Tuesday, November 30, 2010

Mencari ketenangan

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.

Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.

Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)

Firman Allah lagi:

"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?

Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

BtW Allah telah mengurniakan kepada kita Akal untuk memikirkan mukjizat yang diberikan oleh Nya..Pelbagai cara untuk mencari ketenangan...Ada orang mencari ketenangan dengan melancong,menyanyi,shoping dan macam2..tp bagi aina ada care yang lebih mudah untuk mencari ketenangan..tak perlu guna duit...iaitu dengan menunjukkan kasih sayang..bukan kepada kekasih hati tetapi kepada bayi...sepertimana kita tahu..bayi mampu memberi aura ketenangan..instinct ataupun benneng dalam bahasa mandarinnya yang terdapat pada diri setiap bayi memberi cas positive kepada diri seseorang individu.teehee~ntah betol ke tidak..bukan pakar human resource pun..tapi percayalah bukan sesuatu yang bole menyesatkan readers.

Lain org lain pandangan..terpulang kepada readers,asalkan menggunakan cara yang diredhai Allah untuk mencari ketenangan..INGATLAH SATU PEPATAH...Dengan Mengingati Allah Hati akan menjadi Tenang.so aina selitkan beberapa pict si kecil yg sempat diambil di rumah makcik time cuti baru2 nie.


Pening juga nk layan kerenah si kecil..dukung si kakak si adik nye nangis dukung si adik,kakak dia plak nangis..aduuss..tapi hepi..Dinnie dan Darwish..Like as Mickey Mouse & Mynie Mouse..teehee~


si montel..Harish Iman..GEDEBAK..


aduuss..saper y snap pict nie..terbalik 360 darjah..Darwish...sweet..tenang jer bile pegang si kecik nie..xnangis walo dicubit..Cool jer, darwish kan baby boy..


..

Majlis Pertunangan

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku badan mengandungkan hayat(kehamilan), teehee~ maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar,murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Justeru itu aina ucapkan TAHNIAH buat sahabat aina kak Ain and Ziera yang tidak lama lagi akan melayari bahtera rumah tangga..semoga berbahagia bersama pasangan abg Hasif and abg Yo.. hehe..slumber jer panggil bakal laki org abg...xkan coz da nk kawin kne panggil nme lak kan..?? teehee~

Perhubungan selama 1 tahun lebih kot and finally akan ke jinjang pelamin juga kome..bercinta lame2 pun xde gune kan..so why not diikat dgn ikatan yg sah..Alhamdulillah..Selamat bertunang guyz..semoga berkekalan ke anak cucu..Thankz a lot coz x lupa menjemput..insyaAllah ada kesempatan masa aina akan hadir untuk majlis persandingan kome..aina doakan kome berbahagialah sentiasa..bahagia tu bahagia jugak tp Study jgn lupe yer..teehee~


kak Ain y Cumil..



ziera sweet giler..

Friday, November 19, 2010

Hepi Besday lit Bro

First of all, I wish you happy birthday to my brother ... finally tercapai jugak hasrat bro nak celebrate a birthday ... very funny .. dah besor pnjang pun nak celebrate besdaz jugak .. kecian coz his birthday always falls on Ramadhan..

But u must remember bro...
Now a lot of responsibility on your self..beware..hehe..
mengendalikan majlis yang kecik macam nie pun rase dah teramat penat...kalo majlis lagi besar macam mane agaknya..Futhermore,function nie untuk majlis perpisahan dema semua da last year kat SmkSid
..sedikit juadah dan pencuci mulut di sediakan..




anak bapak?? anak mak??

benda alah nie namenya agar-agar pelangi...simple jer nk buat...pejam mate pun boleh siap..sape yang suke duk dapur pasni boleh dapatkan secret recipy dr aina..nk menuntut ada pengerasnya..teehee~~


Sunday, November 7, 2010

My Award~


I create this award and give it as my gift to the name listed ... but before that you must answer the following question ... hehe .. marks will be taken .... then will be added to the final exam score ...kihkih
Miss Najmie
Miss Siska
Miss Shahida
Miss Suhaila
Miss Salwan
Miss Zyra
Ms Cahsyara

QUESTION LINK

1.Are you a mature?(5mark)

2.Are you can relax and be patient if your intention is not achieved?(3 mark)


3.Can you hide your feelings are hurt and offended by someone and accepted as normal?
(3 mark)

4.Can you accept criticism or misunderstanding of those without enlarge it?(2 mark)

5.Can you be fair and equitable to apply those you do not like?.(2 mark)


THE END..







Friday, November 5, 2010

Runtuhnya Tembok Nafsu


Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau?

Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau.

Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.Sebut sahaja hawa nafsu pasti dalangnya adalah syaitan.

Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat?Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.

Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu.Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

Prinsip Asas Dalam Melawan Hawa Nafsu

Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:

1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.

Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).

Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.

Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.

Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.

2. Membebankan nafsu itu dengan ibadah.

Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat.

Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk 'menyeksa' nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.

Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran, hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid).

Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan.

Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.

3. Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.

Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah.

Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu).

Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.

Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:

"Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini:

"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu."

Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah:

"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."

wallahualam..disini aina turut berpesan dan mengingatkan diri sendiri..alangkah ruginya kita andainya kita tahu nikmat yang Allah janjikan kepada ummat nya namun kita masih melakukan kemungkaran..Mereka yang menuntut didalam ilmu agama tetapi masih melakukan perkara mungkar akan dilaknat oleh ilmunya sendiri..berwaspadalah sahabat jgn sehingga Runtuh Tembok Nafsumu...

..

Tuesday, November 2, 2010

~Antara Cinta & Agama~




Astarghafirullah halazim
Allazi la ila hailla hual haiyul qayyum wa atubuilaik
taubatan abdi zalimin la yanliku linafsihi
darran wala naf'al wala mautan wala hayatal walanusyura.
Ampunilah hamba ya Allah
tiada Tuhan melainkan engkau yang Maha Hidup yg Maha Berdiri dengan sendirinya
aku bertaubat padamu dengan taubat seorang hamba yang menzalimi diri nya sendiri
aku tiadalah pula berkuasa memudaratkan apa-apa mahupun menghidupkan sesuatu
ataupun mengbangkitkan manusia yg mati...
ampunilah hamba ya allah..
Ya Allah,
Ampunilah dosa hamba ya Allah..
Ya Muhammad,
Maafkanlah aku ya Muhammad..
Aku khianati agama yang telah Kau bawakan untukku...
sedangkan ketika kau ingin dijemput Illahi kau masih ingat akan ummat mu...
kau lihatlah Muhammad apa yang telah aku lakukan..
bertahun-tahun kau tegakkan agama ini..
demi ummat mu Muhammad...
namun kau lihat lah apa yang telah aku lakukan hari ini Muhammad..
Ya Allah ...
jauhilah aku dari azab api neraka...
aku takut ya Allah...
kuatkan imanku ya Allah..
kuatkan iman kami..
Adakah cukup airmataku yang mengalir ini
untuk menghapuskan dosa yang telah kubuat
kelmarin dan akan datang..
aku cuba ya Allah..
namun godaan nafsu lebih kuat dari kekuatan imanku...
maafkan aku ya Allah,
adakah berbaloi solat malam ku bersujud padamu
memohon keampunanMu
sedangkan aku masih mengulangi dosa itu...
telah kau beri peringatan pada ku didalam kitabmu...
peringatan keras kau berikan bagi mereka yang ingkar akan perintahmu..
Tuhan,
Hamba mu yang ingkar ini datang
mengakui segala dosa dan hamba memohon keampunan dariMu
kerana Engkau sahaja yang layak mengurniakan keampunan...
kiranya Engkau tolak keampunan ini kepada siapa lagi hamba harapkan...
aku kesali dosaku ya Allah..
Astharafirullah Hainnalah
sesungguhnya hanya mu ya Allah maha penerima taubat ampunilah hamba ya Allah
Ya Allah..
aku inginkan cinta Mu ya Allah..
namun aku juga inginkan cinta manusia...
manusia yang sedang kucinta kini..
kau jagalah kami dari segala kejahatan ..
Allah humma ajirna minna nar
ya Allah hindarikan kami drpd azab bakaran api neraka
Antara Cinta dan Agama...
aku telah abaikan agamu ya Allah..
aku ingin kembali pada kebenaran agamaMu ya Allah..
Subhanallah...
Aku diberi didikan agama oleh ibu bapaku dari tadika hingga kini..
mereka telah lakukan yang terbaik untuk ku
janganlah Kau menghukum mereka diatas dosa yang telah aku lakukan..
ya Allah,
aku takut azab api neraka Mu..
aku takut akan seksaan kuburMu..
Ampunilah hamba ya Allah...
Tunjukkan bagaimana cara menghindari dari mengulangi dosa itu ya Allah??

...

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...