Saturday, June 26, 2010

~Apa dah jadi dengan hari ni~

Hari nie mungkin hari last untuk keluar jalan2... pasni kne packing barang nak balik UniSZA.. So,ap pogram last untuk adik2??..hmm..fikir punyer fikir..dapat lar satu idea ajak adik2 makan kfc lar..Then Na terus ciap2..

Na : sape nak ikut kakak g jalan2??
Aysraf : nak g mane long?
Faris : long kite g Kfc long.. Faris belanja kak long bayar..hahaha..
Na : banyak cantik..tp memg da dalam plan nak bawa korang g Kfc pun..sape nk ikut cepat..sape
lambat kakak tinggal..
Amira :Long nk ikut gak..

jadi berduyun2 lar adik2 mengikut si kakak nya...start kereta je meter menunjukkan minyak da nak habis..mood da hilang nie..nak kene pergi taruk minyak dulu..Na paling xsuke melawat stesen minyak..Fobia coz Na pernah langgar sebuah kereta iswara kat situ..huhu..

Alhamdulillah, hari ni Na xlanggar sape2..sebelum singgah kfc, kita pergi cuci gambar dulu,then singgah kedai uncle,Optometris Sanadi tukar glasses Faris yg da rosak..da selesai semua perkara,ingatkan nk pusing2 Sura Gate cari handbeg and new shoes,tp mereka da tuntut janji Na ng mereka. So trus ke Kfc makan2...after makan terus balik rumah..Pagi yg ceria,breakfast ng meal kfc...

Jam 5 petang keluar lagi untuk amik pict yg dicuci and glasses yg ditempah..time tu umi bagi R 260 untuk beli new shoes and bayar glasses Faris. Sampai je di depan kedai optometris tu rase xsedap hati lar plak..Na kira balik duit..sedar2 rm 50 xcukup..ya Allah..cuaknya time tu..takut kne marah ng umi lgi..cari2 lam kreta xde..start kereta then patah balik rumah..xjumpe jugak duit tu..then terpaksa lar gune duit na..

Da bayar glasses faris, duit untuk Na bli new shoes terlepas..lesap..sedihnya..Disebabkan rase xpuas hati na cri dan cri lgi..tetibe na rase mcam tersepak sesuatu..forget it,kertas jer kot..tp knapa rase keras laen mcam je kertas nie..hati Na berbicara sendirian..,.Subhanallah..rupe2 nyer kat sini ko duit..lupakan jelar hasrat nk bli new shoes..da xde mood nk plih kasut..So Na masuk rumah continue chating dengan kawan2.

p/s : sesungguhnya Allah itu maha berkuasa..Dia mampu mengurniakan kebahagiaan dan ujian kepada kita dalam sekelip mata.

...

Friday, June 25, 2010

~Nabi Musa Sakit Gigi~

...


Semalam da makan coklat Cadbory Hazelnut, today also chocolate cadbory but different type..huhu..kate my senior "makan coklat selalu tu xbaek untuk kesihatan" but kate my senior yg laen "makan lar coklat,kalo gigi rongok itu menawan"...mane satu perlu di ikut??..macam2 lar mereka nie..


kek chocolate time besday amin naqiudin

Da habis satu bar makan coklat Na continue menikmati air Chocolate Panas yg dibuat oleh my little bro ..best~..tambah plak chating ng kawan2..hehe..waa..bukan main lgi hidup..air segelas habis pun xsedar..tengah asyik b'chat ng kawan2 tetibe...ngee~...ngee~...sakit gigi..arr tidak.. treatment gigi da buat untuk disz month..xnak lar p klinik lg..tiap 3 bulan doktor tu asyik tgok muke same je...naik jemu jugak dia..

Akibat drpd xdengar nasihat org..tp nk buat cmne..da memang feveret..
ngeer~sakit gigi..tengah2 sakit lar bru teringat akan nikmat sihat yg Allah kurniakan..Kisah Nabi Musa a.s ketika baginda sakit gigi terlintas difikiran..

Let me tell u about the story...

Nabi Musa a.s mempunyai pelbagai kelebihan yg luar biasa dan salah satunya ialah dapat bercakap dengan Allah secara langsung. Oleh itu, sudah menjadi kebiasaanya untuk bertanya kepada Allah sekiranya ingin melakukan sesuatu..seronok kan??..
Diceritakan pada satu ketika,baginda mengalami sakit gigi. Maka baginda pun bertanya pada Allah ubat apakah yang paling baik untuk sembuhkan penyakitnya itu??..Lalu Allah swt menunjukkan sejenis daun yg boleh menyembuhkannya dengan menyapu daun tersebut pda gigi yg sakit..Na pun xpasti apa daunnye..hmm
Kemudian setelah dia berbuat demikian sakit giginya sebentar tadi hilang..Setelah sekian lama,sekali lagi nabi Musa sakit gigi. Tanpa membuang masa baginda terus mendapatkan daun tersebut dan melakukanya sepertimana yg pernah dilakukan sebelum ini..tetapi dia berasa hairan kerana sakitnya tidak hilang..Maka baginda bertanya kepada Allah swt..Lalu Allah berkata "Dulu ketika kamu sakit gigi,kamu bertanyakan kepadaKu ubat apakah yg boleh menyembuhkan sakit mu ini..tetapi sekarang kamu telah yakin dengan dirimu sendiri tanpa meminta pertolongan dariKu. Maka aku berlepas tangan daripada menyembuhkan sakitmu itu"

p/s : segala galanya ditangan Allah yg Maha Kaya..


...

Monday, June 21, 2010

~Keistimewaan Bulan Rejab~







Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Oleh itu, amat baik jika diperhatikan siapa beliau dan bagaimana kualiti sanad yang diriwayatkannya.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya...

p/s : Untuk seorg readers yg meminta Na post keistimewaan bulan rejab ini shaja yg dpt Na kongsikan...Semoga ap yg baek dpt kita sama2 m'ambil iktibar.

...
...

Sunday, June 20, 2010

~Reunion~

...




Akhirnya...berjaya...success...نجح..wat mjlis nie..disebalik tabir___setelah memerah otak berpusing kepala 360 darjah Raihanah decide untuk wat function nie...idea nie datang dari seorang sahabat kita...Najwa Wahida namenya...bahagian makanan Na yg handle..hehe..my dad kan ada kedai makan..pada asalnya nk wat bbq la ckit...but,bile fikir2 blik, hmmm...xjadik nie...da lar majlis kul 10...tengahari...nk bakar ayam lg..xsanggup..klo ptg ke malam ke bole trima jgak..tempahan pada mule2 nyer mee goreng + ayam bakar...untuk kepentingn diri Na, Na tukar menu tersebut kepada Nasi Lemak...bcoz Na tau kalo Raihanah tempah mee goreng Na kne masak sendiri..my mum xkan layan..huhu..kalo nasi lemak my mum yg akan prefer untuk masak sendiri..Na just tolong gitu2 je..hehe..pandai x??...Jadi hidangan nya adalah nasi Lemak berkrim..

Da siap sume makanan, barang2 pun da ready...tepat jam 10 Na start kreta then bergerak ke lokasi...kebetulan brhenti kat trafik light , kreta Na plak duk blakang lori ais...Brular na teringt ais satu beg xmasuk lam bonet lg...adooii..trouble betul...terpaksa patah balik..Na da terlewat, janji kul 10 skunk jam 10 lbih..tp ble Na sampai ke destinasi xde sorang pun lagi...adoyaiii...confirm,diorang still membuta lg...

Majlis nie diadakan serba serdahana...xpelar... bersederhana dalam berbelanja..huhu..thanks untuk semua sahabat yg dtg meraikan...xtually walaupun sederhana tp sweet sgt...dapat berkongsi cerita..gossip??...of course dat's number one...top ranking...huhu...


pantai Teluk Gadung uitm Dungun


Menanti kedatangan si jejaka2 perawan yg blum dtg..

hampir sejam kiteorang tunggu kome tau~..ada ke patut time kiteorang kol ada mamat tu bru bangun tido...hmmm...nk kena nie...ad juga yg xdapat dtg coz urusan yg xdapat dielakkan... akhirnya penantian berakhir...nampaklar kelibat jejaka2 tampan itu..t'sengeh2 mcm org xbersalah...


muke nasha yg masih nmpk mengantuk

sesi taklimat free untuk yg dtg lewat...
lakonan semata2__
Jefri said : habis lar kita,raihanah da start lecture..Fuad said: buat slumber da lar,jd pendengar setia..Yusry said : ssshh..diam lar korang aku ngah kushuk nie..Faizol said :comey jugak Raihanah kan...Buya said : ko jgn cri pasal,hak org da 2...Syazwan said : Ye dop, alar terlepas.. Raihanah said : kesian pulak aku nk marah2 kat budak2 nie,xjadi nk marah tgk muke sorang2...


menikmati view yg indah,air y tenang

yg kelakar dalam bnyak2 tempat duduk disediakan atas tikar usang buruk nie jugak menjadi tempat diorang...bagus betol xmemandang pada rupa. Kata fuad makan berjemaah tu sunnah Nabi...xelok asabiah...pandai yer dalam berkata2..tp time panggil untuk bace doa xde sorang pun yg nk bce doa...adoyai~~



ap yg kelakar sangt 2...?
yusry yg selama nie cool pun tergelak sama..faizol plak nampak cute ble senyum..hehe...fuad lgi lar...control macho la 2..look at Anah ng syida,semangat diorang gelak ..2 da lebih tu...xde dlm sunnah Nabi...kalo lalat singgah pun xsedar..hehe~

p/s: bg kawan2 yg mesej n tggl comment lam fb na bole copy picture from disz site..fB Na xdpt nk upload pict coz ada sdikit masalh yg xdpt dikenalpasti...dan harap maaf andai ada terkasar bhse..dialog diatas hnyalah gurauan semata2..

...

Saturday, June 19, 2010

Perkahwinan Campur : Serasi atau tidak

First of all thanks untuk semua yg post comment dalam fB na about title above.. Pandangan yg cukup mantap dan bernas...

kata kak Huda :
Huda Sanusi
serasi atau tidak tu bergantung pada pasangan bukan pada bangsa..nabi Muhammad sendiri menggalakkan umat kawin campur...dari perspektif sains, mereka yag kawin campur mempunyai variasi genetik yang lebih menjadikan daya ketahanan badan dan mental lebih baik...

kata my Sweet Uncle :
Ahmad Syafiq
serasi atau x tu bergantung kpd penerimaan hati dan ketentuan drpd Illahi..insyaAllah,
sesuatu yg baik itu akn mndapat syafaat dr ape yg diilhamkn..

kata ayah The :
Mohd Abdullah
Soalan ini utk kajian di universiti atau saja2 nak tanya berdasarkan perkembangan terkini. Kalau kajian buat kajian secara online dengan menggunakan Surveymonkey.klik disini
http://www.surveymonkey.com/. Kalau saja2 tengoklah beberapa contoh di dalam keluarga kita.

contoh didalam keluarga kita??...hmmm...untuk pengetahuan readers..keluarga Na merupakan sebuah keluarga yg besar .. didalamnya terdiri banyak jenis variasi..huhu...macam coklat CHIPS.. 1 Malaysia la katekan...ada India untuk keluarga sebelah atuk Na (Mohammad bin Kadir) .. dan ada celup Arab untuk keluarga sebelah nenek (Yahani bt Awang)..tp mereka da pergi dulu, sebelum Na sempat panggil mereka atuk dan nenek. Pengalaman yg Na tak akan pernah alami sepertimana yg pernah readers alami.. Jadi beruntunglar bagi mereka yg masih mempunyai atuk dan nenek..

Na hanya mengenali yg bernama Mohammad bin Kadir dan Yahani bt Awang melalui story dari kawan lame atuk, saudara2 yg sempat bersama mereka dan yg setia bercerita ttg atuk dat's my mom. Kata mereka atuk seorang yg baik, penyayang dan sanggup berkorban untuk orang lain. Na cemburu melihat orang lain mempunyai kenangan manis bersama org yg Na syg. Semoga roh mereka dicucuri Rahmat dan tergolong didalam golongan org yg beriman.

Tanpa Na sedar..air mata mengalir dipipi...hati mula sebak...menangis teresak-esak..xdapat untuk meneruskan bicara..terasa rindu untuk melihat wajah dan menerima kucupan dari atuk dan nenek tersayang..namun hanya gambar tinggalan menjadi pengubat rindu.. sebagai Hamba Allah kita perlu sedar..ada hikmah kenapa Allah aturkan perjalanan hidup kita begini..diriku amat sensetive...lagi2 bercakap mengenai keluarga..bcoz Na syg keluarga Na..Ya Allah kuatkan semangatku,tabahkan Hatiku,teguhkan iman dan kesabaranku...aku lemah Ya Allah~

After muhasabah diri dan ambil wudhuk, Na kembali berbicara..namun titisan air mata tak dapat dihentikan..teringat pula kata sedara Na, pak Hitam panggilanya.."kalau pak Mamat ada mesti dia orang paling gembira dapat tgk anak buah dia Nazeema mendirikan rumah tangga"..Tuhan sahaja yg tahu perasaan sebak ketika itu.

Putus asa untuk berbicara~

Tapi Na kuatkan semangat because of Na da janji ng pakcik syafiq nak publish post dalam blog dan letak gambar yg sempat Na snap time funtion kak Nazeema dan suami. Na teruskan bicara tanpa suara ini. Perkahwinan yg cukup meriah .. teruja melihat majlis perkahwinan ni. Bungaan segar menghiasi setiap penjuru.. Perkahwinan yg bertemakan India style direka oleh abg hilmi cukup menarik hati yg melihatnya..sesuai dengan variasi keluarga kami...India mali...



our twins najwa & najmie jd pengapit for this wedding


cantik sangat...putih yg melambangkan kesucian




pose ng pengantin...

tengok senyuman k.Nazeema...senyuman mu menawan...patutlar bro fird jatuh hati...teehee :)


n this abg Hafiz with pakcik Syafiq




sweet..cute..beauty..pretty...

dalam banyak2 picture yg sempat na snap..gambar nie lar yg menarik hati na merenung ciptaan Illahi..berbagai bentuk rupa, bau, warna dan kegunaanya..bagaimana pula manusia yg dicipta berbeza sifat, perangai, rupa paras dan sebagainya..Lihatlah Hebat nya Ciptaan Tuhan..

p/s : hargailah org yg berada disekeliling kita.

...

Tuesday, June 15, 2010

~Malu Semalu nya~


....



Indahnya ciptaan Allah Rabbul Alamin..diciptakan oleh Nya dengan pelbagai aneka fatamorgana untuk disaksikan kepada hambanya... Pohon semalu...kadang-kadang ia membuat kita asyik bermain dengan nya..apatah lagi kanak-kanak yg teruja menyentuhnya...tidak kah kita terfikir akan nikmat Allah, bagaimana pohon yg dinamakan semalu yg sinonim dengan sifatnya yg mengecut apabila disentuh, tajam berduri namun cantik dan asyik untuk dipandang...

Disebalik pic pohon semalu yg na upload kan kat sini sebenarnya ada kisah yg memalukan diri na...errrr...malu semalunya...it happen juz a moment ago...storynya like disz................

Ntah kenapa aritu na tetibe rajin pelik nolong abah kat kedai...sambil duk kat meja cashier dan memandang kereta yg lalu lalang dgn trafic yg agak sesak time tu coz org nk blik kmpung ..tetibe datang satu gerombolan manusia menyerbu ke dalam kedai...mereka datang bersama konvoi kereta mitsubushi..ada lar dalam 10 buah kereta..

Hati da mula bimbang...mak oii ramainyer...diorang nak masuk kedai nie ke...jeng jeng jeng..ketua konvoi ajak masuk kedai nie la plak..macam2 gaya bole dilihat...yg lelaki dengan baju singlet+ seluar pendek yg perempuan xlepaskan peluang untuk bergaya dgn baju yg sendat xde lengan tudung of course la jauh sekali nk dipakai...(bukan nk ngumpat yer)...Nauzubillah...mintak dijauhkan dari ku dan adik2 ku untuk berpakaian begini..Subhanallah..keadaan jadi huru hara...masing2 kelaparan...ada yg mintak nasi, ada yg nk roti canai..then na g amik order dekat satu meja keluarga nie...tengah amik order meja lain plak yg panggil...after amik order kat situ na amik order org laen plak..yg xselesa time ambil order diorang duk tengok na atas bawah...
nak je na tanya"kenapa xpernah tengok org pakai tudung labuh ke??"
yg lelaki nie plak kenapa tengok bawah je"pelik ke tengok aku pakai stoking" ada perempuan seksi tu perhati je handguard yg na pakai..apelar yg nak ditengok..sampai na nak berjalan pun xcomfortable..

Sampailah dekat satu meja nie...ada melayu ,india ,cina tp yg menakutkan badan semua sasa+rambut panjang muke cam samseng jew...iskisk...takut nak amik order, na suruh orang laen amik order...then abah panggil suh antor order kat meja luar...Ya Allah,Meja luar tu bukan ke ada ramai lelaki yg sasa tadi..xnak anto tp abah da suruh kena anto jugak...this is my first time na bawak order dalam keadaan tangan menggigil...sampai bro2 yg ad kat situ tengok pelik kat na...after that kena anto air kat meja 2 lagi...air yg na bwa dalam gelas da banyak yg tertumpah...
sampai je kat meja ada lar seorang pak cik yg sebaya abah mungkin bertanya
pakcik : dik nie Dungun ke??
aina : apa pakcik?? (na xdapat nak dengar ng jelas coz kawan2 diorang bising)
pakcik : x,Abg tanya nie Dungun ke??
aina : ABANG?? (ketawa besar dlm hati)
ha'a nie bandar Dungun...(nada tersekat-sekat)
bro : eh,apa nie...dik air tumpah..
pakcik : dik asal ko tuang air atas kawan abg tu dik
aina : Ya Allah...sory..sory..
er...maaf sangat..(dalam mase tu xthu nk panggil abg or pakcik)
keadaan
: kawan2 pakcik yg duduk satu meja ketawa besar tengok na tertuang air atas seluar
bro 2...aduusss mereka pula yg ketawakan aku..Ya Allah Malu semalu malunya!!
Perasaan na jadi xterkawal...takut bertambah malu..





p/s : kita perlular confident untuk membuat sesuatu pekerjaan...jgn takut ng pandangan org selagi kita belum melakukan kesalahan atau dosa besar..


...

Sunday, June 13, 2010

~Sirih Dijunjung~

...

Pencipta kita Allah yg Maha Esa, lebih mengetahui apa yg tidak kita ketahui..Kita merancang namun dia menentukan. Subhanallah tidak dpt kita fikirkan bagaimana Dia menyusun dan mengatur perjalanan hidup kita. Bukan sahaja manusia yg diatur tetapi semua makhluk yg bernyawa adalah ciptaanNya..Unik bukan?.. Tak terlintas difikiran bagaimana semua ini dpat dicipta. Walaupun kita tahu Jepun dan Amerika merupakan sebuah negara yg maju dengan teknologi tinggi namun mereka masih belum dpat menandingi kuasa Allah. Begitu juga kuasa Allah swt dlm menentukan rezeki, umur dan jodoh seseorang. Tiada siapa mampu mengetahuinya kecuali Allah swt.

Ntah kenapa khayalan tentang agungnya ciptaan Allah menerjah fikiran aina. Dalam suasana yg riuh rendah pun masih sempat berkhayal...tp apa salahnya kita berkhayal mengingatkan keagungan ciptaan Allah swt. Bukankah itu juga dinamakan pahala...tangisan si kecil Mikail Rizki mencari ibunya menyedarkan aina dari khayalan... :*_*:

Tp kenapa aina kate suasana yg riuh... apa yg berlaku.. konsert jom heboh ke...excident??? ada org bt demostrasi ke... Menjelang cuti persekolahan of coz la masing2 mempunyai agenda tersendiri..Majlis Perkahwinan, pertunangan, sambut menantu dan sebagainya...hmm..aina xlepaskan peluang, maklumlar cuti sekali sekala dapat jumpa sedara2 pun kadang2 je... For disz year majlis Perkahwinan kak Nadya Fariza dan Abg Khairul Hakim yg berlangsung di Dungun..segannye nak pggil abg... sebelum nie panggil nama jew...ngeee...kak nadya punya pasal terpaksa lar panggil abg...


ntah ap yg dipandang..huhu..pengantin kena buli ng camerawoman
aina la 2 orgnya

Apalagi, bile da berkumpul 2 macam2 topik, gosip yg dijadikan bualan ..sedar2 air sunquick satu jug da habis..hehe..
Malu juga bila sedara2 lelaki pandang lain macam je time kami gelak but ada jugak yg menyampuk menambahkan suasana ceria time 2..tp ada satu situation yg wat masing2 terdiam smbil menuding jari...adoiii!! kumpulan ibu2 yg join meramahkan keadaan ..Mereka duk ajukan soalan yg sama..
"after k.ya kita makan nasi minyak sape pulak??''
"ena bile lagi??"
"nk wat tema apa??"

Soalan cik ani (sdara) kali nie memang pedas
...errr...no answer....xleh nk bg kepastian bila akn berlgsung...so diam itu lebih baik dan ena juz lemparkan senyuman yg xada makna.. dalam nada yg perlahan ena memecahkan suasana sunyi.
"Myb kak Uda dlu then kak Uyu then mesti ena plok lepas 2"...suasana menjadi riuh dengan gelak tawa sanak saudara..happening..ena mengingatkan diri sendiri.. walaupun kita merancang namun Allah yg menentukan..manalar tau kot-kot ena yg naik pelamin dulu...kak uyu and kak uda dont jealous ye....

Perbualan yg rancak sebentar td dihentikan coz we need to do a lot of work for disz wedding termasuklah bergambar..itu sudah menjadi hobi kami sanak saudara..



p/s : ena a.k.a aina
sebutan nya berbunyi mcm nie (udara) air na(ena)
name manje sdara2 panggil

...

Friday, June 11, 2010

~Ada udang disebalik Mee~

...


Kawan adalah insan yg pling rapat dengan remaja. Baik dan Buruknya seorang kawan akan merefleksikan kembali siapa kita. Sejauh mana kita mampu mengetahui kawan yg dianggap sudah cukup bagus itu bukan "drama king" atau "drama queen" yg sgt hebat bermaen watak.
Dan sejauh mana pula kita sendiri merasakan diri sudah cukup hebat untuk kembali menjadi insan terbaek terhadap kawan-kawan yg lain. Sesungguhnya hidup memg perlu untuk saling lengkap-melengkapi. Teman yg baik diperlukan semua insan tidak mengira usia untuk menegur segala kekurangan yg ada dalam diri.





p/s : kita berkawan untuk selamanya bukan untuk sementara...rugilah bgi mereka yg ada benci dan dengki didalam seketul daging bernama hati..(^_^)


...

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...