Thursday, July 22, 2010

~Siapa Soleh & Solehah ? ~

..

Didunia ini beratus-ratus org mengakui Mereka Umat Islam, tetapi untuk mencari lelaki yang soleh & wanita yang solehah..agak sedikit..Bagi insan yang beriman nescaya,mereka mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah..

Firman Allah yang bermaksud :

“Mereka yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, menyuruh manusia melakukan yang ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar,serta bersegera dalam mengerjakan kebaikan maka mereka itulah orang yang termasuk dalam golongan yang soleh” surah Ali Imran 114

Lelaki soleh & wanita solehah pasti mendapat kedudukan istimewa dalam agama, kerana mereka mempunyai taraf yang lebih tinggi dari muslim yg lain. Ini kerana perkara yang membezakan manusia hanyalah ketakwaan kepada Allah.

Firman Allah :

Barangsiapa yg mengikut Allah dan Rasul, mereka itu akan bersama-sama dengan org-org yg diberi kurnia dri Allah, iaitu Nabi-Nabi org-rg yg benar,org-org yg mati syahid dan org baik-baik; mereklah teman yg sebaik-baiknya. Itulah kurnia dari Allah dan cukuplah Allah mengetahuinya.” surah An-Nisa 69,70

Layakkah kita mencium bau syurga Allah dengan dosa yg telah kita lakukan..Dosa-dosa yg ibarat pepasir dipantai…tidak terhitung jumlahnya..Astaghrfirullah...!!



...

Tuesday, July 20, 2010


MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI





Janganlah kau angkuh melaungkan

Si dia kepunyaanmu

Atau kau kepunyaan si dia

Kerana hakikatnya

Kita tidak pernah memiliki sesiapa

Walau sekeping hati seorang insan.


Tidakkah engkau sedar

Hukum alam menyatakan

Menyintai tidak semestinya memiliki.

Manusia pandai berpura,

Berlakon dipentas dunia,dan bertopeng

Menutup rahsia.

Tetapi hati tidak pernah berdusta pada empunya

Tentang perasaan yang bergolak didalamnya.


Tidakkah kau sedar,

Mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta padamu,

Tetapi hati dan perasaannya,

Tidak pernah berniat begitu.


Dia hanya berselindung disebalik sejuta alasan.

Dan kau begitu jujur dan setia menyintainya

Sehingga terlupa, hukum alam menyatakan

Menyintai tidak bermakna memiliki.

Sesungguhnya,

“Aku tidak pernah memiliki dirimu”

“Dan kau tidak pernah memiliki diriku”


Mengertilah,

Kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa

Tiada siapa berhak memiliki diri kita, kecuali Dia.

Dia mengasihi hambaNya,

Dia memiliki hambaNya,

Dan kepangkuan Dia kita akan kembali.

v Cinta bukan mengajar kita lemah tetapimelambangkan kekuatan.

v Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.

v Cinta bukan melemahkan kudrat tetapi membangkitkan semangat.

Monday, July 12, 2010

~M1S~

....


Alhamdulillah,rasa syukur dipanjatkan kepada Allah Rabbul Alamin kerana berakhir sudah sesi Orentasi bagi tahun 10/11..Dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) , dan Pembantu Mahasiswa (PM) , Minggu 1 Siswa ini berlangsung selama satu minggu dengan jayanya. Pengalaman sepanjang bertugas didalam minggu orentasi ini menjadi sejarah yang bermakna..


Mampu untuk diri ini bukukan didalam sebuah diari yang muat dan padat dengan intipati berguna. Perkenalan,Suka,Duka,Tawa dan Gembira kami lalui bersama..tanpa salah seorang dari kami maka rosak binasalah segala yang dirancang..itulah fungsinya kenapa kami diberikan nama mengikut organ badan. Tidak sempurna seorang manusia hatta tanpa kelopak mata.. Kerjasama diantara kami sangat diperlukan. Maka terjalinlah ukhwah sehari demi sehari..bagi aina ini bukan sahaja orentasi untuk pelajar baru malahan orentasi untuk MPP & PM..

Datang dengan Harapan Pulang dengan Kejayaan, itulah kata-kata perangsang(tagline) dari kami untuk mahasiswa/mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA). Pelbagai cabaran yang kami tempuhi sepanjang tempoh seminggu ini. Dengan kerenah pelajar, ibu bapa malahan pihak atasan. Kami cuba untuk memberi yang terbaik untuk siswa/siswi UniSZA.

Dalam satu ketika kami tidak menjangka akan timbul masalah yang tidak pernah terfikir oleh pengendali sesuatu pogram "elergic tudung", "xmakan ikan", "xsuke pakai stoking"...ya Allah, macam2 kerenah "akak saya xsuke itu,akak saya xsuke ini"" abg sya xboleh itu, abg saya xbolh ini"..namun kami akui pogram 3 hari 2 malam di Besut banyak membantu kami dalam menyelesaikan masalah sepanjang Minggu 1 Siswa(M1S).

Ramai siswa yang mengadu kepenatan, namun sekiranya mereka penat kami 2 kali lebih penat dari mereka..berkejar dalam melakukan setiap pekerjaan rush kesana rush kesini.sama seperti siswa siswi kami juga berjalan kaki dari Dewan Al-Mukhtafi Bilal Shah(DABS) ke Cafe dan Apartment masing2..

Minggu yang amat memenatkan namun terselit kegembiraan.Pelajar dikejutkan seawal jam5.45 pagi untuk solat subuh berjemaah bg yg non-muslim ada pogram tersendiri untuk mereka,kemudian sarapan dan kendiri,bergegas ke DABS(pelbagai pogram diselitkan) pogram ditamatkan sebelum jam 11 malam namun untuk PM & MPP itu bukan waktu untuk mengatakan hooray kerana kami perlu melakukan postmortem. Kami hanya sempat untuk tidur selama 3 jam. Mata masing2 bengkak hitam dan menampakkan pelbagai rupa yg berbeza dari sebelum ini.Untuk Aina yg memg menjadi hobi snap pict xkira masa dan tempat pun tidak berpeluang untuk snap pict. Terlalu penat,xde mood untuk semua tu,BDW masih sempat snap 2 3 picture.

Aina diamanahkan untuk menjadi fasi/mentor untuk 25 org pelajar dr pelbagai fakulti (FKI,FRIT,FIT,FUHA,FPPP) dan lain2.Setiap Pm & Mpp mempunyai anak buah masing2. Nama kumpulan telah ditetapkan oleh Ustaz Rushdi.

Peristiwa yg melucukan bg Aina selepas minggu orentasi ada siswa/siswi send msj "akak saya nk g kelas pakai baju apa??"...hahaha..Aina tergelak besar coz xsangka dapat soalan mcm tu dr student..Ada jugak yg mintak izin dari Aina untuk keluar beli barang...adoyai~~"dik,akak bukan kapten asrama or warden,adik boley keluar bile2 mase je adik nk xyah mintak izin akak pun".

Orentasi berakhir maka kuliah bermula...hmm...penat masih terasa..namun dari semangat dan taklimat yg diberikan oleh DR dan PROF sepnjang M1S dengan sendirinya perasaan malas/penat dan seribu alasan itu luntur.

Ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dijual beli kerana bukan semua orang mampu menjadi seperti kami..Dipilih berdasarkan kelayakan,bukan wang yang diinginkan tapi pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran.

p/s : Terima Kasih kepada sahabat MPP & PM ...semoga ukhwah diantara kita tidak luntur begitu sahaja. Segala salah dan silap harap dimaafkan.



...

Friday, July 2, 2010

3 Hari 2 Malam bersama PM UniSZA

...

Alhamdulillah..berakhir sudah kusrus Asas bagi PM UniSZA...Kursus yg kami sertai ini bertempat di Bukit Keluang Beach Resot Besut Terengganu.Kursus ini bertujuan untuk melatih PM agar lebih berketrampilan, berani dan bijak dalam mengurus majlis dan acara rasmi.Like as kursus pemantapan diri.Untuk pengetahuan readers sebanyak 500 keping borang dikeluarkan kepada student UniSZA untuk mengambil bahagian.But da special thing hanya 51 org pelajar dipilih ..bg Aina student yg selected semua budak bijak..waaa~ takut sangat...bijak dalam berkata2..pogram nie jugak melatih kami supaya xgentar apabila berdepan atau bercakap dengan orang ramai...hanya yg layak dan berkebolehan sahaja terpilih..

Perjalanan kami selama sejam tidak sia-sia.Persekitaran yg jauh dari kesesakan kota begitu mendamaikan.Setiap satu chalet ditempatkan 3 pelajar...mewah,ekslusif dan mendamaikan...ukiran kayu tradisional dan persekitaran hijau yg menjadi tarikan..SubhanAllah..ini semua anugerah dari yg Maha Esa..Dia mengurniakan kita akal untuk melakukan semua ini.
Bagi Aina program nie tidak terlalu ketat..kami enjoy,berkenal-kenalan..then Na diberi name special.."Aina kelopak Mata".. snap picture??of course dats its number one...mcam2 ragam bole disaksikan..happy sangat...bru kenal satu hari tapi rase mcam da lame kenal..


I need to stop berceloteh panjang.Esok satu meting bersama MPP akan diadakan untuk memastikan perjalanan kemasukan pelajar baru dan program orentasi berjalan lancar.Ya Allah permudahkanlah Urusan kami.

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...