Saturday, June 29, 2013

Fiesta Sukan UniSZA - KAWAT

sUKAN pERSABATAN dIANTARA tEAM sTAF uNISZA dan kAWAT (kELAB wARTAWAN tERENGGANU)..tURUT sERTA dIDALAM mAJLIS iNI aDALAH nAIB cANSELOR uNISZA pROF yAHYA..sEORANG y cOOL..sANGAT mENEPATI wAKTU..bELIAU bANYAK tERLIBAT dALAM pROGRAM2 pELAJAR..tUJUAN aKTIVITI iNI dIJALANKAN aDALAH bAGI mENJALINKAN hUBUNGAN bAIK aNTARA uNISZA dan kAWAT. tURUT sERTA dALAM mAJLIS iNI aDALAH sEBAHAGIAN bARISAN mPP mANAKALA sEBAHAGIAN lAGI mEMPUNYAI tUGASAN dI kEMAMAN bAGI mENJAYAKAN pROG y aKAN dIJALANKAN.

bERSAMA bARISAN uRUSETIA

nC tURUT sERTA dALAM pERTANDINGAN y dIANJURKAN..aNTARANYA bOWLING,bADMINTON dan pING pONG.jAM 7.30 pAGI mAJLIS pERWAKILAN pELAJAR tELAH pUN tERPACAK mENANTI kEHADIRAN sTAF uNISZA..

NC UniSZA

sATU hARI sUNTUK kAMI bERSAMA sTAF dAN bARISAN wARTAWAN..pADA sEBELAH pETANG pULA bERSIAP sEDIA di Riyaz Heritage bAGI mAJLIS pENUTUPAN fIESTA sUKAN uNISZA-kAWAT.
kETIBAAN nC

uSAI sAHAJA mAJLIS pENUTUPAN fIESTA sUKAN, aDALAH mENJADI rUTIN kAMI dI bARISAN pERWAKILAN mENYAMBUT hARI lAHIR kELUARGA kAMI..aDIK rUZAINI !! hEPI bUFDAY dEAR mAY Allah Bless You ...

bUFDAY bOY..aDIK zAINI

Wednesday, January 30, 2013

Izinkan Hati Berpuisi

                                      ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.



Wahai Engkau Yang Pernah Singgah Dalam Lubuk Hatiku,
Izinkan Aku Melupakan Bayanganmu Dalam Hatiku,
Akan Aku Hapus Memori Indah Yang Pernah Terjadi Dahulu,
Biarkan Aku Melangkah Pada Pijakan Kakiku,
Jangan Engkau Sandung Dengan Beban Kenangan,
Yang Membelenggu Langkahku,
Jangan Engkau Siksa Dengan Cinta mu,
Yang Menghancurkan Harapanku,
Ya, Izinkan Aku Melupakanmu,
Sepenuh Hatiku,
Segenap Jiwaku,
Seluruh Perasaanku
Aku Mendoakan kebahagiaanmu.

Monday, January 28, 2013

Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah


                                         ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Sungguh Allah menyayangi diri ini.. Satu yang penulis hilang tetapi yang tidak disangka diberi ganti...Allahuakbar..terkadang penulis terfikir, bagaimana penulis mampu mengorak langkah walau dalam keadaan yang sebegini...Allah memberi penulis kekuatan hasil dari kekecewaan.. Benar kekecewaan itu banyak mengajar penulis erti kehidupan. Penulis bangga dengan pengalaman yang penulis perolehi yang mungkin tidak akan sama dengan pengalaman mereka yang lain..Namun penulis sentiasa mendoakan agar adik-adik mahupun rakan-rakan yang sentiasa mendampingi penulis tidak mengalami pengalaman pahit serupa penulis...Jangan Kau impikan kesakitan ini...Jangan kau menempah kekecewaan ini.


Allah tidak Pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pengajaran  berharga. Antaranya: Pertama kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang. 
Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi realiti.
Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin? Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan? Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar? Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan? dan Rasul juga seorang yang lembut?.

Cuba bersikap wajar dan seimbang. Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga dihadapan dia. Setiap orang melalui masa silam yang berbeza. 
Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya sudah berlalu pergi, seiringnya dengan berganti waktu. Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi. Jadikan masa hadapan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

Pada waktu kita dipertemukan, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel, jangan berasa diri kita lemah dan rendah diri. Tegakkan kepala dan yakini betapa setiap kejadian, termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. n_n


*fadhlan al-ikhwan

Sunday, January 27, 2013

Bila Bayangannya Mengganggu


¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Sering Bertemu Adalah Siksaan..Allahurabbi..tanpa disedari kini penulis telah menjawat satu jawatan yang sangat berat dalam Universiti..Terus hati ini berdailog sendirian...mampukah hati ini tenang dan tabah dalam mengharungi setiap detik tugasan yang bakal digalas.

Apabila kita bertemu dengan dia yang pernah menembusi dinding hati dinikahi,pasti batin kita terseksa. selain itu, muncul peluang untuk berputik kembali benih-benih asmara dalam dada. Mahu diungkapkan tapi tidak mampu dilakukan apabila teringat kegagalan yang pernah dialami. Sebaliknya, apabila tidak diungkapkan, hati terseksa, padahal pertemuan dengan dia masih terjadi.

Sungguh kini dalam dilema. Apatah lagi sekiranya perkara ini menimpa mereka yang masih berada dalam komuniti dakwah. Satu wadah dan satu ukhwah. Apabila hadir, medan dakwah memerlukan kita. Apabila tidak hadir, dikhuatiri sukar mengawal perasaan. Perasaan dendam pada diri sendiri, kecewa bahkan cinta kembali bersemi mungkin saling berkecamuk dalam hati.

Oleh itu, wahai diri yang pernah didatangi mereka yang mengungkapkan perasaan, mahu mengbingkaikan cinta suci yang dimilikinya dengan kita, mengikat tali kasih demi kesempurnaan agama dan kerja bersama kita, jangan terburu buru mengambil keputusan yang akhirnya berlaku penolakan. Ataupun, memberikan harapan samar yang hujungnya mengecewakan. Apatah lagi apabila kita satu fikrah dan satu komuniti dakwah. hal ini mampu memutuskan ukhwah dan menggoyahkan bangunan dakwah.

Maaf, bukannya penulis mahu memaksa menerima seorang yang kurang, bahkan tidak kita redhai sebagai pendamping hidup hanya kerana dia satu fikrah ataupun komuniti dakwah. Bukan itu yang penulis maksudkan. Kadangkala, dunia menjadi sempit pada mereka yang sedang mengalami kekecewaan dan patah hati.. Hinggakan apa-apa yang terhampar dihadapan pun tidak dapat dirasakan. Gunung yang tinggi menjulang terasa mendatar, langit yang luas terbentang, terasa sempit. Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Sering terjadi, apabila kita mahu menghindari dirinya, kita terserempak pula dengan dia tanpa disangka-sangka. tujuan kita adalah bagi melarikan diri dari bayangannya, tiba-tiba bersua tanpa sengaja. Segala kesakitan lama datang menjengah..Allah Allah Allah..Hati ini merintih Perlahan.. Oleh itu, sekiranya benar-benar tiada niat ataupun perasaan tertarik, tolaklah dirinya dengan kebaikan, bukan menyalahkan.



















Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...