✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿
Alhamdulillah..Penulis berkesempatan lagi untuk meneruskan celoteh disini.. Lama nyer bercuti !!! Lappy penulis buat hal.. isk isk..spoilt mood penulis untuk berbicara.. Baru2 ini penulis berkesempatan mengikuti program bersama Kelab Baktisiswa Unisza di Ulu Tembeling Pahang. Jom ikut penulis mengembara..
Apakan daya, perjalanan kami tidak dapat diteruskan. Jambatan utama ke kampung tersebut telah ditenggelami air. Ramai pelancong yang ingin ke Taman Negara Pahang terkandas..kami terpaksa berpatah balik mencari penginapan dan yang paling penting untuk mengisi perut.. mood ~~ Laporr
pict 1 : Bismillah ...(dengan harapan)
pict 2 : Err..xkne ng slera i.. i biase makan kat 5 star laa..
pict 3 : 5 star x 5 star..bayar tetap bayar..hahaha (ketawa
kejam)..
pict 4 : Hadoii..si rashid nie buat muke lak..aku baru nk
bodek mak cik nie lunch free..
pict 5 : Ape lar nasib badan.. din, kau bgi kat mak cik tu
cek aku okey (nada berserah)
hihi.. skrip di atas adalah lakonan semata-mata..tidak ada kaitan dgn y hidup mahupun y telah meninggal dunia..
Sangat terhibur dengan persembahan gajah disini.Gajah disini telah pun dilatih untuk memberikan persembahan kepada pelancong yang datang. Syok dapat bagi makan kat gajah..(walaupun dalam keadaan takut)..duk jauh dari org lain.
kat mane ada tempat yang boleh bergambar kat sitular ada kami.. hatta celah pohon buluh pun..hihi.. best..dapat kenal kawan2 bru..kebetulan kawan baik penulis (atikah n shahida) tak lagi dapat bersama penulis.. Penulis keseorangan, terpaksa mencari teman baru..
|
Safari Park |
Bersama orang asli che wong.. Salah satu etnik senoi.. Kami diberi peluang untuk mencuba aktiviti2 yang dilakukan orang asli. Tarian keramaian, Bermain Muzik, Menyumpit Belon (penulis xberjaya lakukan).. Kekuatan mulut dan perut untuk meniup kepada sasaran diperlukan..Nampak macam senang..Tapi subhanallah...nak tercabut rahang penulis..
|
Panorama Kampung Pagi |
|
Taman Negara Pahang |
Berjaya Berada di puncak. Kami mendapat maklumat daripada renjer hutan bahawa cuaca tidak mengizinkan kami mendaki. Jadi kami dibenarkan melawat sekitar kawasan sahaja. Pusing punye pusing tempat sama..hermm, heran penulis..kemana mereka nk bawa kami. Tanpa apa2 persiapan mendaki, kami dapat makluman bahawa kite tetap akan mendaki..
|
Da macam aksi hindustan plak |
Ya Allah..Dahaga hanya Tuhan yang tahu..Sehelai sepinggang kami meredah hutan tebal ini. Masing2 hanya berselipar Jepun dan Sandal.. Tergelincir, tergolek dan macam2 aksi dapat disaksikan..Geli hati penulis melihat peserta lain sehingga giliran penulis pula yang tergelincir.
Tibe masa rapid boat war.. Saat yang ditunggu2 oleh penulis dan peserta lain. 3 buah boat yang disediakan telah siap sedia menunggu kami. Belum pun melepaskan lelah memanjat bukit terisik, kami perlu bergegas turun, kerana boat menanti untuk aktiviti seterusnya. Ya Allah.. inilah pertama kali penulis merasai pengalaman ini. Berperang antara 3 boat.. basah kuyup kami dibuat mereka..Saat paling cemas apabila dihimpit 2 boat yang lain. arghh !! boat lain main ngelat..x aci.... u_u
Penulis : Pak cik cepat pak cik...kite lari..
P.cik : Nak lari kne gune kaki la dik.
(senyum sopan)
Penulis : Eh, pak cik nie bergurau pulak..huhu..sye da lemas nie pak cik..
P.cik : Tadi kata dahaga, bole minum air tu haa..
Penulis : xnk kawan pak cik
(tutup muka ng jaket) da bnyk sgt air msuk dlam mulut penulis
(pak cik ketawa besar)
|
Bersama org Asli Pahang |
kot ye pun nak amik gambar penulis, gitau jelar...amik gambar curik plak..sedar2 banyak gambar penulis yang diambil curi2 dalam camera tersebut. Btw..thanks..teehee ^_^
Kite merancang Allah menentukan...program yang sepatutnya bersama keluarga angkat bertukar kepada program lawatan, kerana perhubungun pengangkutan terputus untuk ke kampung seberang.