Thursday, November 10, 2011

Nikmatnya Cinta Kita

¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤✿¸.

"Adik-adikku kite ke Musolla Saodah nak x magrib nanti..ada kuliah best" kata pengarang pada adik junior..
"tajuk apa kak aina??"..mereka tertanya-tanya..
Pengarang mengerutkan dahi,menelan air liur.."erm..Ke Gerbang Perkahwinan"..
mereka ketawa besar "hahaha..hai akak, akak ajak kiteorang..kami nie tunangan orang pun belum lagi"..
tibe2 muka pengarang terasa ketat.."alar,xsemestinya dah jadi tunangan orang baru boleh menjinakkan diri dengan hal berkaitan..nie ilmu dear..xde orang nak bagi percuma..kalo antum nak pergi boleh join akak skali..kite pergi ramai2 k"
Alhamdulillah..pengarang sempat mencatat sedikit sebanyak isi penting yang mungkin dapat dikongsi bersama readers di blog..Erm,ada tragedi untuk pengarang disini..subhanallah..tapi tidak mengapalah.. yang lepas dibiarkan lepas..yang mendatang perlu diubah..
Bagaimana nak mulakan cerita nie??(buntu tuk memulakannya).. Bismillahirahhanirahim..ok...Teruskan membaca..


Nikmatnya Cinta Kita

Tentu penat emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain..Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Almuhim ialah, kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia..Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulang kali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata..”
“Kakak..Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya..Hanya Allah yang boleh memegangnya..Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah..Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita,itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..disitulah tercipta halawatulnya..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin,hodoh,cacat dan dungu..Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti..” DIA yang mengutuskan duka, dan DIAlah yang mengirimkan hampa, namun padaNYA jua diadukan pelbagai keresahan dan tangisan..

GLOSARI 

Musolla - Surau
Antum - Kamu semua
Almuhim - Yang penting
Halawatulnya - Kemanisannya
 

 


No comments:

Post a Comment

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...