Tuesday, February 7, 2012

~~ SAKIT ~~


✿¸.•••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤•••✿¸.


~..Jangan disangka apabila Allah TIDAK MENGUJI dengan kesakitan, kekecewaan, kesedihan, kepedihan dan semaksud dengannya, bermakna Dia TIDAK PEDULI dengan DOSA dan MAKSIAT yang kita buat..

Paling MENYAKITKAN adalah apabila saat dan ketika..Allah TARIK, CABUT, dan RENTAP urat hati yang selama ini taat, tiba-tiba TIDAK TERASA APA-APA apabila berbuat dosa..tidak basah jiwa dengan alunan ZIKRULLAH, tidak punya roh ketika sujud dan rukuk. Ahhh..LEBIH SAKIT dari segala sakit..~

>>> Itulah HAKIKATNYA kesakitan, kekecewaan, kesedihan, kepedihan yang tidak tertanggung TANPA SEDAR..percayalah! Allahhu Allah..♥♥♥

Alhamdulillah penulis masih diberi kesempatan lagi untuk meluahkan bicara disini..sebulan penulis bercuti untuk memberi laluan kepada peperiksaan yang penulis perlu tempuhi... itu baru sahaja ujian bagi menguji ingatan penulis, belum lagi ujian untuk menguji keimanan penulis..  Subhanallah..Sewaktu itu mulut tak bisa berbicara lagi.. 

Langkah demi langkah akhirnya penulis dapat menghabiskan satu sem dibumi UNISZA ini.. Masih jauh perjalanan penulis dihadapan.. Penulis tetap mengorakkan langkah,walau terkadang penulis tersadung ditepian..kata2 semangat drpd sahabat dan keluarga membuatkan penulis masih mampu berdiri dikampus ini..

Hati kita, yakni manusia tidak akan pernah tidak disakiti...selagi ia mempunyai rasa selagi itu pelbagai perasaan dapat kita lalui .. Ribuan kemaafan penulis pohon kepada sahabat2 penulis yang berada dibumi barakah Mesir dan Jordan...Maaf kerana membuat anta dan anti tertunggu-tunggu kehadiran penulis dibumi barakah tersebut...terima kasih diatas sokongan walaupun dari jauh... kemanisan itu dapat penulis rasai dari sini..Walau dimana penulis berada, ukhwah kita adalah selamanya...kerana Allah.

Friday, February 3, 2012

Story~~ Restoran Mahal


✿¸.•••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤•••✿¸.

Suatu ketika, seorang alim pernah ditanya. “Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?”
“Siapa yang tak teringin buat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haram asalkan lazizah. Semua itu menyeronokkan,” jawab orang alim itu.

“Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?”
“Perumpamaannya beginilah. Saya pergi ke sebuah restoran mashur, terkenal dan sedap. Nafsu saya meronta-ronta nak makan semua makanan di ditu. Ada ikan besar, udang besar, semuanya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar.”

“Maksudnya?”
“Maksudnya, atas dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang saya tak mampu nak bayar harga semua dosa tu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan?”
Maka fahamlah lelaki yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia. Tetapi tiada siapa pun yang mampu membayangkan azab seksa di akhirat, akibat daripada segunung dosa ketika atas dunia..

 Glosari

Lazizah : Sedap
Mashur : Ternama

Thursday, February 2, 2012

♥KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG Y SALAH♥


¸.•❤••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•¸.


KENAPA ALLAH TEMUKAN KITA DENGAN ORG Y SALAH

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~

Wednesday, February 1, 2012

Erti Sahabat

¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤¸.


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.


Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..





Sumber:http://ukhwahfillah.wordpress.com/


Dedikasi istimewa dari penulis kepada sahabat yang sangat penulis rindui ketika ini...Wan Nur Shahida Bt Wan Nordin dan Nur Atikah bt Mohd Azman ...3 tahun bersama. tersemat perbagai kenangan..Terasa ingin kembali bersama seperti dahulu...meluahkan bicara dan rasa...Seikhlasnya dari hatiku wahai sahabat..aku menyayangimu kerana Allah...semoga kita dapat bertemu kembali...
˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·









Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...