Sunday, August 26, 2012

Tetamu Istimewa di Aidilfitri

Dipagi hari raya...Hati Sayu mengenang dirimu..Mudahnya kau menggantikan diriku...Seolah cintaku tak berharga..(Nora-Pulanglah) Hamboii..jiwang nye dipagi raya..Entry raya lagi..Alhamdulillah..dapat berkunjung ke rumah sanak saudara... Perjalanan yang mengujakan setiap kali lebaran menanti..Konvoi Aidilfitri bersama sanak saudara dari sebuah rumah ke sebuah rumah..

ok next station rumah keluarga kat Kemaman..check anak2 anda takot ada y tercicir (pesan pak cik)
setelah 2 jam kunjung mengunjung
ok next station patah blik ke Paka rumah dato Jazlan (order pak cik)
ha? rumah sya ke...esok pagi rumah terbuka arini tertutup lagi (hehe boleh plak macam tu)
ok lar ...blik rumah masing2..malam nie kite serbu Dungun...rumah tokey kedai 




ha ?? apakah ?? serbu Dungun malam nie jugak?? penat nyer... ok..set mind.. mereka nak datang serbu..apa dulu yang patut buat...
bakar satay siap2- Done !
sediakan minuman- Done!!
makanan- Done !!!
keropok, ketupat, tapai, rendang- Done !! 
angpau untuk si kecil- Done !!
lega...

Hepinyer..Seperti sedia kala..tuan rumah dengan pakaian serba selekeh...baru selesai menyiapkan juadah untuk tetamu... Jeles melihat mereka bergambar...arghhh..malas nye nak salin pakaian..xperlah..kostum bibik nie pun jadilar...

Kehadiran tetamu istimewa dari Korea, Oppa Jeong Seung Hwa...Penuntut di Pusan International University..Berusia 24 tahun..hehe...wahh sempat jer penulis memperkenalkan tetamu istimewa ni.
kunjungan beliau untuk mengenali dan mendalami sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sedikit sebanyak tentang Rakyat Malaysia..

Dah macam artis Korea plak Oppa Jeong... Semua nak bergambar dengan beliau..Kehadiran beliau menceriakan lagi kami sanak saudara.. Bahasa Inggeris menjadi perantaraan anta kami untuk berkomunikasi..

Sangat pemalu orang nye..betul lar kata orang...Jejaka Korea romantik orangnye...Gentleman..Penulis dapat melihat sendiri dimana beliau sangat menghormati kaum wanita..Terpegun melihat character beliau.. So Sweet..hik hik... ^_^

Pak Cik penulis memperkenalkan sanak saudara kepada Oppa..Kesian oppa..berbelit lidah nak sebut perkataan.. Memang janggal bagi orang korea dihidangkan tapai, keropok lekor, rendang dan lain2...Terkebil2 mata Oppa melihat juadah yang disediakan.

Annio seyo.. itu jer yang penulis pandai ucapkan .. beberapa orang sepupu penulis yang memang hantu korea cuba berkomunikasi dengan Oppa...beliau sangat teruja apabila mengetahui kami boleh bertutur dalam bahasa Korea.

Oppa Jeong berbaju biru di barisan hadapan







How can you write that word? haha
Thank you for everything you give me
It was very exciting and happy journey for me because of you. Yesterday I came back to Cebu, Philippines and I will study English to go to graduate school. However I cant concentrate on my study because I often remember being with you and your family. It invokes my sentimental feeling. Anyway thank you again and I hope you to come to Korea. Keep it touch everytime, everywhere. I miss you and have a nice day. Treima Kashi(?) haha "

Mesej yang dihantar oleh Oppa Jeong Seung Hwa melalui Facebook nye..
Semoga Bertemu kembali Oppa..
^_^


Rempit Raya


Broom broom... hai..budak2 nie pagi2 raya lagi da buat orang kampung marah...mana tidak nya...orang lain sibuk mengalunkan takbir raya...ada pula sibuk merempit dgn motor mereka.. Segak bersongkok, berbaju melayu tapi apa guna merempit kerjanya...raya setahun jer sekali bang oi !! susah sgt ker solat sunat 2 rakaat... nak tunjuk jantan la tu... hermm ..Mungkin ini yang dinamakan raya bagi remaja sekarang.

Marah benar penulis nampaknya..hehe..
^_^ ..fuhh..rase beruntung sebab adik-adik penulis tidak tergolong seperti mereka yang berkenaan...Tengoklah sape kakak dia kan... ^-^ wink wink ...

Aktiviti seperti biasa di pagi Aidilfitri...bersalaman sesama ahli keluarga menziarahi pusara mereka yang terlebih dahulu dijemput Illahi dan konvoi raya bersama sanak saudara...Jangan salah faham ye...konvoi raya dan rempit raya adalah berbeza sama sekali... :P

Alhamdulillah kita sempat meraikan kejayaan setelah berpuasa selama sebulan. Selamat Hari Raya Aidilfitri ikhlas dari penulis Aina Najwa bt Ibni Amin. Penulis menyusun Sepuluh Jari memohon kemaafan dari Teman-teman, sahabat handai...dan readers yang sudi berkunjung di bintuamin.blogspot.com ..andai ada tersilap bicara atau apa jua kekhilafan diri penulis ini... Maafkan Saya... n_n


Tuesday, August 14, 2012

Percaya Atau Tidak

Xlama lagi nk blik kampus daa..xdapat nk surffing internet slalu..download mustahil lar....update blog...jarang skali..2 3 malam penulis x dapat lelapkan mata..dari nonton video ilmiah, terus cerita komedi...kemudian ke bahagian politik, kartun ,then godek2 vid mat luthfi..huhu..bagus jugak kadang2 kite menyampaikan secara begini..satu pendekatan yang mudah diterima umum..baik remaja, dewasa mahupun yang tua..macam pendekatan ustaz Azhar Idrus..UAI..


Percaya atau tidak..lawak jenaka inilah yang dapat menarik mereka yang kurang fasih mengenai islam ingin mendalami islam...Kerana tidak semua yang bergelar islam faham tentang agama islam..Dengan kecanggihan teknologi kini banyak pahala yang dapat kite perolehi dan tidak kurang pula sebaliknya..Jadi, walau siapapun kita...sampaikanlah amanat Rasulullah..Ballirul anni walau ayat...Sampaikanlah walau sepotong ayat..



duk surfing2..godek2 vid..terbuka vid kat bawah...ok..duk gelak2 pun ilmu tetap dapat..Alhamdulillah..


Monday, August 13, 2012

Pesan Hati Kepada Hati



Resam padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan jadi resam lalang, semakin tinggi semakin menegak hingga melukakan orang yang lalu dekat dengannya. Aneh kan, manusia yang bersifat tin kosong ini memang pandai bercakap, pandai menarik perhatian walaupun kata-katanya itu tiada isi pun.

Kata pujangga : Jangan pula engkau mencerca seseorang pada sesuatu yang engkau lihat ada pada diri engkau sendiri. Dan jangan lupa bahawa kita mempunyai formula hebat yang perlu dikongsi..Dimana Semakin banyak mengkritik, semakin banyak perdebatan yang kita menangi tetapi semakin sedikit pula kawan yang kita miliki.

Jadi dengan sebab itu, mengalahlah. Mengalah tidak sepertinya kalah. Mengalah akan membuatkan mereka itu berhenti dari bercakap ataupun dia akan terfikir, kata-katanya itu tiada manfaat bagi orang lain.

Pujangga Arab ada bermaksud : “Tidak menjawab kata-kata orang orang bodoh, itulah jawapan baginya.”

Kau tu baik sangat ke?? 

Bab nie memang tak bagus la..Engkau tuduh orang ini baik, orang ini jahat, orang itu cerdik orang itu bodoh…macam la kau baik sangat…Seeloknya kita mengelakkan dari berkata begini.. Ya, bukanlah semua orang baik..Tetapi sekurang-kurang nya berusahalah jadi baik..Perbaikilah kelemahan yang ada.

Sering kali jalan Dakwah dipintas oleh ungkapan liar. Bagi pendakwah yang “kecil” hatinya maka sindiran tadi tentulah akan melemahkan semangat. Apatah lagi dia bukan orang berjawatan tinggi dan berharta banyak.

Untuk menangkis ungkapan golongan yang benci kepada pendakwah, bacakan sahaja nasihat Imam Hassan al-Banna :

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Lihat sendirilah pengorbanan dakwah Nabi Muhammad SAW. Baginda terlalu kasihkan umatnya. Baginda membuktikan bahawa setiap usaha pasti ada hasilnya, setiap pengorbanan pasti ada manisnya.

Pada diri penulis juga agak segan untuk menegur mereka yang mungkin terlalai..Kerana pada fikiran penulis “aku bukanlah baik sangat”.. itulah monolog yang sentiasa hadir tika diri ingin menegur kemungkaran. Tapi apa guna ilmu agama yang dituntut andai tidak disampai.. Sekurang-kurang nya penulis  telah menyampaikan amanat Allah.

Telah banyak pengalaman penulis dalam menegur,  membimbing dan menasihati dan tidak kurang sebaliknya. Sedikit sebanyak pengalaman diri penulis dapat dijadikan ubat bagi mereka yang memerlukan.

Cabaran bagi penulis untuk menegur rakan sebaya lebih hebat dari menegur sahabat yang lebih muda dari usia..Apatah lagi ingin menegur mereka yang lebih berusia.. Dalam 10 hanya 2 yang mungkin dapat menerima…Tersilap gaya caci maki pula yang diterima. Alhamdulillah penulis mampu menjadi rujukan sahabat  dan mereka yang memerlukan.

Permulaan yang baik bagi penulis untuk bertatih di dalam bidang Dakwah..Ada sahabat yang bermula hanya dengan meminjam tudung dan jubah penulis..Katanya, suka tengok penulis pakai macam nie, kalo saya pakai cantik tak. Orang mengantuk disorongkan bantal..Cantik, cuba pakai ke kelas esok..Alhamdulillah, beliau kini langsung terus berubah. Mungkin lebih hebat dari penulis.

Allah mampu mengubah hambanya sekelip mata sahaja. Bersyukurlah andai kita berubah ke arah kebaikan maka rugilah mereka yang berubah ke arah keburukan.

p/s : Tanggungjawab Dakwah itu terletak pada diri setiap individu Muslim…

Sunday, August 5, 2012

Ayat-ayat Cinta

                           ✿¸.•••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤•••✿


Salam Ramadhan..Salam Penuh Keinsafan..Setelah sekian lama hati ini berushaha menahan bungkam didada...Akhirnya ia tewas...Apakan daya..Hati ini Milik yang Esa..Salam Ramadhan...Salam Penuh Keinsafan... Setelah sekian lama hati ini berusaha menahan bungkam didada..Akhirnya ia tewas.Subhanallah..Aku bukanlah Hamba yang solehah..tidak layak untukku merasai syurgaMu..Namun aku takut untuk menghadapi siksa api nerakaMu..



Seusai penulis membuka radio..Lagu ini tiba2 berkumandang...Subhanallah,Subhanallah..Penulis cuba menahan ia dari berguguran.. Penulis yang dalam perjalanan pulang ke rumah menghentikan kenderaan yang sedang dipandu..Penulis mengangkat wajah menguatkan semangat..tapi apakan daya Allah lebih berhak menguji hati ini..Padang Golf yang dilihat penulis..sebak yang tak dapat lagi ditahan..ia mengalir tidak terkawal..


Ya Allah..
Hati ini milikMu..
Dengan kehadiran
bulan yang mulia ini
ku memohon marfirahMu..
Ampunilah kami..
HambaMu ya Allah..
Sesungguhnya Kau Maha Pengampun..
Lagi Maha mengasihani..

Penulis berpesan pada diri..Redha dan berlapang dadalah..ALLAH menjadikan diri kita DISAKITI agar esok kita tahu cara untuk mengubati ORANG YANG TERLUKA..Allah tidak menguji hambanya ats perkara yang sia-sia melainkan ada hikmah disebaliknya..
                                    
                                       "Ingatlah, sesungguhnya bantuan Allah itu amat dekat.." 
                                                                Surah al-baqarah: 214


Terkadang hati ini berbisik.."Kenapa aku ya Allah??"... Astgarfirullah..Sesuatu yang tidak mungkin mampu dibaiki.. Kami memerlukan pertolonganMu ya Allah..Berilah kekuatan kepada kami menempuh hari mendatang.. Lindungilah kami satu ketika nanti..Dimana penyaksian makhluk dimuka bumi..Padang MahsyarMu Ya Allah..

"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditetapkan)"
Surah al-Qamar: 49






Sahabat..andai ada salah dan silapku..Maafkanlah..Mati itu Pasti, Hidup kita,InsyaAllah..Semoga kita sentiasa berada dalam dakapan bulan Ramadhan..


Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...