✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.
.

.
Emak menarik tubuh saya dan
memeluk erat. Pelukkan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari sebelum
lahir untuk mencintai Allah..Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang
sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Biarkan mereka terus menyakitimu nak, kerana setiap kesakitan yang kakak rasai kerana dilukai itu adalah pahala..kakak ingat Allah selalu, insyaAllah..dia juga akan sentiasa ingat kakak..emak
mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu
saya..emak cukup memahami perasaan saya saat ini.
Bisikkan ke dalam hatimu yang
paling dalam; Dia bukan milikku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala
ialah Al-Malik. Dialah yang memiliki dan menguasai segala-galanya.Pada kita
hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan
jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi~Tapi
katakan kita sentiasa ada pemerhati merangkap penjaga buat kita~♥.(。◕‿◕。)
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca, Alhamdulillah..Rasanya cukuplah dahulu kisah "kakak" yang ingin pengarang kongsikan..Semoga apa yang pengarang sampaikan dapat membantu mereka yang dalam kebuntuan..Sesungguhnya pengarang juga hamba yang lemah dan kadang-kadang tersesat dalam mencari kebahagiaan didunia...dan pengarang tidak ingin rakan-rakan lain turut tersesat dalam mengenal erti cinta.Ingatlah bahawa cinta Hakiki adalah cinta Illahi. Biarkan cinta ini sentiasa dipuncak segalanya.
GLOSARI
Marratan ukhra - Sekali lagi
.
.
No comments:
Post a Comment