✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.
Tetapi, jika kita
bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan
didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap,
janggut selambak atau harta membuak-buak. Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan
mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga
kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat
memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian
dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan
datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat.
Tulang rusuk Adam yang
hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah,
tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang
hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu
ha...ri nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang
datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak
yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke
syurga...
p/s : "Kalau Allah sudah
takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita
dari mendapatkannya, kita tetap akan dapat jua.
Tetapi jika Allah sudah
takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu
kita untuk mendapatkannya, tetap kita tak akan dapat.
No comments:
Post a Comment