Monday, September 21, 2015

Cemburu Rindu pada Tetamu Allah


Bismillahirrahmanirrahim. 

Alhamdulillah..kata orang "qolil-qolil fasorat jabal". sebelum ni penulis menabung sejumlah nukud untuk wadiatul al zahab (simpanan emas) dan berhajat juga digunakan untuk menjadi Dhuyufur Ar-Rahman (tetamu Allah)..Tapi kita hanya merancang namun sebaik perancang dan yang menentukan itu Allah S.W.T . Wang tersebut digunakan untuk urusan keluarga. Inn Shaa Allah penulis yakin, meskipun pada mulanya sukar untuk penulis serahkan dalam nilai yang banyak sebegitu,namun pasti satu hari nanti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. sesungguhnya hanya ganjaran dari Allah yang penulis harapkan.. manusia boleh lupa dan melupakan setiap apa yang kamu lakukan namun Allah tidak lupa dan tidak ada satu perkara pun yang terlepas dari pengetahuanNYA.

Terdetik dihati penulis untuk membuat simpanan UMRAH, sebelum ini penulis hanya menabung untuk simpanan Haji sahaja. Hampir setahun berkhidmat di Rayhar timbul sedikit rasa cemburu kepada anak-anak kecil ,remaja-remaja serta pasangan muda yang telah dijemput oleh Allah keBaitillah.. Cemburu positif..eheks.. berusaha menyimpan tapi kadang-kadang penulis ikat perut juga bila tiba hujung bulan. Penulis cuba sedaya upaya supaya tidak mengeluarkan simpanan tersebut. Almaklumlah bank Tabung Haji bawah ofis penulis je. Nak masukkan nukud payah nak keluarkan laju jee.. Moga Allah permudahkan urusan penulis ke bait Nya.
kira kira, congak bahagi darab campur sekiranya jumlah pakej sekarang mencecah RM8 K dan wang simpanan yang penulis buat sebanyak RM 30 Ringgit sebulan bermakna 22 tahun akan datang barulah hajat penulis tercapai. Umur penulis pun da mencecah angka 40.

Allah..Sampaikanlah aku ke baitimu.. Sungguh aku berharap dengan penuh pengharapan. Hatiku lemah..gusar dan gelisah..Semoga Allah mencampakkan rasa bahagia ke qalbi. Allah sampaikanlah jejak kami.


Thursday, September 17, 2015

Bumi Jordan yang Dikenangi

Kata Orang Bukan Rezeki. 4 Tahun Simpan Borang Ni. Agaknya Da Boleh Buang Jauh2. Panjang Kisah Disebalik Sekeping Gambar Ini. Teraba2 Penulis Mencari Jalan, Tiada Bantuan Tiada Pengalaman. Alhamdulillah Allah Hadirkan Seorang Ustaz Datang Membantu. Saat Paling Sedih Penulis Lalui Apabila Mendapat Panggilan Dari Ustaz

 “Aina Najwa Enti Jadi Ke Tak Nak Pegi Ni? Passport? Medical Check Up Da Buat Ke? Minggu Depan Bank In Duit Ke Akaun Ana Ye,Ana Nk Beli Ticket Flight”.

 Allah..Berguguran Air Mata.. Usbu’ Ul Qadim Saya Maklum Ustaz ye.

 “Toyyib” Kata Ustaz

Semua Da Settle. Kecuali Penukaran Sijil2 Penting Kepada Bahasa Arab Yang Belum Penulis Lakukan.

Seorang Sahabat Dari Puchong Selangor Call Penulis Untuk Hulurkan Bantuan. Tapi Bukan Itu Masalah Penulis Ketika Itu. Kemudian Mendapat Panggilan Dari Seorang Sahabat Lain.

“Na, Jom Kita Gi Pejabat Zakat, Pejabat Zakat Ade Sediakan Bantuan Awal Pengajian Dan Bantuan Pengangkutan Belajar Luar Negara”

Alhamdulillah Lega Rasa Hati. Berhempas Pulas Kesana Kemari. 

Sahabat Penulis Yang Berkobar2 Semangatnya Tadi Menjadi Lemah. “Na, Ambe Arap Ke Deme Je Jenis Berani Ni.Ambe Dop Berani Nak Gi Sorang, Kalo Deme Takgi Ambe Tak Mboh G Juga” 

Bercucuran Air Mata 2 Sahabat Ini." Kah, Rezeki Deme, Deme Ada Nukud Deme Gi..Kalo Ambe Boleh Cari nukud Nati Ambe Gi Mungkin Lambat Sikit.

Tengah Malam Sebelum Bertolak Ke Jordan Sahabat Penulis Tadi Call, "Na, Ambe Ade Kat Klia Dah Ni..Doa Ke Ambe Neh,Ambe Arap Kita Jupe Dinung" sampai sahaja beliau di Urdun beliau pm penulis di fB, Na, kawan2 kat sini tanya pasal deme, deme jadi dak mari sini..masa kat KLIA pun ada ramai tanya deme. Tak lama kemudian kawan2 di urdun mesej. 

"Aina ahlan ahlan aina. Flight bila?"

Dengan rendah diri,sayu hati, penulis maklumkan pada mereka sampaikan salam penulis buat semua sahabat. Penulis tak dapat pergi melanjutkan pelajaran disana. Syu'bah yang penulis minati, Syu'bah Syariah. Sepanjang 3 Tahun Mereka Disana Kami Tidak Pernah Putus Untuk Berhubung. Sahabat2 banin membuatVideo Call, dan chat kepada penulis, "Aina nampak salji ni tak? sejukkk! kata mereka. tidak lupa juga si banat2 yang sibuk kongsi gambar laban,lahm dan makanan2 disana." 

Allahuakbar, rasa terharu apabila kita sentiasa menjadi ingatan sahabat2 disana. Pengalaman mereka disana mereka ceritakan kepada penulis. Alfun Syukran ala kulli hal.
Pengalaman penulis yang tiada pengalaman. In syaa Allah untuk hari akan datang kita da tau flownya bagaimana.



Friday, September 11, 2015

Satu Event Seribu Kisah

KONVOKESYEN

4 TAHUN YANG LEPAS UMI CAKAP


“Umi tak suka kalau waktu awak konvo nanti awak bawa orang lain nak ambil gambar ke apa ke” ..Penulis diamkan je..dalam, hati penulis berkata2..don’t worry mi..memang takde sape2 nak datang ke apa..

Kemudian further study degree lagi 3 tahun di Unisza..berbeza pula konvo kali ini..sedang sibuk setting family untuk sesi bergambar mata umi liar memandang ke kiri kanan. Buat2 tak perasan..sambil layankan saje adik2..hati berdebar2..akhirnya terkeluar juga soalan dari mulut umi..

”Xde sape2 ke awak nak kenal kat umi’(ehh!! lain pula soalannya tahun ni kan?) sambil umi memandang kearah 2 keluarga dan sepasang graduan yang sedang bergambar..allaaarr…spoil mood kita..takde sapa2 mi..okeyh jom balik..nak hantar jubah plak..ekekeke..

Dalam perjalanan ke kereta umi masih sempat lagi bertanya yang tu dah kahwin ke amik gambar berdua, yang tu suami dia ke long..yang tu isteri dia ke…hahaha..sabar la hati.. Fitrah manusia yang ingin tahu…


Shahira



OKEYH..ITU CERITA SELESAI KONVO..

cerita sebelum konvo lagi sedih. Namun ada sedih ada tawanya..Alhamdulillah mendapat layanan baik dari sahabat-sahabat..masing2 ajak untuk tumpang tidur dibilik mereka.. untuk mengelakkan mereka berkecil hati sempatlah penulis mencilok dari satu bilik ke satu bilik…masing2 sedang sibuk menghafaz al-Quran sebenarnya.. pagi hari bersidang kebanyakkan sahabat2 ke stadium tertutup bersama keluarga. Penulis cuba menghubungi keluarga. Ingatkan keluarga dalam perjalanan rupanya baru nak siapkan pakaian adik2.. owhh..kecewa…nak menangis…dengan siapa harus penulis kesana..bas sudah tiada..pada siapa harus aku susahkan bisik hati kecil…awal pagi sebegini…langit masih gelap mentari masih belum muncul sepenuhnya..terlintas seseorang dihati…ishh..jangan susahkan beliau..akhirnya si Qayyum datang menghulurkan bantuan. Terima Kasih yum hantarkan akak walaupun akak tahu mung basuh muka je kan!! eheks

Penulis keluar dari bilik sewaktu Shahira sedang nyenyak tertido dalam telekung sembahyang beliau sambil memegang al-quran untuk dihafaz.. penulis membisik perlahan..Sha, akak keluar dulu..maaf tak kejutkan sha..tak nak ganggu..sambil meninggalkan pesanan kepada roommate beliau..kirim salam pada Sha..bagitau akak minta maaf tak kejutkan dia..kesian plak tgk..


Sampai stadium dengan tudung basah kuyup..hujan renyai2 turun ketika itu..kereta bersusun..ermm ..minta Qayyum berhenti tengah jalan sebabbb..klo tunggu dalam kereta tayar pun tak bergolek..haha

Saat yang manis Pre-Convo..ehh …bersama sahabat mpp..tak kering gusi.. Merah menyala muka masing2..menanti ketibaan seorang demi seorang sahabat mantan perwakilan..photographer tak terlayan kerenah kami..tergelak sama melihat keletah..pemimpin pelajarkah ini? Hahahaha.. 
Bertalu2 wassap masuk tanpa disedari selesai bergambar satu persatu msj dibaca.. terharu apabila Shahira memaklumkan sahabat2 datang kebiliknya cari penulis Allah..jadual penuh..ekeke..pulang solat maghrib singgah sebentar bertemu mata rakan2 sekelas yang belum bergraduasi kemudian meneruskan perjalanan ke next destinasi. Ucapan Terima Kasih buat Dr Mustafa dan Dr Hakim,Puan Faidza Mokhtar diatas makan malam yang sangat istimewa.. kebiasaanya kami2 ni kalo bab makan meja sebelah pun kami tapau tapi oleh kerana terlampau penat mereka saling menolak makanan pula..In Shaa Allah kita bertemu lagi. Terima Kasih buat junior senior untuk pemberian hadiah yang istimewa ..semua lar kann..tak perlu mention nama..okeyh mengantuk da..nk story lagi kisah disebalik konvo..mungkin next entry okeyh..










Anak Burung



Time Tengah bercakap la nak shoot gambar kann..






Cerita lagi sedih? Simpan dalam hati..
Wallahualam




Wednesday, September 9, 2015

Kehidupan kini di Rayhar Travels


بسم الله الرحمن الرحم

Kembali menulis..berkongsi kisah, cerita, pengalaman, dan sedikit ilmu.
Rindu untuk berbicara datang bersua. Penulis berminat untuk menceritakan berkenaan kehidupan sekarang. Alhamdulillah setelah tamat pengajian penulis diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk berkhidmat disini "Rayhar Travels Agency" Selain turut mencari rezeki untuk hari-hari mendatang yang makin hebat cabarannya. Bertugas sebagai kerani disini memberi satu pengalaman yang baru. iyelah mana tidaknya, sebelum ini penulis tidak pernah didedahkan dengan perkara2 seperti ini dan banyak perkara baru yang penulis belajar disini. Dari bidang pengajian agama terus melompat kebidang pelancongan. Menangis sendirian kerana terasa seperti seekor haiwan peliharaan yang tidak tahu dunia luar. Meskipun disini bukanlah satu tempat yang penulis fakih dengan selok belok pengurusannya, namun Alhamdulillah mendapat pujian baik dari Pengurus cawangan Hajah Jamilah Mamat. Kebanyakan jemaah haji adalah dari golongan yang telah berusia.

Melihat keperibadian pengarah urusan kepada syarikat ini iaitu Haji Harun Ahmu telah membuka mata penulis perlunya keikhlasan fi ayyu afkar..kejujuran fil kalam dan ketelusan fil muamalat. Subhannallah rindu pada bait2 syair arab..rindu pada setiap patah perkataan bahasa syurga ini membuak2. Rindu pada muallim dan muallimah. Rindu pada kull durus fil lughah arabiah..
Alhummah Faqihna Fiddin
waziyadatan fil ilmi.
Akhir Kalam Alhamdulillah thumma Alhamdulillah ala hazihi rizq. Allahhumma inna nasaluka barakatan fir rizq.

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...