✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.
Andai
aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti
Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu
membimbingku
Agar aku
menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya
akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku
ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat
Andai kau
ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah
yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka
nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat
Iaitu anak yang
soleh dan solehah
Yang dapat
menjunjung tinggi Agama Allah
Ku harap kau
boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh
menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh
mencintai aku apa adanya
Dan boleh
mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
Dan andai aku
salah
Tegurlah aku
dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah
rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku
boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku
dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau
tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
Kerana….
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah
tanggaku
Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang
diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu
BUAT BAKAL IMAM KU
No comments:
Post a Comment