Sunday, January 27, 2013

Bila Bayangannya Mengganggu


¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Sering Bertemu Adalah Siksaan..Allahurabbi..tanpa disedari kini penulis telah menjawat satu jawatan yang sangat berat dalam Universiti..Terus hati ini berdailog sendirian...mampukah hati ini tenang dan tabah dalam mengharungi setiap detik tugasan yang bakal digalas.

Apabila kita bertemu dengan dia yang pernah menembusi dinding hati dinikahi,pasti batin kita terseksa. selain itu, muncul peluang untuk berputik kembali benih-benih asmara dalam dada. Mahu diungkapkan tapi tidak mampu dilakukan apabila teringat kegagalan yang pernah dialami. Sebaliknya, apabila tidak diungkapkan, hati terseksa, padahal pertemuan dengan dia masih terjadi.

Sungguh kini dalam dilema. Apatah lagi sekiranya perkara ini menimpa mereka yang masih berada dalam komuniti dakwah. Satu wadah dan satu ukhwah. Apabila hadir, medan dakwah memerlukan kita. Apabila tidak hadir, dikhuatiri sukar mengawal perasaan. Perasaan dendam pada diri sendiri, kecewa bahkan cinta kembali bersemi mungkin saling berkecamuk dalam hati.

Oleh itu, wahai diri yang pernah didatangi mereka yang mengungkapkan perasaan, mahu mengbingkaikan cinta suci yang dimilikinya dengan kita, mengikat tali kasih demi kesempurnaan agama dan kerja bersama kita, jangan terburu buru mengambil keputusan yang akhirnya berlaku penolakan. Ataupun, memberikan harapan samar yang hujungnya mengecewakan. Apatah lagi apabila kita satu fikrah dan satu komuniti dakwah. hal ini mampu memutuskan ukhwah dan menggoyahkan bangunan dakwah.

Maaf, bukannya penulis mahu memaksa menerima seorang yang kurang, bahkan tidak kita redhai sebagai pendamping hidup hanya kerana dia satu fikrah ataupun komuniti dakwah. Bukan itu yang penulis maksudkan. Kadangkala, dunia menjadi sempit pada mereka yang sedang mengalami kekecewaan dan patah hati.. Hinggakan apa-apa yang terhampar dihadapan pun tidak dapat dirasakan. Gunung yang tinggi menjulang terasa mendatar, langit yang luas terbentang, terasa sempit. Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Sering terjadi, apabila kita mahu menghindari dirinya, kita terserempak pula dengan dia tanpa disangka-sangka. tujuan kita adalah bagi melarikan diri dari bayangannya, tiba-tiba bersua tanpa sengaja. Segala kesakitan lama datang menjengah..Allah Allah Allah..Hati ini merintih Perlahan.. Oleh itu, sekiranya benar-benar tiada niat ataupun perasaan tertarik, tolaklah dirinya dengan kebaikan, bukan menyalahkan.



















No comments:

Post a Comment

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...