Kecelaruan dan kecacamarbaan episod hidup yang lalu menuntut pengisian yang lebih bermakna pada episod-episod akan datang yang berbaki hanya sedikit sahaja lagi. Satu muhasabah besar-besaran harus dilakukan yang kemudiannya diikuti pula dengan pelan tindakan.
Kalau tidak,balar kehitaman dosa dan daki-daki mazmumah dalam episod silam itu akan menjadi susah untuk disental dan dibersihkan. Kesan itu akan melekat terus dalam lipatan catatan sampailar saat nama kita dipanggil untuk menghadap Allah ar-Rahman.
Amat menakutkan andainya malaikat maut menyapa dalam keadaan kita belum memulakan apa-apa. Catatan amalan kita masih ketandusan hasanat bak padang pasir tanpa setompok pun kehijauan flora dan fauna. Pengisian apa yang harus kita mulakan??
Taubatlah yang semestinya menjadi pemula atau mukadimah dalam rangka perjalanan pulang seorang pengembara menuju Allah SWT. Andainya safar iman menuju akhirat ini tidak dimulai dengan pendakian gunung taubat,langkah dan persiapan untuk kekal di syurga akhirnya akan tinggal angan-angan sahaja.
Allah SWT memerintahkan kita supaya membersihkan diri dengan taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya,menepati kehendak Allah dan Rasul. Dosa-dosa besar tidak akan terlerai tanpa taubat nasuha. Taubat nasuha inilah yang menjadi mercu tanda kecintaan dan kasih sayang Allah SWT terhadap Nabi SAW dan ummatnya..Apabila diri kita sujud menyembah Illahi..bergenang air mata lalu jatuh ke pipi..itulah tanda keikhlasan hati..
"Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha,mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat dihadapan mereka dan disebelah kanan mereka; mereka berkata wahai Tuhan kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(Surah at-Tahrim:8)
Betapa besar rahmat dan kasih sayangNya buat kita.Namun kita tetap sahaja mengabaikan anugerah yang sebesar ini. Kita masih sahaja melengah-lengahkan taubat juga menangguhkan persiapan bekal buat perjalanan pulang. Alhamdulillah, mungkin kita telah pun bertaubat dan sentiasa bertaubat namun tidak salah untuk kita selalu melihat dan menilai apakah tanda-tanda taubat itu wujud dan terlaksana dalam taubat kita. Mudah-mudahan kita sentiasa dipimpin Allah ke jalan dan matlamat yang benar.
As-Syeikh Syaqiq al-Bakhi menggariskan tanda-tanda taubat nasuha buat renungan kita semua. Ya....kita yang berselirat dosa. Kita yang berselaput dosa. Kita yang berlumuran noda. Tanpa kemurahan dan keampunanNya, setiap hari dan setiap masa kita berada dalam kemurkaanNya.
Antara tanda-tanda tersebut:
1- Menangisi dosa-dosa yang lalu..Air mata yang deras bercucuran petanda benar-benar didakap keinsafan..
2-Takut dan bimbang terjebak atau jatuh semula ke kancah dosa-dosa silam.
3-Meninggalkan teman-teman yang buruk sikapnya..usah takut untuk meninggalkannya kerana dihadapanmu sedang menjanjikan sesuatu yang baik.
4-Bercampur dan bergaul dengan orang soleh lagi terpilih.
Jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi,sekalipun kita tidak membelinya,namun kerana sering berada dikedainya dan berdekatan dengannya,Maka haruman wangian telah melekat ditubuh dan pakaian kita. Demikian kesan positif apabila bersahabat dengan insan-insan mulia..
p/s: Mudah-mudahan ada manfaat untuk diri pengarang sendiri yang sering kealpaan..