Monday, October 18, 2010

Tutup Keburukan Orang Lain



Tutup keburukan orang lain, maka Allah akan menutup keburukan kita. Tidak percaya tetapi itulah janji Allah seperti sabda Rasulullah yang bermaksud :-

مَن ستر مسلماً ستر الله في اخيرة

“ Sesiapa yang menutup kecelaan seorang islam, nescaya Allah akan menutup keburukan atau celaannya

di dunia dan akhirat “(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Sayangnya tidak ramai yang mengambil peluang ini. Yang lebih ramai, kita seronok menceritakan keburukan orang lain,mengambil kesempatan membocorkan rahsia dan keaiban orang lain untuk keseronokan kita. Kita lupa janji Allah bahawa

"Tidaklah seseorang mukmin itu apabila melihat saudaranya tercela lalu menutupinya ;

melainkan dia akan masuk syurga" (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Sikap buruk ini malah dipertegaskan dalam Hadis Rasulullah :-

"Wahai kumpulan orang yang mengatakan beriman dengan lidahnya..sedangkan iman itu belum meresap ke dalam hatinya.Janganlah kamu mencaci orang ramai dan jangan pula mengintip keburukan mereka.Sebabnya sesiapa yang mengintip keburukan umat islamnya,nescaya Allah akan mengintip keburukannya. Dan sesiapa keburukanya diintip Allah,nescaya rahsia akan didedahkan Allah,sekalipun dia berada ditengah-tengah rumahnya"

(Riwayat Abu Daud daripada Abi Barzah)

Dia yg bergelar kawan bukan sahabat..Diri ini masih mampu tersenyum di khalayak ramai.. Dalam Tawa ini Ada Tangisan.. Namun tidak kan kau ketahui apa yang terlindung dihati kecil ini..Diam,Membisu,Membatu walau pelbagai ragam kau lakukan..Aku masih mampu bertahan biar hati kecil ini dilukakan jangan sesekali aku yang melukakan..Adakah kau gembira sahabat, andai keburukanmu disebarkan..Sedangkan kebaikanmu disorok-sorokkan..Kan kau fahami perasaan hati kecil ini. Cukuplah kawan.. Cukuplah meniup bara api itu,biarkan ia terpadam.. Disitu kau kan mengerti..Indahnya Ikatan Sebuah Persahabatan...


1 comment:

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...