Monday, November 14, 2011

Teka teki Imam Al- Ghazali


✿¸.•❤•❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸. 



Suatu hari, imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 =  Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 =Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (surah ali-imran:185)

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan dating dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 =  Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang paling benar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al- Araf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan didunia ini?
Murid 1 =  Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = Semua jawapan kamu itu benar,tetapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 =  Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = Semua itu benar,tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-azab :72). Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab “Pedang”
Imam Ghazali = Itu benar,tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 

Saturday, November 12, 2011

REDHA


✿¸.•❤••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


 .
“Kakak..walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha..Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah..Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak, kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. marratan ukhra berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukkan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari sebelum lahir untuk mencintai Allah..Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Biarkan mereka terus menyakitimu nak, kerana setiap kesakitan yang kakak rasai kerana dilukai itu adalah pahala..kakak ingat Allah selalu, insyaAllah..dia juga akan sentiasa ingat kakak..emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya..emak cukup memahami perasaan saya saat ini.

Bisikkan ke dalam hatimu yang paling dalam; Dia bukan milikku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya.Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi~Tapi katakan kita sentiasa ada pemerhati merangkap penjaga buat kita~.(。◕‿◕。)

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca, Alhamdulillah..Rasanya cukuplah dahulu kisah "kakak" yang ingin pengarang kongsikan..Semoga apa yang pengarang sampaikan dapat membantu mereka yang dalam kebuntuan..Sesungguhnya pengarang juga hamba yang lemah dan kadang-kadang tersesat dalam mencari kebahagiaan didunia...dan pengarang tidak ingin rakan-rakan lain turut tersesat dalam mengenal erti cinta.Ingatlah bahawa cinta Hakiki adalah cinta Illahi. Biarkan cinta ini sentiasa dipuncak segalanya.


GLOSARI

Marratan ukhra - Sekali lagi

.
.

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...