Wednesday, September 9, 2015

Kehidupan kini di Rayhar Travels


بسم الله الرحمن الرحم

Kembali menulis..berkongsi kisah, cerita, pengalaman, dan sedikit ilmu.
Rindu untuk berbicara datang bersua. Penulis berminat untuk menceritakan berkenaan kehidupan sekarang. Alhamdulillah setelah tamat pengajian penulis diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk berkhidmat disini "Rayhar Travels Agency" Selain turut mencari rezeki untuk hari-hari mendatang yang makin hebat cabarannya. Bertugas sebagai kerani disini memberi satu pengalaman yang baru. iyelah mana tidaknya, sebelum ini penulis tidak pernah didedahkan dengan perkara2 seperti ini dan banyak perkara baru yang penulis belajar disini. Dari bidang pengajian agama terus melompat kebidang pelancongan. Menangis sendirian kerana terasa seperti seekor haiwan peliharaan yang tidak tahu dunia luar. Meskipun disini bukanlah satu tempat yang penulis fakih dengan selok belok pengurusannya, namun Alhamdulillah mendapat pujian baik dari Pengurus cawangan Hajah Jamilah Mamat. Kebanyakan jemaah haji adalah dari golongan yang telah berusia.

Melihat keperibadian pengarah urusan kepada syarikat ini iaitu Haji Harun Ahmu telah membuka mata penulis perlunya keikhlasan fi ayyu afkar..kejujuran fil kalam dan ketelusan fil muamalat. Subhannallah rindu pada bait2 syair arab..rindu pada setiap patah perkataan bahasa syurga ini membuak2. Rindu pada muallim dan muallimah. Rindu pada kull durus fil lughah arabiah..
Alhummah Faqihna Fiddin
waziyadatan fil ilmi.
Akhir Kalam Alhamdulillah thumma Alhamdulillah ala hazihi rizq. Allahhumma inna nasaluka barakatan fir rizq.

No comments:

Post a Comment

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...