Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah..kata orang "qolil-qolil fasorat jabal". sebelum ni penulis menabung sejumlah nukud untuk wadiatul al zahab (simpanan emas) dan berhajat juga digunakan untuk menjadi Dhuyufur Ar-Rahman (tetamu Allah)..Tapi kita hanya merancang namun sebaik perancang dan yang menentukan itu Allah S.W.T . Wang tersebut digunakan untuk urusan keluarga. Inn Shaa Allah penulis yakin, meskipun pada mulanya sukar untuk penulis serahkan dalam nilai yang banyak sebegitu,namun pasti satu hari nanti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. sesungguhnya hanya ganjaran dari Allah yang penulis harapkan.. manusia boleh lupa dan melupakan setiap apa yang kamu lakukan namun Allah tidak lupa dan tidak ada satu perkara pun yang terlepas dari pengetahuanNYA.

kira kira, congak bahagi darab campur sekiranya jumlah pakej sekarang mencecah RM8 K dan wang simpanan yang penulis buat sebanyak RM 30 Ringgit sebulan bermakna 22 tahun akan datang barulah hajat penulis tercapai. Umur penulis pun da mencecah angka 40.
Allah..Sampaikanlah aku ke baitimu.. Sungguh aku berharap dengan penuh pengharapan. Hatiku lemah..gusar dan gelisah..Semoga Allah mencampakkan rasa bahagia ke qalbi. Allah sampaikanlah jejak kami.
No comments:
Post a Comment