✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.
Allah tidak mengambil sesuatu dari anda kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik. Tetapi itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapan-Nya
"Sesiapa Kuambil dua. kekasihnya (matanya) tetap bersabar maka Aku akan mengganti kedua-dua (mata) nya itu dengan syurga".
Hadis nabi dan :
"Sesiapa yang kuambil orang yang dicintainya didunia tetap mengharap redhaKu, nescaya aku akan menggantikannya dengan syurga" (Hadis Nabi)
Dengan kata lain sesiapa yang kehilangan anaknya namun ia tetap berusaha untuk bersabar maka diakhirat nanti akan dibangunkan untuknya satu Baitul Hamdi (Rumah pujian).Pengarang teringat akan kisah sahabat nabi yang bernama ummu sulaim. Indah akhlaknya walau diuji kehilangan seseorang yang disayanginya.
Terdetik dihati pengarang untuk mengajukan soalan kepada ustaz yang menyampaikan ceramah mengenai erti redha..Namun majlis ditutup tanpa ada sesi soal jawab.Sedikit terkilan dihati pengarang. Ingin sekali pengarang mengetahui
perbezaan perasaan redha dan sabar.
Ada pepatah arab yang berkata INNALLAHA MA'A SOBIRIN. Maka anda tidak perlu bersedih hati dengan musibah yang menimpa anda,sebab yang menentukan semua itu adalah Allah yang mempunyai syurga, balasan, pengganti, dan ganjaran yang besar.
Beberapa sahabat pengarang yang kini sedang melanjutkan pelajaran di bumi urdun(Jordan) berkongsi pendapat mengenai bagaimana jika orang yang kita miliki, akhirnya akan dimiliki orang lain.Ringkas dan padat jawapannya
respon dr sahabat pertama :
"jangan kau tangiskan perpisahan itu sedang kau tahu setiap pertemuan pasti ada perpisahan,dan jangan kau alirkan air matamu sedang kau tahu perhubungan itu haram dalam islam"
respon dr sahabat kedua :
setiap apa yang ada didunia ini milik Allah, tidak ada satupun milik kita, dan dia berhak mengambilnya pada bila2 masa..
Subhanallah,syukran ya akhi..cukup bermakna kata-kata itu. Apa yang dapat pengarang ambil dari respon akhi berdua, kadang-kadang Allah jauhkan kita dari seseorang kerana untuk melindungi diri kita.
Para wali Allah yang pernah ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapat penghormatan yang mulia disyurga Firdaus. Janji Allah termaktub dalam firman-Nya ;
"Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."
(Surah Ar-Ra'd:24)
Bagaimanapun, kita perlu selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yang biasanya berkesudahan dengan kebaikan kita. Dengan begitu kita termasuk golongan orang-orang yang disebut ayat berikut ini :
"Mereka itu ialah orang2 yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta Rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya"
(Surah Al-Baqarah : 157)
Ini merupakan ucapan tahniah bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-orang yang mendapat bencana. Usia dunia ini sangat singkat dan gudang nikmatnya pun sangat kecil. Sedangkan akhirat lebih baik dan kekal, hingga sesiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan diakhirat nanti.
Berbeza dengan mereka yang mencintai dunia,hanya mengharap nikmat dunia sahaja,dan lebih senang pada keindahan dunia.Sesungguhnya apa yang ada disisi Allah itu lebih baik, lebih kekal,lebih utama dan lebih mulia.