✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.
Alhamdulillah…pengarang
sempat mencuri sedikit waktu yang ada untuk menyambung kisah seperti mana yang
telah dijanjikan sebelum ini.. suasana sunyi di maktabah Universiti Sultan
Zainal Abidin membuka minda pengarang untuk menconteng omelan pengarang.. kesejukan
didalam maktabah ini terasa menusuk hingga ke tulang..namun pengarang masih
tidak berganjak kerana hanya ini waktu terluang untuk pengarang.. untung
pengarang berpuasa hari ini..dengan izin Allah pengarang memulakan wadah…
Secret
Admire
“Kakak, mak dulu masa
besar kakak ada secret admire..Rajin betul dia hantar surat..masa tu mak
dah tahu yang bercinta sebelum kahwin tak halal…dan
masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tok wan kena seksa dalam kubur…mak sedar mak anak yatim,anak orang miskin,adik beradik ramai..mak nak
belajar sungguh-sungguh…lama budak tu
tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus,mak hanya akan balas cinta dia jika dia sah suami mak.. dan dia
bukan memang jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta itu. ” mak
merenung jauh. Saya merapatkan badan pada emak, semakin berminat dengan kisah
lama mak.
.
“ Mak memang tak ada
perasaan langsung pada dia ke??” saya menyoal sambil memandang tajam wajah
mak.. emak ketawa kecil..”Walaupun mungkin ada,mak tak pernah bagi peluang pada
diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..mak takut pada Allah. Mak bukan
seperti rakan sebaya mak yang lain..Mak, seperti
kakak..” mak memandang saya
sambil memegang pipi tembam dan dagu runcing ini..kemudian tangannya mengusap
rambut di kepala saya.
“ Mak anak ustaz
ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan
mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ini
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
siapa yang mendorong.. waktu tu keluarga kita yang paling dikenali di kampung Santong Paka..sebut je anak cucu Pok The Awang (PTA) semua orang kenal..waktu mak
seusia kakak..mak dah pandai bagi usrah pada orang kampung..rumah tok wan jadi
tempat rujukan orang kampung.. cik the, along, cik su dan lain-lain
masing-masing bergerak menyebarkan agama..sebab tu keluarga kita dihormati..dan
ramai rijal yang tertarik pada anak cucu pok teh awang. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk
bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti
mak, mak jadi tempat rujukan kawan-kawan mak…Jadi, bila mak nak ambil sesuatu
tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.? Mak ayah berdosa
tak?? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta
lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa
agama. Orang akan pandang serong terhadap orang
yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar
fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat
duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba
memahami maksud emak…bersambung…
Ya Rabbi..Bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan
separuh dari agamanya, maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang
kecewa..^-^ Orang yang paling kuat ujiannya adalah orang yang berusaha menyebarkan
agama Allah… LIMAZA??.. Kerana Allah ingin menguji tahap keimanan hamba yang
berserah diri padanya.. percayalah bahawa makin banyak ujian makin tinggi
darjatnya disisi Allah.. orang yang menyampaikan akan terlebih dahulu di uji..terasa
berat dengan status yang pengarang perolehi kini…Ijazah Sarjana Muda Dakwah
Dengan Kepujian.. mampukah diri ini ya Allah.. (u_u)
Glosari
Maktabah = Perpustakaan
Ba’da = Selepas
Rijal = Jejaka
Limaza = Kenapa
No comments:
Post a Comment