Wednesday, October 19, 2011

Tidak semestinya memiliki


 ✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Belum pun memulakan bicara..pengarang terlebih dahulu menitiskan mutiara... aduh draft cerita ini membuat pengarang betul2 menghayatinya..terasa pengarang benar2 meletakkan diri pengarang didalamnya... mungkin suasana mendung ketika ini membuatkan pengarang melayan emosi.. selesai menonton cerita "Dalam mihrab Cinta" bersama adik-adik junior..memberi pengarang idea untuk meneruskan omelan..

Tidak semestinya memiliki..

 “Kakak..Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat..Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta menyintai..Bercouple mungkin..Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.. Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh!! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil..Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba itu sendiri..” Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri..Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ni suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. kita dan dia sama-sama mencari redha Allah..Perbezaanya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita,dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya”.. emak berhenti seketika…

Empat lagu yang pengarang maksud kan Afgan-Dalam Mihrab Cinta,sila click disini,Kerna Hati Bicara, sila Click Disini, Bunga-bunga cinta, dan Aku tidak berdaya..


Glosari

Ukhti = Saudara perempuan
Ajnabi = Bukan mahram

Saturday, October 15, 2011

Secret Admire


¸.•❤••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•¸.

Alhamdulillah…pengarang sempat mencuri sedikit waktu yang ada untuk menyambung kisah seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.. suasana sunyi di maktabah Universiti Sultan Zainal Abidin membuka minda pengarang untuk menconteng omelan pengarang.. kesejukan didalam maktabah ini terasa menusuk hingga ke tulang..namun pengarang masih tidak berganjak kerana hanya ini waktu terluang untuk pengarang.. untung pengarang berpuasa hari ini..dengan izin Allah pengarang memulakan wadah…

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar kakak ada secret admire..Rajin betul dia hantar surat..masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin tak halal…dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tok wan kena seksa dalam kubur…mak sedar mak anak yatim,anak orang miskin,adik beradik ramai..mak nak belajar sungguh-sungguh…lama budak tu  tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus,mak hanya akan balas cinta dia jika dia sah suami mak.. dan dia bukan memang jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta itu. ” mak merenung jauh. Saya merapatkan badan pada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.
.
“ Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke??” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.. emak ketawa kecil..”Walaupun mungkin ada,mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain..Mak, seperti kakak..”  mak memandang saya sambil memegang pipi tembam dan dagu runcing ini..kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“ Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ini yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada siapa yang mendorong.. waktu tu keluarga kita yang paling dikenali di kampung Santong Paka..sebut je anak cucu Pok The Awang (PTA) semua orang kenal..waktu mak seusia kakak..mak dah pandai bagi usrah pada orang kampung..rumah tok wan jadi tempat rujukan orang kampung.. cik the, along, cik su dan lain-lain masing-masing bergerak menyebarkan agama..sebab tu keluarga kita dihormati..dan ramai rijal yang tertarik pada anak cucu pok teh awang. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

“Mungkin kerana personaliti mak, mak jadi tempat rujukan kawan-kawan mak…Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak.? Mak ayah berdosa tak?? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud emak…bersambung…

Ya Rabbi..Bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya, maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa..^-^ Orang yang paling kuat ujiannya adalah orang yang berusaha menyebarkan agama Allah… LIMAZA??.. Kerana Allah ingin menguji tahap keimanan hamba yang berserah diri padanya.. percayalah bahawa makin banyak ujian makin tinggi darjatnya disisi Allah.. orang yang menyampaikan akan terlebih dahulu di uji..terasa berat dengan status yang pengarang perolehi kini…Ijazah Sarjana Muda Dakwah Dengan Kepujian.. mampukah diri ini ya Allah.. (u_u)

 
Glosari

Maktabah = Perpustakaan
Ba’da = Selepas
Rijal = Jejaka
Limaza = Kenapa

Thursday, October 13, 2011

Mana Satu Pilihan Hati


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.


Sementara menunggu fajar menyising..pengarang melapangkan mata merenung ciptaan Illahi dari beranda hostel .. jelas dan terang dari aras tiga bilik pengarang.. sedikit demi sedikit kelihatan sang mentari memunculkan dirinya.. indahnya waktu fajar hari ini.. pengarang terpandang akan sepasang burung yang hinggap di atas atap blok berhampiran..mungkin pasangan itu sedang bersedia untuk mencari rezeki hari ini..
Terpana dengan keindahan Sang Pencipta.. sementara waktu masih berbaki.. pengarang memulakan langkah..tika minda masih segar..pengarang membuka laptop kesayangan..ada sesuatu perlu pengarang karyakan disini..Ya..satu karya yang hanya rekaan..tetapi inilah realiti alam yang sentiasa terjadi..dengan ucapan bismillahirrahmanirahim pengarang memulakannya.. dan memilih maudu’ yang sesuai..

Mana Satu Pilihan Hati

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayangi?”
Mak jawab, “dua-dua bukan”
Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” Mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana Hanya Allah mampu membaca hati HambaNya..” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak Faham..”
Mak menyambung “Cinta didalam jalan Allah.. bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” mak menyambung lagi, “begini,setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet itu..” wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. mak menyambung “setiap manusia Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodoh itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak pula buat-buat tidak nampak…



InsyaAllah…pengarang akan menyambung cerita ini pada entry yang seterusnya..pengarang teringat tentang satu cerita yang dibawa oleh  lecturer pengarang…katanya “Kamu tahu tak kenapa burung merpati dipanggil merpati sejoli???”…Penat pengarang memikirkanya.. kerutan didahi menunjukkan pengarang sedang berfikir..ustaz tersenyum lantas berkata “kamu percaya atau tidak wallahualam, tetapi kata orang tua-tua..setiap burung merpati pasti akan menghasilkan telur yang genap jumlahnya.. kerana setiap burung merpati telah dilahirkan dengan pasangan masing-masing, dan tidak ada yang tidak berpasangan..andai mati salah seekor darinya sebelum mereka bertemu maka pasangan yang sepatutnya itu bersendirian selama-lamanya..tidak ada yang lain sebagai pengganti.. oleh kerana itu ia digelar merpati sejoli”..
Pengarang tersenyum..rasa ingin tahu membuatkan pengarang bertanya spontan “ ustaz,hazihi fakta atau auta ustaz..”…ringkas jawapan diberikannya…”walllahualam”.. ustaz menutup bicaranya dan meninggalkan pengarang dengan penuh tanda tanya…hehe ^-^



Glosari
Maudu’ = Tajuk
Hazihi = Ini

Hadis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...