Wednesday, December 29, 2010

Percutian ke Langkawi

Mane lgi interesting, Melaka or Langkawi..??..Cuti sekolah kali ni kite nk g holiday mane ye??..conversation between my brother and me..Cuti sekolah telah pun bermula..Ramailar ibu bapa yang pening kepala memikirkan aktiviti bermanfaat untuk anak2 mereka..Ada yang bawa anak2 mereka bersiar2 dan mungkin ada juga yang mengurung anak mereka dirumah jer.. teehee~
Maklumlar,yang bercuti tu anaknya, bukan mak ayah mereka.

Pada mulanye Melaka adalah destinasi pilihan our parent untuk holiday tahun ni..Tetapi setelah mengadakan pilihan raye tertutup keputusan 7-2 dimenangi..Oleh kerana di Langkawi sedang mengadakan Festival chocolate besar-besaran sempena akhir tahun akhirnya parents terpaksa lar mengalah..bukan senang nak dapatkan peluang sebegitu.. InsyaALLAH next year panjang umur kite ke Melaka..Jam 6.30 petang kami check in di Seaview Hotel berhampiran dengan jeti ke Langkawi..Last trip Ferry jam 7..Oleh kerana kami kesuntukan mase,abah decide untuk menginap di Seaview Hotel terlebih dahulu..Tambahan plak abah sorang jer yang drive time tu,no wonders lar kalo amik satu malam untuk menginap.Ini bukanlah kali pertama aina berkunjung ke Langkawi.

Bercakap sal Seaview Hotel teringat plak kenangan Pahit disitu..Malam tu kami xdapat untuk ronda2 town tu coz aina kurang sihat..Lepas makan malam di hotel, badan aina tibe2 membengkak dan kemerahan..Nasib lar badan..Makan ikut sedap jer..Terliur tengok udang galah masak merah..bestnyer..Tobat xnak makan lagi..Satu pujian ikhlas untuk staf Seaview Hotel coz memberi layanan yang baik terhadap aina...sakit lar katekan..Thanks a lot..

Hajat untuk makan ikan bakar kat medan selera berhampiran tak kesampaian..Malam tu kami just duduk dalam bilik dan menonton perlawanan bola sepak Malaysia VS Indonesia..bergegar bilik hotel bila Malaysia berjaya menyumbat jaringan gol.Bimbang juga kalo2 pihak hotel datang jenguk bilik kami.. =) .. Keesokan pagi kami bertolak dari jeti Kuala Perlis Ke Langkawi.


Coral Island Ferry
Tak lengkap rasenyer ke Langkawi tanpa membeli belah..Trip first kami ke Pekan Kuah..shopping center...Semalam xchat tp bile terpampang signboard Haji Ismail Group dengan sendirinyer badan yang lemah jadi sihat..ni semua penangan chocolate..Tujuan utama aina nak datang Pulau Langkawi..Memang berborong sakan..tak cukup tangan amik bakul,xcukup bakul masuk lam troli umi..hehehehe...umi yang bayar..tengah syok pilih coklat my little sister datang berbisik ke telinge Long, Ady Putra ke tu??...dengan slumber aina jawab ady putra mane..?? nak tergeliat otak aina berfikir saper lar kawan2 aina name Ady Putra..Then aina terpandang di satu penjuru seorang pelakon yang dimaksudkan oleh adik aina..Ady Putra pelakon yang sedang melonjak naek di arena seni bersama Family beliau..

Kami meneruskan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi..Penatnyer..Cuaca di Langkawi sangat panas..Masing2 nak stay dalam kereta,keluar kereta masuk kedai aircond..tak nak jalan kaki,tak sanggup.Kami tak melepaskan peluang untuk ke kedai gamat..tak banyak gambar yang dapat dikongsi..Aina tak larat nak snap pict.. =( yang ade nie pun di snap oleh adik-adik aina..

Haji Ismail Group


syoknyer borong chocolate

Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi ,di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatanseolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping)Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayanganyang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati apabila di lahirkan.Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi ditasik tersebut .Interesting right..Bgi sesiapa yg xnk kahwin tp nk anak pun boleh cube nasib kowt..teehee~

Pekan Kuah
Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri .NamaKuahini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini .Sempena dengan peristiwa tersebut ,tempat ini diberi namaKuah’.Dahulunya ,Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain .Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.

Makam Mahsuri Langkawi
Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meupakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi,sijelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang .Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris .Menurut lagenda,darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akam maju dan bahagia selama tujuh generasi.Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .
Opening hours: Daily, 7.30 am – 6 pm

Kampung Air Hangat
Kampung Air Hangat terletak dikawasan seluas empat ekar kira-kira 14 km dari Kuah .Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan iar panas dan mural dari batu sungai sepanjang 18meter yang menceritakan lagenda tempat tersebut .Demontrasi kraft tangan tempatan dan tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari .Para pelawat yang meminati kraftangan boleh mengunjungi kedai menjual kraftangan tradisional yang terdapat disini..
Opening hours: Daily, 9 am – 6 pm

Langkawi Oriental Village
Oriental village merupakan satu lagi destinasi pusat membeli belah ,kebudayaan dan masakan yang terkini dan unit di Pulau langkawi.Direka khas untuk menyediakan suasana baru membeli-belah di pulau peranginanan bebas cukai ,ia juga turut menempatkan restoran-restoran bertema yang menyediakan berbagai jenis masakan Asia.Oriental Village menawarkan lebih daripada 470jenis jenama pereka antarabangsa dan tempatan serta 17000 jenis barang pasti memukau mata para pengunjung.Pertunjukan kebudayaan dan fesyen serta demontrasi kraftangan oleh pakar kraftangan menambahkan lagi suasan kemeriahan membeli belah di situ .Ia berdekatan dengan Langkawi Cable Car ,aktiviti menunggang Gajah dan Telaga Tujuh ,.
Opening hours: Daily, 10 am – 10 pm

Underwater World Langkawi
Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan didalam tangki kaca .Ia terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar seperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.
Opening hours: Daily, 10 am – 6 pm

Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang..Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan ‘Lang’ yang merupakan nama pendek bagihelang’ .Manakalakawimengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung .Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yang menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .Dataran Lang ini kelihatan amat indah terutama di waktu malam .Arca Helang ini terletak di tempat yang strategik bagi mengucapkanSelamat Datangkepada para pelawat yang mengunjungi Langkawi .

Sungai Kilim Langkawi
Untuk mereka yang gemar menghayati keindahan alam ,Langkawi menawarkan pemandangan indah dan pengalaman yang sukar dilupakan ,aktiviti pelayaran dengan bot ke Taman Alam Sungai Kilim,sebuah dunia yang berlainan sama sekali .
Taman seluas 100kmpersegi ini diselubungi kehijauan hutan paya bakau yang dilindungi ,serta ditaburi pantai terpencil yang putih bersih dan teluk kecil dengan air yang biru dan jernih . Struktur batu kapur yang muncul dari lantai paya bakau dan laut membentuk keunikan geologi yang menakjubkan dengan gelaran seperti kuil Borobudur,Batu Gajah dan Taman Gantung.Selain itu Gua Cerita dan Gua Kelawar yang dikaitkan dengan lagenda dan pelbagai kisah cinta dan misteri menanti anda .

Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)

Telaga Tujuh terletak disebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya .Mengikut lagenda ,puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.
Alhamdulillah..akhirnya perjalanan pulang menaiki ferry yang lebih ekslusif Marine Ferry selama sejam tiba di jeti kuala perlis dgn selamat.Kami sempat bermalam di Garden Hotel,Kangar bagi meredakan kepenatan sehari di Langkawi.

P/S : untuk pasangan pengantin baru amatlah sesuai untuk mereka dtg berbulan madu di sini..

No comments:

Post a Comment

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...