Monday, November 14, 2011

Teka teki Imam Al- Ghazali


✿¸.•❤•❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸. 



Suatu hari, imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:
Imam Ghazali : Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 =  Orang tua
Murid 2 = Guru
Murid 3 =Teman
Murid 4 = Kaum kerabat
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (surah ali-imran:185)

Imam Ghazali : Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1 = Negeri cina
Murid 2 = Bulan
Murid 3 = Matahari
Murid 4 = Bintang
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan dating dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Ghazali : Apa yang paling besar didunia ini?
Murid 1 =  Gunung
Murid 2 = Matahari
Murid 3 = Bumi
Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar, tapi yang paling benar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al- Araf : 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.

Imam Ghazali : Apa yang paling ringan didunia ini?
Murid 1 =  Kapas
Murid 2 = Angin
Murid 3 = Debu
Murid 4 = Daun-daun
Imam Ghazali = Semua jawapan kamu itu benar,tetapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : Apa yang paling berat didunia?
Murid 1 =  Baja
Murid 2 = Besi
Murid 3 = Gajah
Imam Ghazali = Semua itu benar,tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-azab :72). Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin didunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah swt sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid-murid dengan serentak menjawab “Pedang”
Imam Ghazali = Itu benar,tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

 

No comments:

Post a Comment

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...