Monday, March 8, 2010
BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH
Ingatkan dikau dimana didalam sejarah,
Sepasang mata menjadi hadiah?
Kenapakah engkau mengikutku,
Aku tertarik dengan kecantikanmu.
Jawapan yang cukup angkuh, namun mengundang seribu sesalan.
Bila bungkusan merah diterima ditangan.
Muslimah....contohilah wanita itu,
Bukan dengan mencungkil matamu,tetapi dengan menjaga peribadimu.
Wahai Muslimah, aku sering tertanya,
Bagaimana engkau masih sanggup
Memaniskan muka, menghadiahkan senyuman, meramahkan bicara,
Kepada lelaki yang bukan mukhrim.
Apakah engkau ini berani menguji jiwa lelaki?
Yang sememangnya dicipta Allah, dahaga kepada keindahan wanita.
Walaupun sekadar muka yang manis. Apatah lagi lelaki ini
Yang engkau tahu cukup ego menganggap wanita sebagai ‘hidangan’.
Yang boleh dibelek-belek, dan dipilih-pilih.
Benar wanita itu telah menemui ajalnya, namun diiringi keredhaan Ilahi.
Dan keinsafan seorang lelaki yang akhirnya menjadi sufi.
Muslimah,
Begitulah jalanmu, begitulah perjuanganmu,
Tundukkanlah pandanganmu, keraskanlah suaramu,santunkanlah perwatakanmu, tampilkanlah ketegasanmu.
Bila engkau didepan atau dibelakang,dikiri atau dikanan lelaki.
Walau atas alasan apa sekalipun.
Ketuk keegoan mereka,
bangunkanlah mereka daripada mimpi.
Jelaskanlah dengan amalmu bahawa percampuran bukan caranya,
bahawa keseronokan adalah palsu, bahawa disini tiada bahagia. Hanya kehancuran.
Muslimah, inilah jalanmu.
Lalu mungkin engkau akan melihat dikalangan remaja ini,
Akan lahir RIJALALUDDIN,
Yang berjiwa pejuang,
Sebagaimana lahirnya, sebagaimana bangkitnya
Dia bernama Hasan al-Basri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment