnya kitalah yg amat mengenali kekurangan dan kelebihan yang ada di dalam diri kita. Orang kebanyakannya tidak nampak "pekung" atau cerita sebenar diri kita. Apa yg mereka nampak zahiriah kita tp tidak batiniah..Kalau nampak dan terperasan pun boleh jadi insan yang punyai "basyirah" atau firasat sebagai salah satu anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yg beriman.
Banyak juga org yg menurut sangkaan mereka,yakni setelah menilai lahiriah yg kita zahirkan,berkata yang kita ini nampak mcm okey dan baik sahaja.Walhal,hakikatnya keadaan yg sebenar adalah sebaliknya.Jauh panggang dari api.Nama pun "pandangan mata" seperti yg sering dialunkan dalam bait nasyid "Pandangan mata Selalu Menipu".
Apapun, mudah-mudahan Allah SWT menjadikan diri kita sebagaimana pandangan baik mereka ke atas diri kita. Macam kadang kala ada org panggil kita "Ustazah!" walhal kita lulusan diploma pun blum lepas lgi..Namun kita sambut panggilan itu dengan membaca "amin". Maksudnya "perkenankanlah ya Allah"..Mudah-mudahan sangkaan orang kepada kita itu(walaupun salah dan tidak tepat) bertukar menjadi doa kebaikan ke atas diri kita.
Hmm..mana-mana keadaan dan situasi kerendahan budi,ketirisan iman,kecelaruan minda dan emosi,kelemahan diri sendiri yg tidk dpt dijangkau oleh pandangan mata dan pengetahuan orang ramai.maka Allah Ar-Rahman jualah kita memohon taubat dan keampunan.
Pada pandangan mata kasar org Ramai kita nampak Suci dan berketrampilan namun pada pandangan Allah al-Qudus diri kita masih sahaja berlumuran selut duniawi dan debuan dosa.Semoga Allah SWT tidak menghukum kita terhadap apa jua kata-kata dan sangkaan mereka terhadap diri kita itu.