Monday, August 23, 2010

~Program Bicara Ilmu ( TTI / KASTRO )~

...

Teori dan Aplikasi Dakwah, subjek yg amat Aina gemari...Dun know why...myb bcoz of cara penyampaian pensyarah yg jelas ingin membuktikan serta membuka mata kami yg berpendidikan Agama...But,bukan semua student suke dengan subjek nie..hehe,maklumlar...bile terkena atas batang hidung sendiri, telinga plak terasa berasap...Tapi itulah kenyataan hidup dimana bukan semua org mampu menerima kesalahannya..Pensyarah banyak menekankan isu politik ketika sesi pembelajaran. Salah satu topik yang sudah pastinya membuat Aina tertarik.. No wonder lar kalo time Sekolah menengah dulu org cop aina kuat parti pun...kat mana program jemaah buat Aina join, with permission from my parents..tidak salah rasanya untuk kita mendalami terlebih dahulu realiti kehidupan sebelum tiba masanya...

Persoalan yang timbul difikiran Aina sudah lame disimpan..belum berani berbicara lantang..bile berada dalam kelas macam2 soalan ingin diajukan, namun Aina bimbang andai persoalan yg bakal diajukan menyentuh sensitiviti sahabat2. Rambut sama hitan tapi hati lain-lain kan??.


Satu keadaan dimana soalan yg terbuku bakal terluah... beberapa minggu yg lepas, Aina dan sahabat Kastro telah diundang khas ke Program Bicara Ilmu yg secara tidak langsung menyentuh sedikit sebanyak isu dan permasalahan negara. Dengan gahnya replika Batu bersurat Terengganu diletakkan ditengah2 hadirin yg hadir. Ketika sesi perbentangan kertas kerja itu wakil deligasi Indonesia bertanyakan soalan berkaitan batu bersurat,dimana soalan itu juga berlegar difikiran Aina.

"Dengan adanya batu bersurat Terengganu pelbagai kajian telah dilaksanakan oleh pihak Malaysia.Mengkaji tentang sesuatu yg terdahulu belum tentu bermanfaat dengan kos yg tinggi namun bagaimana pula dengan hukum islam yg tercatat di batu bersurat tersebut iaitu hukum hudud..Persoalan saya disini adakah Malaysia menjalankan sepenuhnya Hukuman hudud bagi orang yg melakukan kesalahan berkaitan zina,mencuri dan sebagainya dengan bukti yg tertera dibatu bersurat tersebut"(dengan gunakan dialek indonesia)..Soalan yg jelas dan mudah difahami..Namun jawapan yg diberi tidak memuaskan hati. Bagi Aina hujah yg dikemukakan belum cukup untuk mematahkan bukti yg terang lagi bersuluh.. Jangan sesekali berani menegakkan benang yg basah kalau itu sudah kebenarannya...hmmm..insyaAllah persoalan ini bakal terjawab dan Aina akan pastikan soalan ini dijawab tanpa ada sedikit keraguan dari mana2 pihak..






Monday, August 16, 2010

~Dakwah Gurl Jalan-Jalan~

...


9 Ogos ...secara on da spot kami decide untuk jalan-jalan to Pulau Kerengga..my dad hometown..hari Rabu da nk puasa..terasa nk isi satu pengisian sebelum kami menempuh bulan Ramadhan..trip to Dusun lagi..pada asalnya satu kelas yg nk join tp alik2 yg tinggal 29 girlz and 2 boyz only...diorang lambat sgt..so kami tinggalkan mereka..inggatkan boyz follow dr belakang ,rupe2 nyer mereka sambung tido kat bilik...biorlar..habis jer kelas jam 3 ptg kami bertolak terus kesana...

Blum lgi bertolak da berpuluh gmbar y sempt di snap...posing kot sini posing kot situ...bile da sampai destinasi berguni-guni plak pict yg diambil...hmm..kami memg xboley dipisahkn dgn gmbr...10 taun nnti gmbr ni jugak yg akn kmi review blik..tujuan kami ke sana nk jalan2 sambil mkn buah-buahan kat dusun Nenek..

kami disambut oleh my uncle and aunty..org kampung kehairanan melihat 4 buah kereta kancil yg dtg entah dari mana dan tujuan apa..hehe..atuk nenek, anak cucu tumpang lalu...sebelum masuk hutan lgi kami da dipesan "mulut tu jangan celupar, kite nk masuk hutan nie"...
tugas kami bermula..mulut xberhenti mengunyah..makan dan terus makan..perut di isi guni juga dipenuhi..funny...terasa ukhwah antara kami begitu akrab...disz is our last year di UniSZA...hmm..semoga ukhwah antara kita Xterhenti begitu shaja..

Hari da senja,kami perlu bertolak pulang... semua bonet kereta pun da dipenuhi rambutan ...kami singgah di rumah pakcik untuk ambil kelengkapan..bile enjin kereta da start bru aina tersedar handbeg aina tertinggal dalam hutan...SubhanaAllah jam da menunjukkan 7 ptg..agak xmanis kalo kesana waktu mcm nie..tp disebbkan terpaksa aina dan aishah merempit secepat mungkin..mulut berkumat kamit beristhirfar...m
intak dijauhkan dari terserempak dengan *tuut*..hamba Allah yg tiada sape ingin melihatn..Alhamdulillah handbeg aina masih lgi diatas pokok yg aina sangkut td..xderlar perlu tercari2..Start motor untuk pulang dan tak pandang belakang.. bertolak pulang..yeaa..kami solat berjemaah dimasjid terapung..keadaan ini membuat hati kami sayu..sekejap jer mase kan..pasni masing2 dgn haluan masing2
.
tiada siapa yg boleh merampas rambutanku (iqbal said)

berehat seketika di rumah pakcik

makan yok

..

Monday, August 9, 2010

~Pertandingan Sajak Persada~

RAMADHAN MENGGAMIT KENANGAN


Ramadan,
Engkaulah bulan penghulu segala bulan,
Bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam,

Ramadan,
Engkau membuka pintu,
Selawat itu memanggil-manggil daku,
Surau dan masjid meriah seluruh Dunia,
Kanak-kanak riang bersuka ria,
Janganlah di marahi mereka,
Walaupun datang tidak di suka,
Inilah masa membimbing mereka
.

Ramadan,
Engkau membawa seribu kenangan,
Pahit manis yang pernah aku telan,
Di kejutkan bangun menyediakan hidangan,
bersama keluarga itulah kenangan
.

Ramadan,
Engkau meniup rasa berbeza,
Tidak sama dengan bulan-bulan lainnya,
Terkenang pada yang hilang,
Walaupun suaranya masih terngiang-ngiang,
Memerintah kami menyiapkan hidangan.


Ya Allah,
Semakin dekat aku padamu,
Inilah bulan paling syahdu,
Manis, rindu, sayu dan pilu,
Menghayati kurniaan indah darimu.

*Alhamdulillah, Program Diambang Ramadhan anjuran Persatuan Dakwah(Persada) telah pun selesai...banyak aktiviti menarik yg dianjurkan antaranya mencipta banting,sajak,puisi,futsal dan kuiz..then,aina tlah pun join program mencipta sajak...seperti yg diatas...kerja last minit...mcm tular..tunggang terbalik..tp syukur lar...ada jugak hadiah nyer...aina dapat tempat keTiga untuk penyertaan tersebut..

Sunday, August 8, 2010

~Cerita dr Kampung~


Terasa rindu pada gelak tawa si kecil Mohd Iqbal...gurauan denganya menjadi kenangan...senyuman yg tak lekang dipipi nya merungkap kegembiraan..Indahnya zaman kanak2 yg belum mengerti kehidupan sebenar,jauh dri melakukan kesalahan terlepas dari beban..hidup tenang tanpa memikirkan masalah dan bermain keriangan.. setelah selesai menunaikan solat aina termenung sendirian..apakah yg Allah tetapkan untuk diriku pada masa akan datang..tiba2 telefon berkelip menandakan ada panggilan..berbunyi sudah pasti tidak..panggilan si kecil.



Adib
: Hello
Aina : Hellooo
Adib : Kak Aina wat ap ow..
Aina : Baru pas solat Ngah..Angah solat dah??
Adib : Dop agi..
Aina : Bakpe angah xsolatnya...
Adib : Hehehe..bile kak aina nk mari umah angah nyer...?
Aina : soalan ini xmampu ku jawab..hmm..kalo angah solat kak aina nk g lar umah angah..nanti
kak aina bincg ng kak ju k..
Adib : Oklar angah nk g solat jap...nanti kak aina dtg umah ngah ea..Bye...
Aina : Blum sempat untuk membuka mulut si kecil adib memutuskan talian..funny..dia terlalu
excited menerima kunjungan kami.
Sabtu 8 0gos, aina dan 3 rakan dari Universiti Malaysia Terengganu(UMT) bertolak ke Besut..
Program Bakti Siswa telah memperkenalkan kami. Dari situ jugalah aina menjadi anak angkat kepada keluarga En.Zuki.

Ketibaan kami disambut semacam VIP..thank untuk org kampung..masakan yg disediakan delicious sgt..ikan talapia sweet sour,ketam masak lemak bacan,sayur cendawan...maklumlar mak angkat aina org Nogori..selesai makan2, siap2 untuk masuk dusun lak..ya Allah..mcm xcaye..banyak nyer buah...da lar on the way ke besut 2 mata aina disaji dgn keindahan Tuhan..pohon hijau merimbun yg dipenuhi buah..

Aina tertarik melihat gelagat adib dan hilmi mengait buah rambutan..macam senang je..so,aina cuba lar buat2 pandai...semangat nk pegang galah yg panjang..of course la galah panjang kan..hehehe..tarik,tolak ...ish ish...susahnye...maen hentam jer...tp satu biji pun tak jatuh...ayah angkat ketawa terbahak2..overlar..malu yang teramat..so,keje aina kutip yg kat bawah2 jew..berguni2 buah kami bawa blik...penuh satu bonet kreta..bole jual kat pasar nie..hehe..kami terus bertolak pulang ke gong badak after tibai buah2an keluarga angkat...teehee~


...

Thursday, August 5, 2010

Program Kelab Astronomi UniSZA

...


Kelab Astronomi UniSZA..satu name yg gah pada satu ketika dahulu bersama ahli jawatan kuasa yg mantap dalam persediaan. Setelah kejatuhan yg begitu lame kini Kastro bangkit bersama exco-exco bertanggujawab bagi menaikkan kembali nama kastro unisza. Satu program pemantapan diri exco telah dirancang oleh penasihat kami encik Roslan bin Umar. Kami hanya diminta bersiap sedia dengan peralatan dan persiapan sukan. Aktiviti yg bakal berlangsung dirahsiakan dari pengetahuan kami.

29 julai Program Pemantapan Diri Exco Kastro

Badan penat, otak pusing...macam xsanggup je nk mendaki balai cerap yg boleh tahan lar jugak tingginyer..tambahan pulak aina berpuasa time tu..arghh~~kami bertolak jam 3.15 ptg (bru je abis kuliah) bermacam persoalan yg timbul difikiran..progam yg mcmna kah cik Lan aturkan untuk kami..setibanya disana bermulalah pendakian kami. walaupun penat aina rase semacam dihargai..thanks kawan-kawan..aina dilayan bagai puteri..maklumlar puasa..xyah buat kerja sangat..hehe..sesi memperkenalkan diri di bilik kuliah balai cerap berlangsung..pelbagai soalan pelik2 diajukan..

Go to the next activity..EXPLORACE GAME...mmg mencabar, kami diberikan alat(gps) untuk mengesan lokasi barang yg tersembunyi. Dalam keadaan berpuasa pun masih mampu berlari ke hulu ke hilir..Tapi semangat berpasukan dan keceriaan teman-teman memberi semangat untuk aina..nice memory..xdapat untuk dijual beli.

CANDLE WALL.. program seterusnya bermula pada sebelah malam. Pda mulanya we are not interesting with disz game. Kami dipecahkan kpd 2 group and dlm group diketuai oleh seorg kapten kemudian 3 sarjan dan 3 predet..setiap group diberikan 4 lilin yg menyala dan 3 lampu suluh yg berfungsi sebagai senjata untuk menembak. kami diberikan masa untuk merancang strategi kemudian seluruh lampu di balai cerap ditutup..macam xcaye...play like as child..menyorok,berlari,tembak dan mati..hehehe..funny lar bile teringat waktu nie.


Setelah program selesai kami dihidangkan dgn sedikit kata semangat dr penasihat kami. Cukup berkesan..Majlis bersurai jam 11.30 malam..kemudian kami dikejutkan dengan berita cik Lan excident..mcm2 bermaen difikiran..sape nk jadi pengganti penasihat kami..mcm mna ng family cik lan, mcmmne ng cita2 cik lan bakal smbung blajar ke luar negara 2.Alhamdulillah tiada kecederaan yg berlaku.

30 julai Karnival Malaysia Inovatif 2010 zon Terengganu.

Kami dijemput khas sebagai wakil UniSZA untuk melawat tapak pameran di Terengganu Trade Center(ttc). Pameran ini bersempena Karnival Malaysia Inovatif 2010 zon Terengganu. Pelbagai pameran yg disediakn cthnya jabatan Tourism Trg,Majlis Rekabentuk Malaysia(MRM),
Jabatan Kimia Malaysia, dll.

<- Bergmbar dgn doct Faiz (Angkasawan Negara)




31 julai Program cabaran Angkasawan 1Malaysia

Senamrobik diikuti larian 3.5 km bermula jam 7.00 pagi..seramai 80 org wakil UniSZA dihantar untuk menyertai larian. 228 peserta mendaftar di perkarangan TTC yg tergolong daripada perbagai lapisan usia.terbhagi kpda 2 ketogari iaitu perempuan dan kategori lelaki.Bagi pemenang tempat pertama hingga 50 aktiviti kuiz diadakan untuk mereka.hehe...aina dapat tempat ke 77...sweet lar no tu...aina 77..

Kepenatan ->

Pelbagai aktiviti menarik yg diselitkan antaranya cabutan bertuah,mencanting batik,kreativiti mencipta dialog,melukis pada scathpad dll..pendek kata menghiburkan..Antara bnyk2 aktiviti yg disertai aina pling interesting dgn aktiviti mencanting batik.Mewarna dan berkongsi..terasa seperti zaman kecik2 dulu..bus da sampai,kami perlu bergerak pulang...sedihnyer xdapat join program pada sebelah ptg...


<---comey nyer frame yg bwah nie..sape punyer tu
(puji diri sendiri) hehehe




Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...