MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI
Janganlah kau angkuh melaungkan
Si dia kepunyaanmu
Atau kau kepunyaan si dia
Kerana hakikatnya
Kita tidak pernah memiliki sesiapa
Walau sekeping hati seorang insan.
Tidakkah engkau sedar
Hukum alam menyatakan
Menyintai tidak semestinya memiliki.
Manusia pandai berpura,
Berlakon dipentas dunia,dan bertopeng
Menutup rahsia.
Tetapi hati tidak pernah berdusta pada empunya
Tentang perasaan yang bergolak didalamnya.
Tidakkah kau sedar,
Mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta padamu,
Tetapi hati dan perasaannya,
Tidak pernah berniat begitu.
Dia hanya berselindung disebalik sejuta alasan.
Dan kau begitu jujur dan setia menyintainya
Sehingga terlupa, hukum alam menyatakan
Menyintai tidak bermakna memiliki.
Sesungguhnya,
“Aku tidak pernah memiliki dirimu”
“Dan kau tidak pernah memiliki diriku”
Mengertilah,
Kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa
Tiada siapa berhak memiliki diri kita, kecuali Dia.
Dia mengasihi hambaNya,
Dia memiliki hambaNya,
Dan kepangkuan Dia kita akan kembali.
v Cinta bukan mengajar kita lemah tetapimelambangkan kekuatan.
v Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.
v Cinta bukan melemahkan kudrat tetapi membangkitkan semangat.
No comments:
Post a Comment