Resam padi, semakin berisi semakin tunduk. Jangan jadi resam
lalang, semakin tinggi semakin menegak hingga melukakan orang yang lalu dekat
dengannya. Aneh kan, manusia yang bersifat tin kosong ini memang pandai
bercakap, pandai menarik perhatian walaupun kata-katanya itu tiada isi pun.
Kata pujangga : Jangan pula engkau mencerca seseorang pada
sesuatu yang engkau lihat ada pada diri engkau sendiri. Dan jangan lupa bahawa
kita mempunyai formula hebat yang perlu dikongsi..Dimana Semakin banyak
mengkritik, semakin banyak perdebatan yang kita menangi tetapi semakin sedikit
pula kawan yang kita miliki.
Jadi dengan sebab itu, mengalahlah. Mengalah tidak
sepertinya kalah. Mengalah akan membuatkan mereka itu berhenti dari bercakap
ataupun dia akan terfikir, kata-katanya itu tiada manfaat bagi orang lain.
Pujangga Arab ada bermaksud : “Tidak menjawab kata-kata
orang orang bodoh, itulah jawapan baginya.”
Kau tu baik sangat ke??
Bab nie memang tak bagus la..Engkau tuduh orang ini baik, orang
ini jahat, orang itu cerdik orang itu bodoh…macam la kau baik sangat…Seeloknya
kita mengelakkan dari berkata begini.. Ya, bukanlah semua orang baik..Tetapi
sekurang-kurang nya berusahalah jadi baik..Perbaikilah kelemahan yang ada.
Sering kali jalan Dakwah dipintas oleh ungkapan liar. Bagi
pendakwah yang “kecil” hatinya maka sindiran tadi tentulah akan melemahkan
semangat. Apatah lagi dia bukan orang berjawatan tinggi dan berharta banyak.
Untuk menangkis ungkapan golongan yang benci kepada
pendakwah, bacakan sahaja nasihat Imam Hassan al-Banna :
“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti
akulah yang terbaik dalam kalangan kamu kerana aku juga pernah melampaui batas
untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah
apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah
orang yang memberi peringatan.”
Lihat sendirilah pengorbanan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Baginda terlalu kasihkan umatnya. Baginda membuktikan bahawa setiap usaha pasti
ada hasilnya, setiap pengorbanan pasti ada manisnya.
Pada diri penulis juga agak segan untuk menegur mereka yang
mungkin terlalai..Kerana pada fikiran penulis “aku bukanlah baik sangat”..
itulah monolog yang sentiasa hadir tika diri ingin menegur kemungkaran. Tapi
apa guna ilmu agama yang dituntut andai tidak disampai.. Sekurang-kurang nya
penulis telah menyampaikan amanat Allah.
Telah banyak pengalaman penulis dalam menegur, membimbing dan menasihati dan tidak kurang
sebaliknya. Sedikit sebanyak pengalaman diri penulis dapat dijadikan ubat bagi
mereka yang memerlukan.
Cabaran bagi penulis untuk menegur rakan sebaya lebih hebat
dari menegur sahabat yang lebih muda dari usia..Apatah lagi ingin menegur
mereka yang lebih berusia.. Dalam 10 hanya 2 yang mungkin dapat menerima…Tersilap
gaya caci maki pula yang diterima. Alhamdulillah penulis mampu menjadi rujukan
sahabat dan mereka yang memerlukan.
Permulaan yang baik bagi penulis untuk bertatih di dalam
bidang Dakwah..Ada sahabat yang bermula hanya dengan meminjam tudung dan jubah
penulis..Katanya, suka tengok penulis pakai macam nie, kalo saya pakai cantik tak.
Orang mengantuk disorongkan bantal..Cantik, cuba pakai ke kelas
esok..Alhamdulillah, beliau kini langsung terus berubah. Mungkin lebih hebat
dari penulis.
Allah mampu mengubah hambanya sekelip mata sahaja.
Bersyukurlah andai kita berubah ke arah kebaikan maka rugilah mereka yang
berubah ke arah keburukan.
p/s : Tanggungjawab Dakwah itu terletak pada diri setiap individu Muslim…
No comments:
Post a Comment